Adsense

Jumaat, 24 Ogos 2012

Zon Artis

Zon Artis


(4 Gambar) Ustaz Don Kini Sah Bergelar Suami Kepada Husna

Posted: 24 Aug 2012 01:52 AM PDT

Belum terlambat rasanya untuk kami di Zon Artis ni mengucapkan tahniah kepada Ustaz Don Daniyal kerana telah selamat bernikah pada pagi kelmarin, Khamis (23 Ogos 2012). Dan secara rasminya, Ustaz Don yang kini berusia 28 tahun sah bergelar suami kepada Husna Zahry Rafie. Tahniah sekali lagi.

GAMBAR PERNIKAHAN USTAZ DON DANIYAL

Kat bawah ni beberapa lagi gambar perkahwinan Ustaz Don untuk tatapan anda.

GAMBAR PERNIKAHAN USTAZ DON DANIYAL

GAMBAR KAHWIN USTAZ DON DANIYAL
Foto: ArtmospherePhotography

Related Posts with Thumbnails

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Siri Jelajah Ujibakat Pencarian Hos Pantene ASK Musim Ke-2

Posted: 24 Aug 2012 06:34 PM PDT

Hos Pantene ASK Musim Ke-2
Pencarian Hos Pantene Malaysia Kembali Lagi!

Perhatian kepada sesiapa yang berbakat dan beraspirasi untuk menjadi seorang pengacara! Procter & Gamble Malaysia (P&G) sekali lagi bersama-sama Media Prima menganjurkan pencarian bakat hos yang paling memberangsangkan – Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2 (juga dikenali sebagai Pantene ASK Host Search Season 2).

Siri Jelajah Ujibakat Pencarian Hos Pantene ASK Musim Ke-2

Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat yang tersembunyi di seluruh Malaysia untuk memenangi peluang keemasan menjadi hos bersama Anugerah Skrin Kebangsaan 2012 Red Carpet pada bulan November.

Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2 dilancarkan secara rasmi oleh Cik Ellie Xie, Ketua Pegawai Eksekutif P&G Malaysia dan Singapura serta Cik Shareen Ooi, Ketua Pegawai Pemasaran, Television Networks & altMedia, Media Prima Bhd.

Berhubungan objektif P&G untuk menganjurkan pencarian hos ini, Cik Xie berkata, "Orang yang berbakat memang banyak di Malaysia dan kami ingin merealisasikan impian hos TV yang berwawasan. Kami mencari keyakinan dan dengan inilah, jenama seperti Pantene, Olay, Oral-B, Gillette dan Head & Shoulders bersama-sama membantu mereka mengorak langkah ke hadapan. Kerjasama bersama acara berprestij seperti Anugerah Skrin Kebangsaan pasti akan menjadi batu loncatan untuk sesiapa yang serius dalam industri ini."

Tambah Cik Xie, "Pada tahun ini, kami menjadikan pencarian ini makin menyeronokkan dan mencabar. Bukan sahaja untuk wanita, tahun ini kami mengalu-alukan penyertaan dari wanita dan juga lelaki."

Pencarian Hos Pantene Pantene ASK 2011 – Cik Nik Husna Nik Ali menjadi pengacara majlis pelancaran pada hari ini. Nik Husna juga berkongsi pengalamannya dalam pertandingan tahun lepas dan juga tip-tip persediaan untuk menghadapi tugasan bersiri setelah tersenarai. Cik Nik Husna sekarang menjadi hos untuk beberapa program televisyen dan juga pengacara untuk pelbagai acara pada masa lapang.

Bermula pada 24 Ogos, Siri Jelajah Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2 akan diadakan di lokasi dan pada tarikh seperti berikut selama enam hujung minggu berturut-turut.

24 – 26 Ogos
Pasar Raya Besar Borong MYDIN, Kuala Terengganu

1 – 2 September
Giant, Kota Damansara

8 – 9 September
Pasar Raya Besar Borong MYDIN, Ipoh

15-16 September
Giant, Tampoi, Johor

22 – 23 September
Pasar Raya Besar Borong MYDIN, Subang Jaya, USJ

29 – 30 September
Giant, Shah Alam

Untuk menyertai pertandingan ini, anda cuma perlu membeli sekurang-kurangnya RM10 barangan produk rasmi pertandingan iaitu Pantene, Olay, Oral-B, Gillette dan Head & Shoulders di mana-mana kedai atau pasar raya di Malaysia.

Selain daripada peluang untuk menjadi hos-bersama Red Carpet, juara juga akan memenangi makeover, dua pas Parti Post-ASK (ASK After Party), piala, hadiah hamper barangan P&G dan sepasang jam tangan Titoni yang setiap satu bernilai RM 2,631.

Selain daripada pencarian hos, Pantene juga memberi peluang kepada para penguna untuk memenangi pas percuma untuk menghadiri majlis berprestij tersebut. Peserta adalah dialu-alukan untuk menghantar SMS ke 39993 dan menyatakan sebab anda ingin menghadiri Anugerah Skrin Kebangsaan 2012 dengan Pantene. Bukti pembelian sekurang-kurangnya RM 10 daripada pilihan produk rasmi adalah diperlukan.

Lapan pemenang cabutan bertuah akan memenangi dua tiket VIP ke Anugerah Skrin Kebangsaan 2012, sebuah jam tangan Titoni dan juga peluang untuk mengenal selebriti kegemaran mereka pada jarak dekat pada malam yang berprestij itu. Terdapat juga 50 hadiah sagu hati hamper P&G dan dua tiket penyokong ke Anugerah Skrin Kebangsaan 2012 menunggu anda!

