Adsense

Khamis, 11 Oktober 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Foto : Shahz Jaszle Menjejakkan Kaki Di India

Posted: 11 Oct 2012 11:24 PM PDT

Model dan pelakon popular Shahz Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle bin Jasmin, 23 tahun, terkenal menerusi watak Ash dalam siri televisyen "Tari Tirana" pada tahun 2009. Kelibatnya mula mencuri tumpuan apabila muncul dengan kontroversi hangat tentang isu putus cinta bersama pelakon seksi Miera Liyana.

Pada 10 Oktber yang lalu, jejaka campuran darah Cina, Pakistan dan Melayu Indonesia ini telah menjejakkan kakinya di KLIA untuk penerbangan ke India. Dia yang tiba di India untuk Lestari's #MonumenCintaQaseh sempat berkongsi beberapa keping gambar di laman Instagram dan Twitter tentang kehidupan harian di negara India.

Jom lihat foto-foto Shahz Jaszle ini :

Undi : Pasangan Artis Putus Cinta 2012, Yang Manakah Paling Panas?

Posted: 11 Oct 2012 08:38 PM PDT

Setiap tahun pasti ada isu putus cinta dari artis-artis tanah air. Namun, kami kira sudah sampai masa untuk meng-kompilasi-kan beberapa kes putus cinta oleh selebriti tempatan pada tahun 2012.

Tidak termasuk selebriti yang bercerai pada tahun ini, OHBULAN! telah senaraikan nama-nama selebriti yang putus cinta termasuklah Remy Ishak & Tiz Zaqyah, Yuna & Qi, Anne Ngasri & Aliff Aziz, Adira & AG Coco, serta selebriti yang kerap dikaitkan dengan cinta lokasi, Johan As'ari dan pasangannya, Nabila Huda.

Sekitar bulan September, kecoh sebentar apabila Yuna & Qi dikhabarkan telah putus cinta. Kisah cinta mereka berdua mula menjadi perbualan hangat apabila secara terang-terang kedua penyanyi ini menukar status masing-masing di laman sosial, Facebook. Kisah cinta mereka terus menjadi bualan dan pernah ditulis di OHBULAN! dalam artikel bertajuk Yuna & Qi Akhirnya Sah Bercinta!

Diikuti pula dengan kisah cinta Remy Ishak & Tiz Zaqyah. Kedua-dua kisah cinta artis ini mula hangat diperkatakan apabila keduanya digandingkan dalam Nur Kasih The Movie dan keduanya menjalin hubungan cinta selama 3 tahun. Namun begitu, OHBULAN! difahamkan, sewaktu berita mereka berdua putus cinta tersebar, hubungan mereka sebenarnya sudah putus hampir 3 bulan. Anda boleh baca artikelnya yang bertajuk, "Kami Bukan Lagi Pasangan Kekasih – Remy Ishak Jawab Status Cinta".

Kemudian, timbul pula spekulasi terbaru mengenai hubungan cinta antara Anne Ngasri & Aliff Aziz. Kedua mereka yang telah menjalinkan hubungan cinta secara tiba-tiba memutuskan hubungan. Namun apabila ditanya apakah puncanya, keduanya merahsiakan perkara tersebut dengan alasan ianya cukup peribadi. Anne Ngasri hanya mengatakan mereka berdua tiada jodoh didalam artikel bertajuk "Anne Ngasri Dan Aliff Aziz Sudah Berpisah".

Tiba-tiba, kecoh pula mengenai kisah putus cinta diantara Adira AF dan gitaris kumpulan Hujan, Ag Coco. Menurut sumber, antara punca hubungan kedua selebriti ini tak menjadi adalah disebabkan oleh orang ketiga, 'pengkid'. Namun begitu, Adira yang dihubungi OHBULAN! telah menafikan tuduhan tersebut disini, "Pengkid Bukan Punca Perkara Ini Terjadi!" – Adira Jawab Isu Putus.

Beberapa hari yang lepas, sebuah portal hiburan melaporkan bahawa punca Anne Ngasri dan Aliff Aziz putus cinta adalah disebabkan Adira dan Aliff Aziz telah menjalinkan hubungan cinta lokasi ketika menjalani penggambaran untuk sebuah drama.

Laporan ini telah menimbulkan spekulasi baru bahawa Aliff Aziz pula adalah punca kepada hubungan diantara Adira & Ag Coco putus cinta. Namun tidak dapat dipastikan betul atau tidak, hubungan kedua-dua pasangan Anne Ngasri & Aliff Aziz serta Adira & Ag Coco, telahpun berakhir. Ironiknya, keempat-empat mereka mempunyai huruf A diawalan nama.

Yang paling terbaru ialah Johan As'ari & Nabila Huda yang khabarnya sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi. Ini dikuatkan lagi dengan kehadiran kedua mereka di Anugerah Blockbuster baru-baru ini. Masing-masing datang berasingan dan tidak rapat seperti dahulu.

Seperti biasa, jawapan cliché yang biasa kita dengar ialah 'kami tidak pernah bercinta ataupun cuma selesa dengan diri masing-masing'. Namun sebuah akhbar online tempatan melaporkan bahawa Johan As'ari menafikan punca hubungan dia dan Nabila Huda renggang adalah disebabkan keluarga.

Johan turut menjelaskan bahawa mereka berdua masing-masing sedang sibuk dengan kerjaya dan mengaku bahawa Nabila masih lagi sahabat baiknya.

Jadi, apa pendapat anda? Anda rasa, pasangan selebriti putus cinta yang mana satukah paling hangat pada tahun ini?