Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Acara Kutipan Tabung Amal Gaza Palestin Anjuran Usrah Fitrah

Posted: 20 Nov 2012 06:06 PM PST

Pada hari ini (21 November 2012) akan diadakan bermula jam 4.30 ptg – 6.30 petang di depan Pavilion KL, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Acara Kutipan Tabung Amal Gaza Palestin ini dianjurkan oleh serta beberapa rakan selebriti dan artis yang lain bertujuan untuk membantu serta meringankan beban mangsa kekejaman Israel yang ditindas di Gaza, Palestin.

Budiey juga rasa sangat kasihan dan bersimpati dengan penderitaan mangsa kekejaman Israel.

Sekarang ini, Budiey lihat ramai artis yang begitu peka dan prihatin dengan penderitaan penduduk Palestin. Kita semua perlu mengutuk habis-habisan serangan yang telah pun mengorbankan seramai 100 orang mangsa setakat hari ini sejak pertengahan November lalu.

Setiap hari ada sahaja mangsa berlumuran darah dan meninggal dalam keadaan yang sangat tragis. Bersyukurlah ya, kita hidup aman kat bumi Malaysia ni.

Jika korang ikuti perkembangan di Gaza, Bumi Palestin, korang akan tahu dan faham apa yang Budiey ingin sampaikan. Dengan bom yang sentiasa meledak sana-sini, mangsa kematian tak tahu la berapa orang agaknya, hidup dalam keadaan susah, buat Budiey rasa sangat sedih. Memang kat Malaysia ni ramai lagi yang susah tapi kalau kita boleh bantu, bantulah ye.

Kepada pembaca yang mahu datang, bolehlah berbuat demikian sebab Budiey kira ini adalah salah satu cabang atau cara untuk kita membantu. Jika Faizal Tahir mahu melelong semua trofi yang dimenangi untuk membantu mangsa yang teraniaya di Gaza, Palestin, mengapa tidak anda yang berkemampuan untuk menghulurkan sedikit derma.

Antara artis dan selebriti yang terlibat ialah , , , , , , Ainul Aisyah, , Anding AF, dan ramai lagi.

Semoga dengan usaha Usrah Fitrah dan selebriti ini serta sumbangan anda dapat memberi sedikit sinar dan meringankan penderitaan kepada saudara-saudara seagama di Gaza di Bumi Palestin.

Kepada anda yang ingin menghulurkan derma dan sumbangan, bolehlah datang sambil dapat beramah mesra bergambar dengan selebriti kegemaran masing-masing pada petang ini ya.

Irma Hasmie Listerine

Irma Hasmie

Yatt Hamzah

Yatt Hamzah

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Fouziah Gous Iqram Dinzly

Iqram Dinzly

Facebook Komen

Facebook Komen

Tags: , , , , , , , , , , , ,

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Tonton Fear Factor Selebriti Malaysia

Posted: 20 Nov 2012 03:52 PM PST

5 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU TONTON FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA

Setiap orang dari kita bergelar manusia ada perasaan takut. Perasaan takut, ngeri, seriau, gayat, geli-geleman dan sebagainya… itu semua merupakan adalah perasaan yang normal yang menular dalam hati, jiwa dan perasaan kita dalam riwayat hidup manusia. Bohongla la kalau korang tak pernah rasa takut. Dalam hidup kita ni, rasa takut boleh melibatkan pelbagai situasi yang berbeza.

Takut atau gayat apabila berada di tempat tinggi, seriau dengan tempat gelap, geli-geleman dengan binatang berbisa dan sebagainya. Ada setengah orang takut pada air pun ada. Air yang dalam. Itu pun takut.

Kalau tanya pada Budiey, apa yang Budiey paling takut, Budiey akan jawab, Budiey takut sangat dengan ketinggian. Majoriti dari kita takut pada tempat yang tinggi, betul? Sesiapa sahaja akan rasa takut dengan ketinggian. Tapi sejauh mana Budiey boleh menghalang rasa takut itu bersarang dalam diri kita. Itu yang kita perlu tahu dan perlu kita atasi sebagai satu cabaran.

Budiey nak ceritakan sedikit tentang pengalaman Budiey. Selepas mencebur diri dalam dunia blog ini, banyak kali juga Budiey mendapat tawaran untuk buat terjunan dari tempat tinggi. Haiyo, kalau tak terjun, nanti orang cakap kita pengejut, penakut, lembik dan sebagainya.