Rebutlah peluang untuk menyertai acara penuh kegemilangan ini dan muncullah sebagai bakat baru hos Malaysia bersama Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2. Untuk maklumat lanjut tentang terma dan syarat penyertaan, serta lokasi siri jelajah dan aktiviti, sila layari laman web www.tv3.com.my/ask2012.

Siri Jelajah Ujibakat Pencarian Hos Pantene ASK Musim Ke-2

Siri Jelajah Ujibakat Pencarian Hos Pantene ASK Musim Ke-2

Siri Jelajah Ujibakat Pencarian Hos Pantene ASK Musim Ke-2

Siri Jelajah Ujibakat Pencarian Hos Pantene ASK Musim Ke-2

Mengenai Procter & Gamble
Sebanyak 4 billion kali setiap hari, jenama P&G menyentuh kehidupan pelbagai lapisan manusia di serata dunia. Syarikat ini adalah di antara yang mempunyai portfolio yang kukuh dari segi kepercayaan, kualiti dan jenama terbaik seperti Pantene, Head & Shoulders, Rejoice, Olay, Gillette, Oral-B, Duracell, Downy, Ambi-Pur, Clairol Herbal Essences, Febreze, Dynamo, Fab, Pampers and Whisper. P&G beroperasi di 80 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut tentang P&G dan jenamanya.

Tags: , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Gambar Ustaz Don Kahwin Dengan Husna

Posted: 24 Aug 2012 06:02 PM PDT

Ustaz Don Daniyal Biyajid kahwin (nikah) dengan

Budiey di sini ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan Tahniah kepada Ustaz Don Daniyal Biyajid dan pasangannya, Husna Zahry Rafie yang telah selamat bernikah pada hari Khamis, 23 Ogos 2012 yang lalu.

Bertemakan putih salju dan mengekalkan konsep bersederhana (dan ini sepatutnya dicontohi dalam Islam), majlis pernikahan mereka telah dilangsungkan dalam suasana sederhana tanpa liputan besar-besaran dari media. Ustaz Don Daniyal Biyajid akan melangsungkan majlis persandingan pada 25 Ogos 2012 di Pulau Pinang, manakala pada 1 September 2012 di Kajang, Selangor.

Ini gambar dan foto menarik di Majlis Perkahwinan ustaz Don & Husna. Cantik dan sedondon. Bagai merpati dua sejoli.

Namun, pastinya apabila seorang ceramah agama yang alim berkahwin, ramai yang akan menilik dan menilai tentang adat upacara perkahwinan. Seperti yang Budiey jangka, ramai yang akan mempersoalkan tentang hukum berinai dan bersanding di Majlis Pernikahan dan juga di Majlis Resepsi. Apa pendapat anda tentang perkara dan isu ini?

Promo: Bagi yang tidak berkesempatan menonton ketiga-tiga episod Istimewa 60 Minit Ustaz Don Mai La Raya, jangan ketinggalan ulang tayang bermula hari ini, 24 hingga 26 Ogos 2012 jam 5.00 petang.

Kredit Foto Majlis Pernikahan Ustaz Don & Husna: https://www.facebook.com/ArtmospherePhotography

Selamat Pengantin Baru. Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma filkhair.

Gambar Nikah Ustaz Don Husna Kawin

Gambar Nikah Ustaz Don Husna Kawin

Gambar Nikah Ustaz Don Husna Kawin

Gambar Nikah Ustaz Don Husna Kawin

Gambar Nikah Ustaz Don Husna Kawin

Gambar Nikah Ustaz Don Husna Kawin

Gambar Nikah Ustaz Don Husna Kawin

Gambar Nikah Ustaz Don Husna Kawin

Gambar Nikah Ustaz Don Husna Kawin

Gambar Nikah Ustaz Don Husna Kawin

Gambar Nikah Ustaz Don Husna Kawin

Gambar Nikah Ustaz Don Husna Kawin

Gambar Nikah Ustaz Don Husna Kawin

Gambar Nikah Ustaz Don Husna Kawin

Gambar Nikah Ustaz Don Husna Kawin

Gambar Nikah Ustaz Don Husna Kawin

Gambar Nikah Ustaz Don Husna Kawin

Gambar Nikah Ustaz Don Husna Kawin

Gambar Nikah Ustaz Don Husna Kawin

Gambar Nikah Ustaz Don Husna Kawin

Gambar Nikah Ustaz Don Husna Kawin

Gambar Nikah Ustaz Don Husna Kawin

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

borak kosong

borak kosong


Balas Dendam, Lelaki Nepal Gigit Si Ular Kobra Hingga Mati

Posted: 24 Aug 2012 09:45 PM PDT


 Seorang lelaki Nepal gigit ular kobra hingga mati setelah ular itu menggigit dirinya.

Lelaki Nepal itu begitu marahnya setelah digigit si ular di sawahnya hingga lelaki  itu mengejarnya dan menangkapnya sebelum berusaha membalas dendam.

"Aku boleh saja membunuh ular itu dengan tongkat, tapi (aku) malah menggigitnya dengan gigiku kerana aku marah," ujar si pria bernama Mohamed Salmo Miya itu,

Petugas polis, Niraj Shahi mengungkapkan Mohammed tak dalam bahaya sekarat dan dia tak bakal dituntut atas pembunuhan ular itu kerana ular kobra itu bukanlah jenis bintang langka yang dilindungi di Nepal.

