Adsense

Sabtu, 20 Oktober 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gossip & Spekulasi Sebelum Pelancaran Festival Filem Malaysia Ke-25

Posted: 20 Oct 2012 10:05 PM PDT

Ura-ura mengatakan Festival Filem Malaysia pada tahun ini tidak dianjurkan adalah tak benar kerana ssok, tanggal 22 Oktober 2012 menjadi tarikh penting di mana akan berlangsungnya Sidang Media Pelancaran Festival Filem Malaysia Ke-25 FFM25 yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

FFM24

Sebelum ini, pihak penganjur, Finas mahu pun GAFIM langsung tidak menghebahkan apa-apa tentang perkembangan mengenari FFM25 tahun ini. Kemudian, dikatakan FFM tahun ini diadakan dengan keadaan tergesa-gesa atau dengan perkataan lain, asalkan ada. Jangan pula, anugerah ini diadakan secara paksa untuk mengelak dari dikritik oleh penggiat filem. Dengarnya, beberapa ahli jawatankuasa GAFIM tidak puas hati apabila tidak dimaklumkan tentang penganjuran FFM25. Malah, sidang media yang berlangsung esok tidak menjemput wakil dari Gafim. Kalau betullah khabar angin ini, Gafim tidak diajak untuk bersama dalam sidang media esok, ini sesuatu yang tak patut kerana hak penganjuran adalah milik Gafim dan selama ini Finas bekerjasama dengan Gafim untuk bersama sebagai penganjur.

Apa-apa pun, sama-sama kita tengok apa yang berlaku esok ya.

Pastinya esok, kita akan dapat tahu tentang tarikh sebenar penganjuran FFM25. Agal-agak bila ya? Kalau tak bulan November pastinya bulan Disember. Takkan bulan Januari kot. Masa dikatakan sangat suntuk kerana pihak penganjur hanya ada masa 2 bulan sahaja lagi. Jangan jadi kelam kabut sudahlah sebab semua perkara kena diselesaikan sebelum penganjuran termasuklah proses penyertaan, penjurian, seminar, tayangan dan acara pembukaan rasmi.

Khabar angin mengatakan FFM25 tahun ini akan berlangsung pada 30 Disember 2012. Jika benar spekulasi ini, maka staff Finas dan Gafim akan sibuk kerana dikerah tenaga untuk menganjurkan anugerah berprestij yang mengiktiraf kerja-kerja dalam proses pembikinan filem sepanjang tahun. Anugerah ini tidak boleh dibuat sembrono atau sekadar melepaskan batuk di tangga sebab perancangan yang rapi itu penting untuk kelancaran siaran langsung ini yang pastinya akan diperkatakan oleh ramai pihak termasuklah peminat dan pemerhati. Tambahan pula, ia adalah sambutan Jubli Perak FFM.

Budiey harap FFM25 dianjurkan dalam suasana aman tanpa kontroversi.

FFM

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Posted: 20 Oct 2012 07:13 PM PDT

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Majlis sepetang bersama Fan Dj Lin Cintamania & majlis ulang tahun Nazreen Asyran ke-9 telah berlangsung hari Ahad lalu, 14 oktober 2012.

Kepada pembaca yang belum mengenali beliau, Dj Lin merupakan penyampai yang mengendalikan rancangan Suria Cinta di Suria FM setiap Ahad – Jumaat ( 6 hari seminggu, 11 mlm – 2 pagi).

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Sebagai menghargai sokongan peminat, Dj Lin menerusi kelab peminatnya, Fan Dj Lin Cintamania telah menganjurkan majlis istimewa sempena meraikan ulang tahun anak lelaki beliau, Nazreen Asyran yang ke-9 bertempat di dewan , , .

Lebih 300 tetamu termasuk anak anak yatim dari Rumah Annajjah Malaysia, rakan artis, rakan media serta peminat dari seluruh malaysia hadir memeriahkan majlis yang diserikan penyampaian cenderahati kepada anak anak yatim, diikuti pelbagai aktiviti permainan menarik antaranya, makan paling pantas, pertandingan karaoke lagu cinta dan banyak lagi.

Menariknya tentang majlis ini, ia telah mendapat banyak tajaan antaranya, 300 dari rawang (rbb), 100 kotak ayam & sumbangan (rfc), 300 kotak air buah buahan Peel Fresh, 1000 cucuk , selain itu, Dualaris Event juga telah menaja meja & kerusi secara percuma untuk majlis ini. Majlis ini turut mendapat kerjasama daripada jamu mak dara dan ramai lagi.

Dj Lin merakamkan penghargaan kepada pihak media yang banyak menyokong kerjaya seni beliau dan menerusi publisiti yang diberikan juga membolehkan beliau mempunyai peminatnya tegarnya yang tersendiri dan halaman peminatnya di facebook di Dj Lin Suria Cinta Suria FM kini telah mencatatkan lebih 116 ribu peminat termasuk dari luar negara manakala blognya 'fandjlincintamania.blogspot.com' telah mencatatkan lebih 45 ribu pengunjung sementara Dj Lin yang baru saja membuka akaun twitternya iaitu @djlinsuriacinta kini berjaya mencatatkan lebih 6 ribu follower.

Menariknya juga tentang majlis yang berlangsung ini, Dj Lin memasak sendiri 4 menu utama iaitu & selain bubur kacang hijau & . Bagi lin, beliau begitu teruja untuk meraikan majlis yang akan diadakan ini dan buat pertama kalinya juga peminat boleh merasa air tangan dj lin dalam bidang masakan.

Kredit Photo: Tebu Photography

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: