Adsense

Selasa, 18 September 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Lawak : Video Parodi Jennifer Aniston Untuk Iklan Air

Posted: 18 Sep 2012 11:01 PM PDT

Untuk anda yang tidak tahu, Jennifer Aniston pernah dikaitkan dengan gosip-gosip oleh media barat. Namun itu semua tidak menjadi masalah bagi selebriti berusia 41 tahun ini.

Sebuah syarikat air, Glaceau, telah menjadikan gosip-gosip ini sebagai satu dari idea kreatif mereka untuk menghasilkan sebuah iklan yang kami kira sangat menarik dan membuatkan kami sendiri hairan pada mulanya.

Video berdurasi 2.36 minit pada mulanya menunjukkan Aniston tersalah memanggil nama pembantunya dan kemudian mengundur keretanya sehingga terbabas. Apa yang menarik sekali ialah, ketika dia sedang berada di kawasan kolam renangnya, kelihatan 2 orang lelaki sedang memenuhkan kolam dengan air "Smartwater" oleh Glaceau.

Tidak mahu bercerita panjang, anda lihat sendiri video parodi ala-ala 'leaked tape' ini sekarang ya! Apa pun, ia memang sebuah idea yang kreatif untuk sebuah iklan. Awesome!

Video : Shila Amzah Buat Persembahan Di Asian Wave 2012

Posted: 18 Sep 2012 10:04 PM PDT

Nampaknya bakat yang dimiliki oleh penyanyi cantik Nur Shahila binti Amir Amzah, 22 atau lebih mesra dipanggil Shila Amzah kini semakin berkembang dan semakin mendapat perhatian umum.

Minggu lalu, Shila telah berjaya menghasilakan sebuah persembahan yang sungguh hebat dan menakjubkan di acara pertandingan "Asian Wave 2012″ di Shanghai, China. Sewaktu persembahan tersebut, kelihatan semua juri terpegun dan berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan oleh penyanyi berbakat ini.

Menerusi sebuah laporan Murai.com hari ini, teman lalaki Shila, Sharnaaz Ahmad telah melahirkan rasa kecewa dan terkilan kerana tidak dapat menemani penyanyi ini ke pertandingan akhir Asian Wave yang bakal berlangsung esok. Meskipun begitu, Sharnaaz tetap menyokong dan bangga dengan pencapaian yang telah dimiliki oleh teman wanitanya setakat ini.

Secara umumnya, pertandingan Asian Wave ini telah melibatkan 30 penyanyi dari Malaysia, China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, India, Hong Kong, Taiwan dan Jepun. Namun begitu, hanya 12 penyanyi sahaja yang berjaya mara ke peringkat akhir, di mana Malaysia diwakili 3 orang penyanyi termasuk Shila.

Pada peringkat akhir malam esok, hanya enam negara yang akan bertanding iaitu China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Malaysia dan India. Difahamkan, Shila yang berjaya tersenarai sebagai salah seorang finalis bakal mendendang tiga buah lagu berjudul Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.

Jom kita dengar vokal mantap dari Shila Amzah ini!

Walaupun tak berapa nak faham, tapi best!