Video Durasi Lima Saat Buat 24 Juta Penonton Tertawa

Posted: 24 Aug 2012 09:30 PM PDT

Rakaman video di Youtube ini berdurasi sangat cepat, tapi boleh jadi bakal menghasilkan efek ketawa lebih dari lima saat.

Diup load lima tahun lalu di situs berbagi video oleh akaun bernama seaweed810, rakaman ini memperlihatkan dua remaja bermain bola. Satu menjaga gawang, satu lagi bersiap melayangkan tendangan.

 Bola seharusnya masuk ke gawang malah terkena ke tiang dan langsung mengarah ke wajah penjaga gol dengan telak. Penjaga gol terjatuh. Tak segera ditolong, pemegang kamera malah tertawa terbahak-bahak.

Tak sabar ingin melihat kelucuan di video itu? Tonton di sini :

Makanan Berumur 2000 Tahun Ditemukan di Pantai Itali

Posted: 24 Aug 2012 09:15 PM PDT



fashingnet.com-Amphorae, kendi zaman Roma berisi makanan yang sudah berusia 2000 tahun ditemukan di laut Itali. Kendi ini merupakan barang dagangan yang akan di jual ke Sepanyol. Dimuat dalam sebuah kapal yang tenggelam di laut.

 Kapal dagang ini tenggelam 2000 tahun yang lalu pada saat melakukan perjalanan perdagangan antara Sepanyol dan Itali pusat dengan muatan penuh lebih dari 200 kendi.

 Kapal Romawi dengan keadaan hampir utuh ini ditemukan di laut lepas kota di Varazze, sekitar 18 mil dari kota Genova, Italia. Sebuah mesin remote control mengikuti jejak penemuan ini setelah mendapat kabar dan dari nelayan setempat yang jaringnya tidak sengaja tersangkut di salah satu kendi.

 Pengujian pada beberapa kendi yang sudah dibersihkan yang ternyata didalamnya berisi ikan yang sudah difermentasi, gandum, anggur dan minyak.

 "Ada beberapa guci rosak sekitar bangkai kapal, namun kami percaya bahawa sebhaagian besar kendi di dalam kapal masih disegel dengan makanan penuh," kata Letnan Kolonel Francesco Schilardi, yang memimpin Subacquei Carabinieri.

 Penemuan ini merupakan berita baik bagi para peneliti untuk mempelajari lebih jelas gaya hidup bangsa Rome. Seperti dilansir Dailymail bentuk kapal ini adalah sebuah bangkai kapal terbaik yang pernah ditemukan. Kapal ini tenggelam di kedalaman 2000 kaki di bawah laut dan akhirnya dibawa naik oleh pihak berwajib di Italia.

Enaknya Jadi Orang Kaya, Boleh Punya Rumah Sehebat Ini (Foto)

Posted: 24 Aug 2012 09:00 PM PDT

Perdana Menteri Qatar, Sheik Hamad bin Jassim bin Jaber Al Thani, membelikan rumah untuk dua isterinya di Amerika Syarikat seharga 47 juta dollar AS. 







Kereta boleh bergerak guna remote control

Posted: 24 Aug 2012 08:45 PM PDT

BYD, salah satu pengeluar kereta terbesar di China telah melancarrkan sedan F3 Su Rui menggantikan model sebelumnya F3. Dari tampilan tak ada yang istimewa, tapi dibalik kesederhanaannya itu terdapat teknologi canggih, di mana keretaitu dilengkapi Remote Control (RC) yang fungsinya tak cuma buat buka pintu atau menghidupkan enjin.



Lebih dari itu, dengan memiliki tombol arah, kereta boleh dijalankan dengan kecepatan maksimum 2 kpj (untuk alasan keamanan) dan berada dalam jarak 10 meter. Jadi, jika kehujanan dan tidak punya payung untuk ke kereta, boleh menghampiri Anda. Atau memarkir dari luar untuk memantau area yang sempit.

Masih ada fitur lain yang tersedia pada kereta berukuran panjang 4.680 mm, lebar 1.765, tinggi 2.660 mm dan sumbu roda 2.660 mm ini. Seperti monitor LCD 4,3 inci lengkap dengan layanan entertainment di dalamnya antara lain radio, sistem navigasi, televisi digital, DVD dan juga boleh browsing internet. Sementara di panel dasboard, indikator bensin, konsumsi rata-rata bahan bakar dan trip meter tampil dalam bentuk 3 dimensi.

Sementara untuk enjin tersedia 2 pilihan 4 silinder yang semuanya berkapasitas 1,5 liter. Pertama, naturally aspirated dengan tenaga 109 PS dan torsi 145 Nm dan hanya tersedia dalam transmisi manual 5 percepatan. Satu lagi mengadopsi turbo yang mampu menyemburkan daya 154 PS dan 240 Nm. Varian ini punya pilihan pemindah tenaga yakni manual dan otomatis DCT yang semuanya memiliki 6 percepatan.

BYD menawarkan produk ini dengan hargal mulai dari 65.900 hingga 99.900 yuan.