Masih ingat lagi, semasa menjalani sebuah program realiti show melibatkan top blogger di Malaysia yang diadakan di sebuah taman tema terkenal, Budiey dicabar untuk menaiki satu games extreem yang melantunkan Budiey jauh tinggi ke atas yang diberi nama  AJ Hackett's G-Force X. Pergh! Tingginya bukan main! Gayat sangat. Sampai nak bukak mata pun takut. 

Budiey berjaya melaluinya walaupun perasaan takut masa tu, Tuhan sahaja yang tahu. Kalau tengok rakaman video masa tu, nak ketawa pun ada sebab Budiey rasa Budiey terkencing dalam seluar semasa dilontar tinggi ke atas tu.

Kemudian, Budiey dicabar lagi semasa kunjungan ke New Zealand untuk buat terjunan Bungee Jumping. Aduh, macamana nak tolak pelawaan dan cabaran ini sedangkan semua kawan-kawan yang ikut sama teruja untuk buat terjunan.

Dalam diri Budiey, semua perasaan ada. Takut mati, takut terjatuh dan sebagainya.

Buat-buat cool pun tak guna sebab memang jelas sangat Budiey takut untuk terjun dari tempat tinggi. Masa tu rasa nak terkencing pun ada. Kalau Budiey ada sakit jantung, dah lama pengsan kat situ. Masa nak buat terjunan tu, mulalah badan rasa nak demam.

Nak terjun ke tak, nak terjun ke tak nih. Naluri dan gerak hati kata, jangan terjun, kalau terjun nanti, macam-macam boleh jadi. Kalau tali ni putus macamana? Aduh, macam-macam perasaan yang bermain dan bergolak dalam hati masa tu.

Nak dijadikan cerita, masa nak buat terjunan tu, Budiey kata, tunggu sekejap, saya tak jadi nak terjun. Semua yang ada kat situ gelak. Budiey rasa malu pun ada masa tu sebab Budiey tewas dengan perasaan takut.Argh! Stress!

Bercakap tentang takut ni, mengingatkan Budiey dengan sebuah program yang akan menemui penonton Astro tak lama lagi iaitu Fear Factor Selebriti Malaysia.

Semasa diberitahu tentang program yang mencabar segala rasa ketakutan selebriti ini, Budiey rasa sangat teruja dan tak sabar nak tonton. Kalau bab-bab tengok selebriti kantoi ni, siapa yang tak nak tengok. Kadang-kadang tu, kita tak tahu, ada ramai selebriti yang kacak tapi takut pada kucing, takut pada tikus, lipas dan sebagainya. Ada jugak yang macam tu? Hahaha…jangan ketawakan orang, kita belum tentu lagi tahu macamana, kan?

Fear Factor Selebriti Malaysia

Tapi takut pada kucing, lipas, tikus, geli dengan lintah dan sebagainya bukan cabaran yang besar dalam Fear Factor Selebriti Malaysia. Banyak lagi cabaran yang besar menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta.

Budiey dikhabarkan, seramai 30 orang peserta telah diterbangkan ke Cape Town, Afrika Selatan untuk menjalani rakaman ini termasuklah pelakon terkenal yang kini tengah bikin fenomena dalam Adam & Hawa iaitu Aaron Aziz yang menggalas tugas sebagai pengacara program realiti ini.

Antara selebriti yang terlibat antaranya termasuklah Dafi, , Elfira Loy, , Kaka Ashraff, , Johan Ashaari, Jehan Miskin, Celina Khor, , Atu Raja Lawak, Alam Wakaka Crew, , , Hairul, Farish Aziz, Akim, , Nik Michael, Arthur, Zoey, Dr Faiz, , Azri, , , , Didie Alias, Isham, Iz OIAM dan Yassin.

Fear Factor Selebriti Malaysia

Dalam ramai-ramai, Budiey rasa teruja nak tengok Didie Alias, Kaka dan Elfira Loy sebab mereka adalah wanita yang berani mencabar diri untuk menyertai pertandingan realiti ini.

Tengok pada saiz tubuh Elfira Loy yang kecil itu, bolehkah dia mengawal diri dalam keadaan yang menakutkan atau dalam situasi yang membahayakan dirinya?

Tapi menurut Elfira, dia kata, dia sangat positif dan yakin dengan diri sendiri. Fizikal badan yang kecil tak bermakna dia tak dapat buat.

