Adsense

Jumaat, 12 Oktober 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


“Semua Ini Allah Yang Izinkan” – Norish Jelaskan Penyakitnya

Posted: 12 Oct 2012 01:06 AM PDT

Pagi tadi, pihak OHBULAN! telah melaporkan berita mengenai  Norish Karman yang sedang menerima rawatan 'L5 S1 Caudal Epidural Injection' kerana mengalami derita kekoyakan di bahagian 'spine disc' dan tisu.

Berhubung laporan tersebut, pihak OHBULAN! telah menghubungi Norish Karman sendiri bagi mendapatkan kesahihan berita tersebut.

Menurut Norish Karman atau lebih mesra dipanggil NK, berita tersebut adalah benar dan dia telah selamat menjalani pembedahan kecil pada Selasa lalu di salah sebuah hospital swasta.

"Sekarang ni NK dalam pemulihan dan buat masa sekarang masih lagi duduk atas kerusi roda supaya tak bagi tekanan pada tulang belakang. NK pun sedang jalani terapi selama 4 kali seminggu dalam 4 minggu ni."

"Insyallah lepas ini takkan lumpuh dan akan boleh berlari. Cuma selama 6 minggu ni kena berhati-hati dan rajin pergi terapi. NK pun tak boleh langsung angkat barang berat. Tapi masalahnya, anak-anak sangat rapat dengan NK. Sampaikan setiap hari nak kena angkat mereka semua dari baby Haq sampai la anak yang sulung, Armany, 13 tahun" ujar NK sewaktu dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebentar tadi.

Setelah menjalani pembedahan tersebut, NK akui dirinya masih lagi tidak sempat berehat. Selama lima hari berada di hospital, NK dikatakan sudah mula jalani penggambaran drama bersiri 'Julia' yang sedang di tayangkan di Slot Akasia TV3.

"Lima hari dekat hospital belum sempat lagi berehat. Komitmen terhadap kerja amat diutamakan. Rezeki dari Allah, semua ini juga Allah yang izinkan. Pasti juga Allah akan beri NK kekuatan untuk hadapi semua ini."

Apabila diajukan soalan, tidakkah selepas ini NK akan berisiko untuk menghidapi penyakit yang sama? Lantas pelakon ini menjawab, "Apa yang NK lalui boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Ini adalah disebabkan tekanan pinggang belakang. Berhati-hati dan terapi sahaja yang bolah mengelakkan diri NK dari tidak terkena penyakit macam ni."

"Alhamdulillah, NK dah dapat mengandungkan 6 orang anak baru dapat penyakit ini. Kalau tak, mungkin payah untuk laluinya. Allah maha besar," ujar Norish Karman panjang lebar.

Berikut merupakan beberapa foto yang dikirimkan oleh Norish Karman kepada pihak OHBULAN!

Video : 5:00 Minit, Ramlah Ram feat Caprice

Posted: 12 Oct 2012 12:40 AM PDT

Hari ini Ramlah Ram akan melancarkan single terbarunya berjudul "Aspirasi Hati."

Album ini telah diterbitkan oleh kelab peminat Ramlah Ram sendiri yang dikenali sebagai 'Ramlah Ram Group" (RRG) dan ia merupakan album pertama artis Malaysia yang diterbitkan oleh kelab peminat yang berdaftar.

Secara dasarnya"Aspirasi Hati" mengandungi 10 buah lagu dan 2 buah lagu bonus. Antara lagu-lagu yang terkandung dalam album ini adalah '5 minit', 'Takdir Cinta', 'Sejadah Cinta', 'Sesaat Kau datang', 'Hati', 'Benar mencintai', 'Seandainya', 'Cinta Gila', dan 'Aspirasi.'

Single '5:00 minit' Ramlah Ram feat Caprice ini merupakan single pengenalan Album terbaru Ramlah Ram berjudul 'Aspirasi Hati.' Lagu tersebut merupakan lagu ciptaan ID Mifzal, Komposer yang melonjakkan nama Ramlah Ram bersama SleeQ melalui lagu Hit "Sesaat Kau Datang," manakala liriknya ditulis oleh BAM Ariz.

Di petang Jumaat yang indah ini, jom kita layan lagu baru Ramlah Ram dan Caprice berjudul '5 minit.' Semoga anda semua terhibur!!