Editor : Bastian


sumber: kompas.com

Pelik...sanggup berbaris untuk ditampar pengusti

Posted: 24 Aug 2012 08:30 PM PDT


Jika kita lminat sama seseorang, mungkin kita akan berjuang habis-habisan agar boleh foto bersama idola kita ataupun sekadar meminta tanda tangannya. Namun, para fans pegusti yang dikenal dengan nama Antonio Inoki ini sudah mencapai level paling ekstrim. Mereka rela beratur demi mendapatkan tamparan dari sang idola. Dan menariknya lagi, fansnya tidak hanya para lelaki, tapi fans wanita pun tak mahu ketinggalan ditampar oleh si pegusti raksasa itu.
Sebenarnya, hal ini diawali oleh kejadian yang terjadi di tahun 80an. Inoki yang saat itu mengunjungi sebuah sekolah, dipukul 2 kali oleh seorang pelajar. Ia kemudian menampar muka pelajartersebut hingga jatuh. Anehnya, setelah ditampar, pelajar ini bukannya marah, menjadi peminat setia Inoki. Dia kemudian berdiri, membungkuk hormat, dan berterimakasih kepada Inoki akan tamparan yang telah diterimanya.
Dari sana 'ritual' ini makin mengembang. Saat ini, banyak orang Jepun, bahkan termasuk kalangan selebritinya, yang meminta Inoki untuk menampar mereka guna memberikan keberanian ataupun berkat. Tamparan ini punya jolokan, iaitu "Tamparan Penyemangat Juang (atau Tou)

Ragam peserta pertandingan muka terhodoh

Posted: 24 Aug 2012 08:15 PM PDT



BILBAO, Sepanyol - Sejumlah peserta menghadiri pertandingan muka terhodoh di sini kelmarin.
Pertandingan itu dikendalikan oleh kumpulan yang dikenali sebagai rakan-rakan konsert dan bar.
Ia diadakan sejak tahun 1978. - Reuters
sumber : kosmo online

Temuduga untuk jadi calon isteri lelaki kaya

Posted: 24 Aug 2012 08:00 PM PDT


BEIJING - Sejumlah wanita muda di China yang bergaya dengan pelbagai fesyen dan kasut duduk di atas bangku dan memegang dokumen mengandungi maklumat tentang berat badan serta ketinggian mereka.
Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 1,000 wanita yang menghadiri proses tapisan kendalian para kakitangan Kelab Usahawan Bujang China di sini untuk menjadi 50 calon yang dibenarkan berkenalan dengan 32 lelaki kaya.
Lelaki kaya itu mungkin bakal menjadi suami mereka.
Seorang peserta wanita menyatakan, dia sanggup menangis di dalam sebuah kereta BMW daripada duduk di tempat duduk belakang basikal.
Terdapat juga seorang lagi peserta wanita yang mahu meminta wang sebanyak AS$31,000 (RM96,069) sebagai syarat untuk berjabat tangan dengan seorang lelaki.
Wanita-wanita itu perlu berumur 20 hingga 28 tahun, mempunyai ketinggian 165 sentimeter, cantik dan lemah lembut dan sekurang-kurangnya mempunyai pendidikan kolej.
Pada Ahad lalu, wanita-wanita itu dinilai oleh pihak pengendali temu duga seperti bagaimana mereka mengendalikan tekanan dan apakah yang mereka mahu daripada seorang lelaki.
Kelab itu mengenakan syarat kepada para lelaki kaya yang mahu menyertai proses pencarian jodoh itu perlu mengesahkan kekayaan mereka dan membayar yuran sebanyak AS$31,000. - AFP

sumber : kosmo online

Kim belanja RM309,000 beli mangkuk tandas

Posted: 24 Aug 2012 07:45 PM PDT


LOS ANGELES: Selebriti, Kim Kardashian dilaporkan membelanjakan (RM309,057) untuk membeli mangkuk tandas yang boleh berfungsi secara automatik.
Bintang realiti televisyen berusia 31 tahun itu dikatakan bimbang tetamu yang berkunjung ke kediamannya tidak akan mengepam tandas selepas menggunakannya. Dia dilaporkan menyelesaikan masalah itu dengan membelanjakan sejumlah wang untuk tandas yang boleh mengepam secara automatik.

Satu sumber memberitahu US magazine: "Kim bimbang orang menggunakan tandasnya dan lupa untuk mengepam. Dia juga suka menjadi wanita pertama di kawasan kejiranannya yang mempunyai tandas lebih mahal daripada kediaman lain." - Agensi


sumber : mymetro

RM2.5juta untuk sambut hari jadi bulan pertama anak

Posted: 24 Aug 2012 07:30 PM PDT


SINGAPURA: Sepasang suami isteri yang berasal dari Indonesia menjadi tajuk utama akhbar republik ini selepas berbelanja sehingga RM2.5 juta untuk sambutan hari jadi bulan pertama anak perempuan mereka.
Seorang penggubah bunga mewah dan pengurus majlis, Harijanto Setiawan bercerita mengenai pesta keraian untuk anak ahli perniagaan yang pernah diuruskan dan satu daripadanya adalah pesta hari jadi anak ahli perniagaan yang tinggal di Singapura, beberapa bulan lalu. 
Harijanto berkata, kos untuk pesta itu mencecah hampir RM2.5 juta dan ia diadakan di hotel mewah, Hotel Capella dengan kehadiran 300 tetamu.

Sebuah dewan di hotel itu ditukar menjadi taman hiburan mewah, lengkap dengan karusel dan hutan buatan.



Harijanto berkata, dia dan kumpulannya mengambil masa enam minggu untuk menyediakan idea bagi konsep pesta itu.