Jadi, jangan ingat selebriti yang bertubuh kecil tidak dapat menjadi juara dalam Fear Factor Selebriti Malaysia ya. Sebaliknya, selebriti yang kacak, bertubuh sasa tu tak semestinya akan menang. Sesiapa sahaja boleh jadi pemenang dan yang penting, selain nasib, cabaran dan juga kekuatan diri yang akan menentukannya.

Fear Factor Selebriti Malaysia

Pergh! Cayalah Elfira!

Selain cabaran selebriti yang dramatik, Budiey nak tengok juga bagaimana cara Aaron Aziz mengendalikan dan mengacarakan program ini. Pasti ramai peminat Aaron terutama Aaronators yang nak tengok sebab Aaron Aziz jarang sekali dapat tawaran menjadi hos program.

Budiey pun rasa yang sama, sebab sebelum ini, kita dah banyak disogokkan lakonan Aaron Aziz. Tapi kali ini, agaknya, berjayakah Aaron Aziz menjadi pengacara. Mana tahu, dengan program ini, Aaron Aziz menang Pengacara TV Lelaki Terbaik dalam anugerah berprestij? Mana kita tau kan?

Fear Factor Selebriti Malaysia

Dalam banyak-banyak peserta selebriti ni, Budiey rasa kumpulan Jehan Miskin bersama angkasawan negara, Dr Faiz Khaleed akan menang sebab tengoklah fizikal dan karakter Jehan dan Dr Faiz ni macamana. Jehan seorang yang sangat positif dan bersemangan waja.

Dari wajahnya pun kita tahu, Jehan ni jenis orang yang berani menyahut cabaran. Kasilah apa sahaja cabaran, dia akan lakukan.

Fear Factor Selebriti Malaysia

Paling kelakar, Budiey rasa nak tengok gelagat Roslan Shah & Azam Pitt yang rata-rata kita tau Roslan Shah ni jenis yang sangat optimistik dan over confident. Juga tak ketinggalan Didie Alias bersama suaminya. Mesti lawak!

5 Sebab Mengapa Anda Semua Kena Tonton Fear Factor Selebriti Malaysia:

  1. Sebab ada Aaron Aziz yang kacak dan popular tu, pertama kali jadi pengacara program realiti. Cabaran jugak tu.
  2. 15 kumpulan selebriti bertanding untuk merebut wang tunai yang sangat lumayan dengan cabaran yang berbeza-beza. Gelagat mereka pasti mencuit hati penonton.
  3. Sebelum ini, kita tonton Fear Factor tapi kali ini berbeza sebab melibatkan selebriti dan dirakam pula di Cape Town, Afrika Selatan. Lokasi yang menarik dengan pemandangan yang cantik membuatkan program ini akan ditunggu-tunggu oleh penonton setiap minggu. Percayalah.
  4.  Dengan program ini, kita tahu, jika kita berada di tempat selebriti yang bertanding tu, apa rasa kita. Bayangkan kalau kita dikurung dalam sebuah kotak seperti keranda dan dalamnya penuh dengan lipas. Ada berani?
  5. Akhir sekali, sebab mengapa anda perlu tonton program ini ialah sebab anda semua adalah penakut. Hahaha lawak tak lawak tak?

Apa-apa pun kita sama-sama tengok program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia ni. Budiey dengar, hadiah lumayan menanti 15 kumpulan selebriti yang bertanding.

Jangan lupa tonton semua episod program ini mulai Disember depan di Astro Ria (saluran 104).

Jangan lupa layari dan LIKE fanpage program ini di Facebook: https://www.facebook.com/FearFactorMalaysia

Dan untuk info, layari sekarang:
www.astrogempak.com.my/fearfactor

Video Bual Santai Budiey Bersama Elfira Loy & Kaka Peserta Fear Factor Selebriti Malaysia

Video Bual Santai Budiey Bersama Bual Santai Zaween & IZ Fear Factor Selebriti Malaysia

Video Bual Santai Budiey Bersama Zoey & Dafi Peserta Fear Factor Selebriti Malaysia

Video Bual Santai Budiey Bersama Farish Aziz & Akim Ahmad Fear Factor Selebriti Malaysia

Video Bual Santai Budiey Bersama Ruslan Shah & Azam Pitt dalam Fear Factor Selebriti Malaysia

Fear Factor Selebriti Malaysia

Fear Factor Selebriti Malaysia

Facebook Komen

Facebook Komen

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan