Adsense

Khamis, 25 Oktober 2012

Zon Artis

Zon Artis


Tayangan Filem Tanda Putera Ditunda Lagi

Posted: 24 Oct 2012 11:55 PM PDT

Kami baru sahaja menerima emel daripada pihak Pesona Pictures menyatakan bahawa filem kontroversi iaitu Tanda Putera yang sepatutnya mula ditayangkan kepada umum pada 15 November ini ditunda lagi, atau lebih tepat dibatalkan. Tarikh tayangan baru pula belum diketahui.

POSTER FILEM TANDA PUTRA

Berikut kandungan emel yang dikirimkan kepada kami:-

Kami telah diberitahu bahawa tayangan umum filem Tanda Putera yang dijadualkan mulai pada 15 November 2012 kini dibatalkan. Tarikh tayangan baru belum lagi diterima. Kenyataan ini ekoran kekeliruan berikutan laporan berita berkenaan soal jawab di Parlimen berkenaan filem ini semalam.

Tarikh tayangan baru akan kami umumkan sebaik saja diterima. Kami lihat kemungkinan Tanda Putera akan ditayangkan pada tahun hadapan. Kami juga telah dimaklumkan Perunding Media bahawa selepas titik potong (Cut-off point) 23 Oktober 2012, agak lewat bagi sebarang urusan promosi dan pengedaran untuk slot Wajib Tayang 15 November.

Kami amat menghargai dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan menyatakan minat terhadap filem ini dan berharap mereka akan terus memberi sokongan apabila filem ini ditayangkan kelak.

Kami mohon maaf andainya penundaan tarikh tayangan filem ini menyusahkan atau menghampakan mana-mana pihak.

Terima kasih.

Datin Paduka Shuhaimi Baba
Penerbit Tanda Putera/
Pengarah Urusan Pesona Pictures.

Psstt: Jom chat sampai lebam dengan aplikasi WeChat~

Related Posts with Thumbnails