Semua peralatan dibuat di Indonesia dan diterbangkan khas ke Singapura, tiga minggu sebelum pesta itu diadakan.

Namun begitu, keluarga ahli perniagaan itu tidak didedahkan atas alasan melindungi klien. - Detik


sumber : mymetro

Restoran di London perkenal menu makanan zombie

Posted: 24 Aug 2012 07:15 PM PDT


LONDON- Otak yang menjadi makanan zombie dan biasanya hanya dilihat dalam filem kini akan disajikan di London.
Sebuah kedai makanan membuat menu istimewa bertemakan otak untuk mempromosikan drama bersiri televisyen Walking Dead.

"Saya tidak sabar untuk memperkenalkan menu ini kepada masyarakat. Ini adalah kesempatan yang baik untuk memperkenalkan makanan Barat yang luar biasa," kata Mark Jankel, tukang masak yang menyajikan makanan zombie itu, sebagaimana dipetik daripada akhbar, The Sun.


Beberapa menu yang akan disajikan ialah Otak Goreng Rangup, Burger Otak, Otak Dibungkus Salad dan Nuget Kaki dan Tiroid. Makanan yang bentuknya mirip otak manusia itu dijual di Camden Lock Market mulai hari ini dan Lower Marsh Market, Waterloo esok. - Agensi





sumber : mymetro

Lebih sayang anak patung dari suami

Posted: 24 Aug 2012 07:00 PM PDT


LONDON: Apabila ibu kepada lima anak, Alice Winstone diberitahu dia tidak lagi boleh mendapat anak kerana masalah kesihatan, dia tetap berazam memenuhi kediamannya dengan bayi.
Wanita berusia 39 tahun itu sangat terdesak untuk menjaga bayi hingga dia membelanjakan puluhan ribu ringgit membeli 50 anak patung bayi yang seolah-olah hidup memenuhi seluruh kediamannya.

Alice meluangkan selama tujuh tahun dan membelanjakan lebih 12,000 pound (RM58,879) memenuhi kediamannya dengan anak patung vinil 'Reborn Dolls', walaupun tiga daripada lima anak kandungnya masih tinggal di kediaman sama.


Ketaksubannya pada bayi palsu yang berharga 1,200 pound (RM5,891) setiap satu, menyaksikan dia membelanjakan 50 pound (RM245) sebulan dan memaksa suaminya yang telah lama menderit, Chris untuk berpindah keluar dari kediaman mereka di Cardigan, Wales Tengah.

Alice membeli bayi palsunya yang pertama, anak patung bergelar Emmy dengan harga 180 pound (RM 883) selepas melihatnya di muka belakang sebuah majalah dan 'jatuh hati' dengan anak patung berkenaan.


Alice berkata, walaupun Chris meraguinya, dia hairan kerana berasakan mempunyai ikatan yang rapat dengan anak patung.



Alice diberitahu selepas dia hamilkan anak bongsunya, Jessica, kini 12 tahun, dia mengalami masalah gangguan darah menyebabkan kehamilan seterusnya tidak selamat.

Masalah kesihatan itu turut menyebabkan dia tidak bekerja, sebaliknya menjaga 50 bayi palsu selama 24 jam sehari sejak dia mendapatkan mereka. Alice menukar, mencuci, menidurkan dan memberi makan anak patung berkenaan - malah, memabawa beberapa anak patung kegemarannya keluar bersiar-siar dengan kereta. Dia mengaku lebih suka menjaga anak patungnya daripada melakukan hubungan seks bersama suaminya yang keluar dari kediaman mereka lima tahun lalu ekoran terlalu banyak koleksi anak patung di rumah mereka.


Alice begitu bimbang mengenai keselamatan anak patungnya itu setiap kali anak kandung atau kucingnya berada berdekatan mereka. — DM

sumber : mymetro




Hati ibu dicengkam piluwan

Posted: 24 Aug 2012 06:45 PM PDT


GUA MUSANG: Siapa pembunuh Nor Ain Shafnie Mohd Azizi? Itu persoalan bermain di fikiran ibu remaja berusia 16 tahun itu, Che Esah Yusoff, 60, yang sangat mengharapkan pembunuh anaknya segera dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal atas kekejaman dilakukan.
Che Esah yang juga ibu tunggal masih tidak dapat melupakan betapa hancur luluh hatinya selepas dimaklumkan anaknya ditemui dalam keadaan menyayat hati tanpa jasad sempurna apabila hanya tengkorak dan tulangnya ditemui di ladang sawit berhampiran rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, dekat sini, pada 23 April lalu.

Menurutnya, walaupun sudah empat bulan berlalu, dia masih terbayang-bayang wajah dan kelibat anaknya seolah-olah masih ada di depan mata.


Katanya, perasaan pilu semakin mencengkam apabila tiba Aidilfitri Ahad lalu.

"Aidilfitri tahun ini tiada serinya tanpa kehadiran Nor Ain. Selain masih terkenang peristiwa hitam yang berlaku, saya turut terkenang kesibukan Nor Ain yang rajin mengemas rumah dan membuat kuih raya ketika menjelang Aidilfitri.


"Arwah juga orang yang paling sibuk melayan tetamu sepanjang Aidilfitri," katanya sebak ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.



Harian Metro pada 25 April lalu melaporkan, tengkorak dan tulang Nor Ain ditemui di ladang sawit berhampiran rumahnya oleh seorang pekerja kontrak ladang sawit pada jam 6 petang selepas dipercayai dibunuh dan mayatnya dibakar.

