Berita Harian: Hip |
Posted: 05 Nov 2012 03:49 PM PST Selepas 10 hari ditayangkan, filem James Bond capai pungutan box office di seluruh dunia Walaupun belum ditayang di Amerika Syarikat (AS), filem terbaru ejen perisik James Bond, Skyfall mencapai kutipan box office apabila mengaut lebih RM861 juta (AS$287 juta) di benua Eropah dan Asia. Kutipan ini adalah tertinggi direkodkan dalam sejarah 50 tahun ejen perisik 007 yang sudah mengumpul 23 judul sejak karya pertama, Dr No diterbitkan pada 1962. Laman blog melaporkan, Skyfall merekodkan pembukaan terbesar di Jerman dengan pungutan lebih RM70 juta (AS$23.9 juta), menjadikan ia filem paling berjaya tahun ini. Sambutan peminat Switzerland terhadap Skyfall juga tidak mengecewakan apabila filem itu meraih pungutan hampir RM16 juta ((AS$5.3 juta). Filem lakonan Daniel Craig ini turut mendapat sambutan hangat di Itali, Sepanyol, Belanda, Austria, India, Taiwan dan Mexico. Di Malaysia, hampir semua pawagam yang menayangkan Skyfall terutama bagi tayangan hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad lalu, dikerumuni peminat. Malah ada yang terpaksa pulang hampa apabila tiket bagi semua tayangan habis termasuk slot tengah malam. Tertinggi di UK Di United Kingdom (UK), produksi Skyfall boleh tersenyum lebar kerana filem ini memperoleh pungutan kasar lebih RM77 juta (AS$25.7 juta) pada Sabtu dan Ahad lalu. Ini adalah kutipan tertinggi yang direkodkan bagi pembukaan filem James Bond dalam sejarah filem ini di UK - negara asal Bond. Sehingga hari ini, Skyfall memungut lebih RM250 juta (AS$85.8 juta) di UK. Merentas Lautan Pasifik di Amerika Syarikat (AS), tinjauan sebelum pembukaan Skyfall meramalkan pungutan lebih RM240 juta (AS$80 juta) bakal diraih filem aksi ini berdasarkan reaksi peminat James Bond di seluruh AS. Difahamkan, pembukaan Skyfall di AS ditangguhkan bagi mengelak bertembung dengan Pilihan Raya Presiden AS 2012 dan Taufan Sandy. INFO * Ditayang di 81 negara Kutipan pembukaan tertinggi filem 1. Marvel's The Avengers RM620 juta (AS$207 juta) 2012 |
Posted: 05 Nov 2012 03:46 PM PST Sharnaaz pertahan pendirian, enggan minta maaf daripada penerbit filem Darah Panas Bukan mahu menegakkan benang basah atau keras kepala. Bagi pelakon, Sharnaaz Ahmad, ada prinsip yang dipertahankan tatkala berdepan dakwaan kononnya tidak berdisiplin dan melanggar syarat perjanjian selepas dikatakan meninggalkan lokasi penggambaran filem Darah Panas pada 5 Oktober lalu. Sharnaaz memberitahu HIP, permintaan penerbit White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu sudah ditunaikan ketika mereka berada di lokasi penggambaran filem berkenaan. "Apa jaminan yang boleh diberi sekiranya saya membuat permohonan maaf secara terbuka seperti yang dikehendaki. "Saya berusaha merendahkan diri dengan meminta maaf kepadanya di hadapan seluruh produksi filem itu. Tak cukupkah apa yang sudah saya lakukan. Apa lagi yang dia mahukan?" katanya. Sharnaaz mengakui sejak isu itu timbul, banyak pihak memarahinya termasuk keluarga yang tidak tahu menahu perkara yang berlaku. Tak reti cakap belakang Ditanya tidakkah mahu bersemuka dengan Baldev bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku, aktor yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang menganggap ia tidak perlu. "Bagi saya, berani kerana benar. Jika benar dia hendak saman saya, saya tidak boleh buat apa-apa. Bukanlah nak kata saya banyak duit dan mahu saman dia balik. Cuma bagi saya, dia perlu bercakap benar. Kalau tak percaya bolehlah rujuk perkara ini kepada mana-mana pihak yang pernah berkerja dengannya. "Saya enggan ulas apa-apa lagi kerana tidak mahu kenyataan saya disalah erti. Jika dia rasa dia betul dan mahu membawa perkara ini ke mahkamah, terpulanglah kepadanya," kata Sharnaaz. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |