Adsense

Sabtu, 6 Oktober 2012

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Gambar Pembeli Pertama iPhone 5

Posted: 05 Oct 2012 08:23 PM PDT

iphone5

iPhone 5 yang telah dijual di Apple Store di banyak negara. Berdasarkan zon waktu, Australia adalah negara yang paling pertama memasarkan iPhone 5.

Oleh itu, pembeli pertama iPhone 5 di Australia secara automatik juga menjadi orang pertama di dunia yang memilikinya.

Seorang pemuda bernama James Vohradsky menjadi pemilik iPhone 5 pertama di dunia. Dia tidak bersendirian menyandang gelaran tersebut kerana adiknya, Tamsyn, bersama-sama membeli gadget tersebut dengannya.

Mereka berduanya dilaporkan berbaris selama lebih dari 17 jam. Dengan muka gembira, mereka keluar dari Apple Store di wilayah George Street, Sydney.

James membeli iPhone 5 berwarna hitam, dan adiknya yang putih. Mereka terus dikerumuni wartawan. Namun mereka tidak banyak berbicara dan pergi tidak lama kemudian.

Khabarnya, mereka berdua memang peminat extreme gadget buatan Apple. Tahun lalu, mereka juga turut beratur untuk mendapatkan iPhone 4S – Isuhangat