Tengkorak dan tulang remaja yang hilang pada 3 April lalu itu ditemui bersama dompet mengandungi kad pengenalannya, seutas jam tangan serta sebuah motosikal miliknya yang hanya tinggal rangka akibat dibakar.


Beberapa hari selepas itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dilaporkan berkata, Nor Ain dipercayai dirogol sebelum tengkorak dan tulangnya ditemui.

Katanya, perbuatan kejam itu dipercayai dilakukan individu dikenali mangsa dan polis menahan sembilan suspek warga tempatan untuk membantu siasatan.


Menurut Che Esah, sehingga kini pembunuh anaknya belum dikenal pasti dan dia terus berdoa polis dapat menangkap dan membawa pembunuh anaknya ke muka pengadilan serta dihukum dengan hukuman setimpal.


"Jika saya terkenangkannya, saya tatap gambarnya. Arwah berhenti sekolah ketika tingkatan tiga dan dia menjaga saya sepanjang masa di rumah.


Katanya, tengkorak dan tulang anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam RKT Kesedar Jeram Tekoh, dekat sini, pada 9 Julai lalu.


"Saya menerima tulang dan tengkorak anak daripada polis pada sebelah pagi dan mengebumikannya pada jam 3 petang, 9 Julai lalu," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi berkata, kes pembunuhan Nor Ain tidak akan ditutup selagi pembunuhnya belum ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan.


Katanya, suspek yang ditahan sebelum ini dibebaskan kerana mereka didapati tidak terbabit dengan pembunuhan Nor Ain.


"Kami masih meneruskan siasatan dan mengesan pembunuh Nor Ain. Selagi tidak dapat siapa pembunuhnya, kami memburu pembunuh itu," katanya.



sumber : mymetro

Gila tiru gaya K-pop

Posted: 24 Aug 2012 06:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kegilaan remaja terhadap fesyen dan gaya ala Korea (K-pop) boleh dikaitkan dengan persoalan, mengapa wujudnya lambakan kanta lekap berwarna serta bercorak unik di pasaran.
Biarpun banyak peringatan sudah dikeluarkan pelbagai pihak berhubung bahaya penggunaan kanta lekap murah, namun masih ramai yang berdegil untuk mencuba dengan alasan mahu kelihatan cantik.

Tinjauan Harian Metro di beberapa pusat beli-belah terkemuka di ibu negara semalam mendapati, kanta lekap popular dengan jolokan kanta K-pop itu dijual secara terbuka di kebanyakan kedai aksesori wanita.


Kanta lekap berharga antara RM25 dan RM29 sepasang itu tidak terhad kepada corak mata semula jadi atau potongan berlian, tapi menawarkan motif bintang, mawar serta kulit haiwan.

Menurut pembantu kedai dikenali sebagai Suria, 32, pemakaian kanta lekap import dari Korea itu popular di kalangan remaja dan wanita bekerja.


"Kebanyakan remaja suka mencuba kanta lekap bercorak unik dipadankan gaya percakapan dan pemakaian mereka.



"Berbeza dengan golongan wanita, mereka lebih suka membeli kanta lekap berwarna untuk disesuaikan dengan mekap dan pakaian yang digayakan ketika mereka keluar bekerja serta bersosial," katanya.

Menurut Suria, sejak kanta lekap itu dijual di kedainya tiga tahun lalu, dia tidak pernah menerima sebarang aduan negatif daripada pelanggan, sebaliknya ramai yang datang untuk mendapatkan corak terbaru setiap bulan. "Setahu saya, kanta lekap K-pop ini tidak membawa kesan buruk kepada pengguna, asalkan si pemakai tahu tip penyimpanan dan penjagaan yang betul.


"Malah, sejak menjualnya, ramai remaja dan wanita sudah menjadi pelanggan tetap di sini," katanya.

Selain pusat beli-belah, kanta lekap sama turut dikesan dijual kebanyakan pasar malam dan bazar larut malam di sekitar ibu kota.


Tidak cukup dengan itu, pengguna juga boleh membuat pembelian melalui laman web dan akaun facebook tertentu menawarkan kanta lekap K-pop.


Harian Metro sebelum ini melaporkan kejadian menimpa seorang seorang gadis berusia 18 tahun dari Kapar, Klang berdepan masalah penglihatan sehari selepas memakai kanta lekap murah dan tidak berkualiti.


sumber : mymetro

‘Pelancong penyamun’

Posted: 24 Aug 2012 06:15 PM PDT


KOTA KINABALU: Dengan hanya berbekalkan peta laluan yang diperoleh di pusat pelancongan, sekumpulan lima 'pelancong penyamun' dari Semenanjung memecah masuk beberapa unit kediaman sekitar bandar raya ini untuk mengaut barangan samun bernilai ratusan ribu ringgit.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, kelicikan tiga lelaki dan dua wanita termasuk seorang warga China itu berakhir apabila mereka dicekup dalam satu serbuan khas di sebuah hotel, di sini, Rabu lalu.

Menurutnya, semua suspek yang ditahan berusia antara 34 dan 54 tahun dan tiba di negeri ini sejak 14 Julai lalu kononnya sebagai pelancong dan mereka turut menyewa kenderaan yang digunakan untuk mencari rumah yang ingin disamun.


"Kumpulan itu bergerak dengan hanya berdasarkan peta diperoleh dari pusat pelancongan sebelum menyasarkan pangsapuri dan kondominium mewah sekitar bandar raya ini.

"Hasil siasatan, polis menyerbu dua bilik di sebuah hotel dan menemui sebahagian besar barangan dilaporkan hilang oleh pemilik rumah berkenaan," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini, semalam.


Jauteh berkata, antara barangan dirampas termasuk wang tunai berjumlah RM847, beberapa beg tangan wanita, barangan kecantikan, pelbagai mata wang asing selain peralatan pertukangan yang dipercayai digunakan untuk memecah rumah.



"Mereka memulakan 'operasi' sehari selepas tiba di negeri ini dan sebelum memecah masuk pangsapuri atau kondominium mewah, mereka terlebih dulu mengetuk pintu rumah. "Jika tiada maklum balas, barulah mereka memecah masuk kediaman itu. Sekiranya rumah itu berpenghuni, mereka akan berpura-pura bertanyakan sesuatu sebelum beredar," katanya.

Menurutnya, kumpulan 'pelancong penyamun' itu dipercayai terbabit dalam 14 kes pecah rumah membabitkan kerugian RM440,000 di sekitar bandar raya ini.


Katanya, semua suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

sumber : mymetro

Bahana bangga tiada dara

Posted: 24 Aug 2012 06:00 PM PDT


KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.
Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.
Malah, sesiapa yang masih dara dipecat 'keahliannya' atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.

Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli 'kelab tiada dara' itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.


sumber : mymetro

Kedai penyanyi dibakar

Posted: 24 Aug 2012 05:55 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Saya hampir pengsan melihat api menjulang memusnahkan kedai makan yang saya usahakan selama 10 tahun," kata bekas anggota kumpulan 2 By 2, A Halim Mamat, 37, menceritakan detik cemas kebakaran kedai makan miliknya di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, awal pagi semalam.
Kejadian jam 1 pagi itu menyebabkan kedai makanan Thai yang diusahakan Halim bersama isteri yang juga bekas penyanyi kumpulan Genuine, Norsalawati Karman, 35, musnah.

Menurut Halim, ketika kejadian dia sedang tidur apabila tiba-tiba dikejutkan Norsalawati dan memaklumkan mengenai kebakaran itu.
"Isteri saya dihubungi sepupunya yang tinggal berhampiran kedai makan kami dan memberitahu mengenai kejadian. Kami sangat terkejut kerana hanya sejam sebelum itu kami baru saja pulang selepas memeriksa kedai yang ditutup seminggu sempena Aidilfitri," katanya.

Halim berkata, dia segera ke tempat kejadian, manakala Norsalawati terpaksa tinggal di rumah kerana menjaga empat anak mereka.

"Tubuh saya lemah sejurus tiba dan melihat api marak membakar kedai makan ini yang juga satu-satunya sumber utama pendapatan selepas saya dan isteri berhenti menyanyi.
"Kedai makan ini saya usahakan ketika masih lagi aktif dalam nyanyian sebagai bekalan selepas tidak lagi berkecimpung dalam bidang seni," katanya.

Katanya, akibat kejadian itu, dia dan enam pekerjanya kini hilang sumber pendapatan.
"Api dipadamkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Setapak dan kebakaran sebenar masih disiasat," katanya yang mengesyaki kebakaran itu disebabkan perbuatan khianat dan menganggar kerugian RM60,000.

Nasib malang menimpa pasangan itu yang popular sekitar 1990 turut mendapat perhatian rakan artis lain apabila seorang lagi bekas anggota 2 By 2, Zul dan isteri, Isma, yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7) datang melawat.

Turut melawat tempat kejadian, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wangsa Maju, Mohd Rasyid Abdul Samah dan Naib Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Hamdan Mohd Yusuf.

Halim berkata, dia dan isteri berharap dapat membina semula kedai makan itu dan berharap ada pihak bersimpati dan menghulur sumbangan.


sumber : mymetro

Aksi tak peduli pasangan remaja China direstoran

Posted: 24 Aug 2012 05:30 PM PDT




nafsu yang tak dapat dikawal lagi...dunia macam mereka berdua
yang punya...tak peduli orang sekeliling

[Kesian] Tertusuk berus gigi ketika jatuh dari basikal

Posted: 24 Aug 2012 05:15 PM PDT

Seorang remaja di India dilarikan ke hospital kerana memerlukan  pembedahan kecemasan setelah mengalami cedera ketika dia sedang melakukan aksi aneh ketika naik basikal.

Vignesh Nageshwaran, 11, dari Delhi di suruh ibunya untuk membeli bunga dengan secepat mungkin, sehingga dia memutuskan untuk berbasikal ke kedai bunga sambil menggosok gigi.

Ketika sampai di kedai itu dia terjatuh ke tanah dan berus giginya tertusuk kebagian atas mulutnya.

Dr Sushma Sagar, mengatakan bahawa berus gigi sudah cukup dalam, hampir menyentuh kolom vertebral dan menimpa pembuluh darah utama yang menyalurkan darah ke otak.

Vignesh dibius selama 24 jam untuk pembedahan dan memerlukan 2 hari untuk pulih. Kini dia sudah pulih dan tidak takut untuk naik basikal lagi.

Ayahnya berkata bahawa anaknya itu tetap suka berbasikal dan tidak ada yang berubah setelah kemalangan itu kecuali kawan-kawannya yang memanggilnya the Toothbrush Kid....



