Adsense

Jumaat, 14 September 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Foto : Rossa Lancarkan Album Terbaru “The Best Of Rossa”

Posted: 14 Sep 2012 12:01 AM PDT

Bertempat di The Venue, Pavillion semalam, telah berlangsungnya majlis pelancaran album "The Best Of Rossa." Bagi album terbaru ini, ia dimuatkan dengan tiga buah lagu terbaru berjudul Aku Bersahaja, Jangan Ada Dusta Antara Kita dan juga Ku Pinang Kau Dengan Bismillah.

Selain tiga buah lagu baru versi Bahasa Melayu, Rossa turut muncul dengan sebuah lagu versi Inggeris berjudul One Night Lover, di mana ia merupakan lagu duet antara Rossa dan penyanyi Hip Hop tempatan Joe Flizzow.

Bagi peminat-peminat Rossa, jangan lupa untuk mendapatkan album "The Best Of Rossa" ini di pasaran. OHBULAN! yakin, anda akan berpuas hati dengan kemunculan album terbaru ini.

Berikut merupakan beberapa foto Rossa sewaktu majlis pelancaran album semalam :