Adsense

Selasa, 20 November 2012

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Saya Mohon Maaf Atas Kekhilafan – Shila Amzah

Posted: 20 Nov 2012 02:22 AM PST

Abang Nara dah cakap dah mesti Shila Amzah teruja lebih ketika diumumkan memenangi Lagu Terbaik AIM19 sehingga tersalam cium tangan Sharnaaz Ahmad. Memang "heat of the moment". Amboi terspeaking lagi Abang Nara nie.

shila amzah

Apa pun berkata kepada Mstar Online, Shila berjanji untuk berhati-hati lebih lagi di masa hadapan. Perkara tersebut tidak disengajakan olehnya. Kata Shila:-

Saya ingin meminta maaf atas kekhilafan saya itu. Ketika itu saya terlalu teruja dan pengumuman itu dibuat ketika saya berda di samping orang yanh saya sayang. Ia merupakan satu pengajaran buat saya dan saya bukanlah seorang yang sempurna

Betul tue tak ada orang yang sempurna. Kesilapan dilakukan untuk kita belajar daripadanya.  Abang Nara respek kepada Shila kerana pada ucapan kemenangannya, tak pernah lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada "Shilalas". Shilalas adalah nama gelaran buat kelab peminatnya. Semoga hubungan mesra antara Shila dan peminat akan terus berkekalan. SUMBER

Comments

comments

(Gempaq) MCDONALDS MENUTUP 110 CAWANGAN DI JEPUN KERANA JUALAN MERUDUM

Posted: 20 Nov 2012 12:48 AM PST

Rangkaian restoran makanan segera terbesar dunia McDonalds hari ini mengumumkan penutupan 110 cawangan restoran mereka di Jepun. Penutupan besar-besaran ini terpaksa dilakukan kerana mereka tidak mampu lagi menanggung kerugian yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. September lalu jumlah jualan menurun sebanyak 2.2% lagi dan penyusutan ini sudah berlarutan sejak gempa bumi besar yang berlaku tahun lalu.

McDolands Jepun menerima banyak saingan dari pengusaha makanan segera lain yang menawarkan menu yang lebih baik. makanan yang lebih bercitarasa tempatan dan pada harga yang lebih murah. Ekonomi yang merudum selepas gempa bumi 2011 pula memburukkan keadaan kerana orang ramai mencari makanan yang lebih murah. Proses pengurangan cawangan ini bukanlah yang terbesar yang pernah dilakukan McDonalds Jepun. Pada tahun 2010, 433 cawangan ditutup bagi mengurangkan kos operasi syarikat. Proses penutupan ini sendiri sahaja akan menelan sebanyak Yen 1.2 billion (RM 45.4 Juta) !

Sungguhpun mengalami pemyusutan jualan, McDonalds berjaya melakukan jualan sebanyak Yen 220.7 billion. Kepada mereka yang gemarkan McDonalds anda tak perlu risau. Untuk memenuhi keperluan pelanggan, rangkaian McDonalds yang menawarkan penghantaran ke rumah akan ditambah dari 17 cawangan kepada 250 cawangan seluruh Jepun

What I find fascinating is the sales of fast foods in DEVELOPED country is decreasing almost all at the same time. In these developed nation the people are starting to eat healthy and McDonalds and its ilk are seen as evil. In Malaysian in the other hand the sales are getting stronger. #LULZ

IN B4 "Sebenarnya Jepun lagi Islam kerana boikot McIsrael!"

Laporan asal Yahoo Japan

Comments

comments