Wanita yang tak tahu cara menutup aurat dan adat masuk ke masjid

Posted: 24 Aug 2012 05:00 PM PDT

sumber gambar : oh! media

Adakah dia tak tahu atau pura-pura tak tahu.Tak kan tak ada yang menasihatkan adat masuk ke masjid.
Paling tidak cara menutup aurat...

Cara pengubatan aneh pesakit di seterika dan dipijit dengan aliran elektrik

Posted: 24 Aug 2012 04:45 PM PDT

Sekilas pandang, proses pengubatan dengan cara disetrika tersangat ngeri. Namun itulah cara Bahril Ulum, warga Desa buniwah, Jawa Tengah, mengubati pesakitnya hingga ketika ini.

Energi panas yang dihasilkan seterika dipakai membantu memasukkan ubat tradisional ke dalam tubuh pesakit. Sebelum diseterika, Bahril terlebih dulu menyiapkan ramuan ubat tradisional yang terdiri dari temulawak, sereh, kapulaga, akar bambu, alang-alang, dan jeruk nipis.

Setelah ramuan siap, sehelai tuala kecil dicelupkan untuk menyerap ramuan dan diletakkan di atas punggung. Seterika yang sudah panas kemudian digosokkan di atas handuk secara berulang-ulang. Jenis pengobatan ini dipercaya mampu untuk mengubati segala macam penyakit. Terutama, kelebihan kolesterol dan lemak tubuh.

Sebelum diseetrika, pasien biasanya dipijit dengan cara yang aneh, yakni menggunakan aliran elektrik. Pesakit yang baru menjalani terapi ini tidak sedikit yang mengerang kesakitan.

Tentunya, pendapat doktor perlu diketahui mengenai cara pengubatan ini. Namun, percaya atau tidak, semua berpulang kepada Anda.

Sumber : http://unik-aneh-langka.blogspot.com

Cacing Guinea yang Sangat Mengerikan

Posted: 24 Aug 2012 04:30 PM PDT

Larva cacing guinea hidup di dalam tubuh kutu air. Ketika manusia meminum air yang mengandung kutu air, sistem pencernaan kita membinasakannya, namun tidak mematikan larva cacingnya yang terus berkembang menjadi dewasa. Cacing jantan akan mati setelah di dalam tubuh manusia, sementara betinanya terus membesar dalam waktu singkat pertumbuhannya kira-kira mencapai lebih dari dua sentimeter setiap minggu.

Dalam waktu setahun cacing ini perlahan-lahan mengeluarkan diri dari tubuh manusia yang dihuninya dengan menjulurkan kepala terlebih dahulu di bagian bawah kaki atau lengan manusia yang menjadi korban. Proses ini menyebabkan ngeri yang luar biasa.Bekas luka lubang keluarnya cacing ini akan membesar sesentimeter demi sesentimeter dan begitu menyakitkan. Sering kali penderita terburu-buru mencari sumber air untuk merendam luka mereka, padahal tindakan ini adalah salah.

Ketika cacing guinea yang masih berada di dalam tubuh manusia itu merasa dekat dengan air, ia akan melepaskan ribuan larva yang kemudian dimakan kutu air. Dan lingkaran ini terus berlanjut. Pada era 1900-an, cacing guinea ditemukan di sebagian besar wilayah Afrika dan Timur Tengah, Asia Tengah dan Selatan. Sejalan dengan meningkatnya  air bersih, cacing ini menghilang di berbagai wilayah. Namun, pertengahan 1980-an masih ada sekitar 3,5 juta kes di Asia dan Afrika. Untuk membasminya, para ahli punya cara sederhana: mengajari masyarakat cara menyaring air minum dan mencegah penderita dengan cacing yang keluar dari tubuhnya mendekati sumber-sumber air.

Daerah penyebaran : Afrika




Chef buat replika dapurnya daripada cokelat dan gula

Posted: 24 Aug 2012 04:15 PM PDT

Master pastry chef Alain Roby telah membangun replika dapur rumahnya di Jenewa, seluruhnya terbuat dari 2.000 paun cokelat dan gula.
Alain Roby, lelaki yang sebelumnya membangun sebuah replika pencakar langit cokelat setinggi 20-kaki dan pohon Natal setinggi 22-kaki yang terbuat dari cokelatDia mula membuat replika yang unik ini tahun lalu, ketika dia menerima sumbangan dari Callebaut chocolaterie coklat Belgium. Dia memulakan dengan melelehkan cokelat ke dalam cetakan dia buat sendiri, dan menghubungkan bahagian menggunakan coklat. Pinggan-pinggan itu terbuat dari gula, dan ubin itu dipahat menjadi bentuk yang diinginkan.
Keseluruhan projek memerlukan waktu berbulan-bulan untuk menyelesaikan, dan Alain masih menemukan cara untuk memperbaikinya. Artis coklat mengakui kesenian dapur merupakan halangan besar, tapi itu sebenarnya bahagian teknik yang paling rumit. Dapurnya lengkap dengan almari, dapur, wastafel, sebuah backsplash seramik, teko dan piring. Dapur cokelat Alain Roby telah menjadi daya tarik di Jenewa, kerana telah dipamerkan di tempat pusat kota.



Dahsyat betul cara polis ini hapuskan penjenayah

Posted: 24 Aug 2012 04:00 PM PDT





LETAK MAKLUMAT IKLAN

Gila babi betul perempuan ni

Posted: 24 Aug 2012 11:00 AM PDT