Adsense

Selasa, 6 November 2012

Zon Artis

Zon Artis


Jamal Abdillah & Jay Jay Bergabung Jayakan Konsert Di Rompin

Posted: 06 Nov 2012 09:34 PM PST

Bergabung, meletup!

KONSERT JAMAL ABDILLAH DAN JAY JAY

Good news buat peminat Jamal Abdillah dan Jay Jay especially yang berada di negeri Pahang kerana dua penyanyi lagenda tanah air ini bakal bersatu menerusi sebuah konsert sempena Fiesta Karnival Lanjut BBQ Seluruh Dunia pada 24 Disember depan.

Konsert itu akan berlangsung di Lanjut Golden Beach and Golf Resort, Kuala Rompin, Pahang yang akan diadakan pada pukul 8 malam.

Menurut pihak penganjur, konsert itu dijadualkan akan berlangsung selama 2 jam 30 minit yang mana akan menampilkan sebanyak 22 lagu hit daripada Jamal Abdillah manakala Jay Jay pula akan mempersembahkan sebanyak 7 buah lagu yang masih dirahsiakan.

KONSERT JAMAL ABDILLAH DAN JAY JAY

Pada konsert itu nanti, selain berhibur, pengunjung juga dapat menikmati hidangan makan malam di tepi pantai. Menarik lagi hidangan yang disediakan merupakan empat menu BBQ terbaik seperti Tex-Mex, Oriental, Continentals serta hidangan tempatan.

News yang tak berapa baiknya, ia bukan konsert percuma. Huhu.. Tapi jika anda nak pergi juga, anda boleh menempah tiket dengan menghubungi talian 09-4145113. Harga tiket serendah RM399 hingga RM699 (harga termasuk hidangan makan malam).

Psstt: iPhone 5 gadget impian~

Related Posts with Thumbnails