Adsense

Khamis, 1 November 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Liyana Jasmay Terkejut, Rumah Hampir Dihempap Pokok

Posted: 01 Nov 2012 09:28 PM PDT

Walaupun umum tahu Liyana Jasmay dan ibunya kini selamat dan tidak terjejas dengan Taufan Sandy yang melanda New York dan New Jersey, namun disebalik itu rupanya rumah Liyana Jasmay nyaris dihempap pokok.

Menerusi laporan Berita Harian hari ini, Liyana memberitahu bahawa ketika kejadian berlaku, dia tidak menyangka bunyi dentuman kuat ketika dia sedang tidur adalah bunyi pokok yang tumbang diluar rumahnya.

"Saya terkejut kerana pada mulanya tidak menyangka bunyi dentuman kuat itu sebenarnya datang daripada sebatang pokok yang tumbang.

"Malah bahagian bumbung dan tingkap bilik tidur saya sendiri hampir ditimpa pokok tumbang. Saya memang berada dalam bilik ketika itu. Saya terkejut kerana pada mulanya tidak menyangka bunyi dentuman kuat itu sebenarnya datang daripada sebatang pokok yang tumbang," ujar Liyana kepada Berita Harian.

Menurut Liyana lagi, bunyi itu menyebabkan dia sekeluarga terbangun dari tidur dan hanya mengetahui kejadian sebenar keesokan harinya.

"Bunyi itu membuatkan kami terjaga daripada tidur dan ketakutan. Keesokan harinya apabila kami periksa, pokok itu tumbang bersebelahan rumah. Tak dapat saya bayangkan kalau pokok itu jatuh atas tingkap, yang kesemuanya dibuat daripada kaca," ujar pelakon berusia 24 tahun ini.

Liyana yang berada di Amerika Syarikat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pengarahan dan lakonan memberitahu bahawa pengajiannya tergendala sebentar disebabkan Taufan Sandy dan bakal pulang ke Malaysia, Disember ini.

Lagu Baru Psy Bakal Cantas Populariti ‘Oppa Gangnam Style’

Posted: 01 Nov 2012 09:13 PM PDT

Mungkin ini yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat Psy diseluruh dunia. Kami pasti walaupun anda tidak kenal siapa Psy yang sebenar, tapi anda pasti tahu lagu 'Oppa Gangnam Style' dan tariannya yang popular, kan?

Setelah hampir 3 bulan dimuatnaik ke laman Youtube, muzik video asal 'Oppa Gangnam Style' telah mencatat jumlah tontonan sebanyak 618,992,701 kali berbanding muzik video Justin Bieber – Baby yang hanya mencatat jumlah tontonan sebanyak 794,925,354 kali selepas 3 tahun dimuatnaik.

Terbaru, Psy dikatakan sedang dalam proses melancarkan lagu terbarunya dan menurut CEO YG Entertainment, Yang Hyun Suk, lagu baru Psy itu bakal mencantas populariti 'Oppa Gangnam Style' setelah mendengarnya.

"Saya sudah mendengar lagu Amerika yang bakal dilancarkan oleh Psy dan ia sangat menarik. Meskipun ini pandangan peribadi saya, saya fikir lagu itu bakal menandingi populariti 'Gangnam Style' dengan baik," ujar Yang Hyun Suk melalui Soompi.

Namun begitu, masih belum ada video teaser tentang lagu baru Psy ini dan ia dijangka akan dilancarkan pada bulan ini (November).