Adsense

Khamis, 11 Oktober 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Muzik Video PENGHUJUNG Nawi featuring Frequensi & Lady D

Posted: 11 Oct 2012 06:40 PM PDT

Nawi, merupakan rapper yang berasal dari Pulau Pinang dan juga merupakan salah seorang anggota dari kumpulan ZeroPoint.0 yang turut dianggotai oleh Shazet dan DJ Anowl. Mula aktif dalam bidang muzik Hip Hop sejak tahun 2008 dan sering membuat persembahan sekitar Pulau Pinang.

Berbekalkan pengalaman yang ada, dia telah mengorak langkah mencipta nama dalam industry muziknya di Kuala Lumpur. Semasa menjuarai Liga Rap Battle Melayu (Raising The Bar) yang disertainya secara solo, dia telah diberi peluang untuk bekerjasama dengan Tripdisz, seorang penerbit Hip Hop terkemuka untuk menghasilkan sebuah single. Buat masa ini, dia di dalam proses bagi mempromosikan single tersebut secara giat serta mencari idea-idea baru untuk dimuatkan di dalam album sulungnya yang sedang dalam proses pembikinan.

Mengenai Lagu Penghujung:

Lagu 'Penghujung' ini diterbitkan oleh Tripdisz; yang juga merupakan penerbit/penggubah lagu bagi lagu-lagu yang tidak asing lagi di kalangan pengemar muzik tahanair seperti 'Aku Maafkan Kamu' – Malique / Jamal Abdillah, 'Teman Pengganti' – Malique / Black, 'Bawaku Pergi' – Zizan / Kaka dan lain-lain lagi. Lagu ini juga dinyanyikan secara kolaborasi bersama Frequensi dari kumpulan NtahSape2Ntah dan Lady D yang pernah popular dengan lagu 'B.O.M.O.H' dari album Too Phat dan 'Everything Changes' daripada Poetic Ammo. Suntingan dan adunan lagu ini dilakukan oleh Al-Z di IBP Studio serta proses suntingan adunan 'mastering' dilakukan oleh seorang engineer audio lagenda yang dikenali ramai artis serta ahli muzik tanahair khasnya, iaitu CL Toh. Lirik lagu, idea dan konsep asal ditulis oleh Nawi sendiri dan lirik tambahan ditulis oleh Lady D dan Frequensi.

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

SajiMee Band Clash Layan Habiiis Suria FM

Posted: 11 Oct 2012 06:00 PM PDT

SAJIMEE BAND CLASH BERSAMA SURIA FM "LAYAN HABIIIS"

Suria FM kini kembali dengan sebuah pertandingan band khas buat pelajar kampus. Setelah setahun penganjurannya, tahun ini ia tampil dengan SajiMee Band Clash bersama Suria FM "Layan Habiiis". Berbeza dengan tahun sebelumnya, untuk tahun ini dengan bangganya SajiMee akan menjadi penaja utama bagi acara pertandingan muzik ini.

Pertandingan ini mengetengahkan bakat-bakat muda dari kalangan pelajar IPT untuk menunjukkan bakat menyanyi dan bermain alat muzik.

SajiMee Band Clash Layan Habiiis Suria FM

Bakal berlangsung di 4 lokasi yang berbeza di serata semenanjung, Suria FM akan berada di AEON Bukit Raja Shopping Centre, Klang pada 20 Oktober 2012 untuk sesi ujibakat pertama.

Bagi sesi ujibakat kedua, destinasi kami yang seterusnya di Kuantan Parade, Pahang pada 3 November 2012 dan kami akan menjelajah ke Alor Star Mall pada 10 November 2012. Bagi lokasi terakhir, kami akan ke Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang pada 17 November 2012.

Setelah memilih band yang terbaik menerusi 4 lokasi tersebut, pertandingan akhir akan berlangsung pada 1 Disember 2012 di AEON Bukit Raja Shopping Centre, Klang bagi menobatkan siapakah juara SajiMee Band Clash bersama Suria FM "Layan Habiiis".

Antara artis-artis jemputan yang akan memeriahkan sesi ujibakat ini ialah Klangit, The Vella dan ramai lagi.

Acara ini terbuka kepada semua penuntut-penuntut IPT berwarganera Malaysia yang mempunyai band tidak kira secara profesional mahupun amatur. Pertandingan ini akan diadili oleh juri profesional yang terdiri daripada mereka yang berada di dalam industri seni serta akan dihiburkan oleh artis-artis tanahair

Penyertaan boleh dibuat secara 'walk in' di lokasi yang dinyatakan bermula jam 10 pagi. Setiap ahli kumpulan perlu membawa kad pengenalan dan kad matrik pelajar apabila mendaftar. Hadiah lumayan berjumlah RM18,000 menanti band terbaik. Jadi buat semua pemuzik-pemuzik di dalam kampus seluruh Malaysia, mari sertai SajiMee Band Clash bersama Suria FM "Layan Habiiis" dan tonjolkan karya dan bakat anda! Untuk sebarang maklumat lanjut, borang penyertaan atau terma dan syarat, sila layari www.suriafm.com.my

SajiMee Band Clash Layan Habiiis Suria FM

SajiMee Band Clash Layan Habiiis Suria FM

SajiMee Band Clash Layan Habiiis Suria FM

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: