Nuffnang

Gosip Artis Malaysia

sumber :-

Gosip Artis Malaysia


Isteri Sham Kamikaze Tuntut Cerai

Posted: 03 Sep 2012 10:18 PM PDT

Farazila menunjukkan surat permohonan cerai yang difailkannya di Mahkamah Syariah Rendah Shah Alam pada 30 Ogos lalu. - Foto oleh WAHIDUZZAMAN 
PETALING JAYA: Isteri kepada pemuzik dan pendakwah Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dekat sini kerana konflik dalaman yang berlanjutan sejak tiga tahun lalu.
Farazila, 31, berkata, keputusan itu diambil selepas pelbagai usaha untuk memulihkan rumah tangganya dengan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, menemui jalan buntu.
"Saya ambil keputusan untuk memohon cerai daripada Sham kerana sudah tidak boleh hidup bersamanya lagi. Kami hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan sahaja.
"Beberapa konflik dalaman yang berlaku antara kami terlalu peribadi untuk saya dedahkan. Ia menjadi sebab utama perceraian ini," katanya ketika ditemui di Menara Star di sini.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara kecil-kecilan di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor.
Ditanya adakah keputusan bercerai itu turut dipengaruhi kontroversi kononnya Sham sudah bernikah lagi pada Januari lalu, Farazila berkata, ia bukan faktor utama sehingga dia mengambil tindakan itu.
Farazila dan Sham bernikah pada 17 Ogos 2008 secara rahsia.
"Ia (bercerai) bukan kerana cerita itu. Jika benar Sham bernikah lagi, saya sebagai isteri pertamanya reda bermadu tetapi sikap tidak bertanggungjawabnya dalam urusan rumah tangga membuatkan saya kecewa dan tawar hati.
"Mengenai cerita dia bernikah lagi, tiga kali saya bertanya kepada dia untuk kepastian tetapi dia tidak mengaku dan berdolak-dalik. Malah, dia mula menjauhkan diri, tidur berasingan dan bersikap kasar terhadap saya," katanya.
Farazila berkata, dia terpaksa berdiam diri selama ini walaupun maruahnya dan keluarga diperlekehkan umum sejak kontroversi Sham beristeri dua tersebar kerana disuruh mengunci mulut.
"Sudah lama saya berdiam diri sejak cerita itu tersebar walaupun maruah saya dan keluarga diperlekehkan.
"Kalau diperhatikan, saya langsung tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kerana Sham tidak membenarkannya.
"Saya tidak mampu bertahan lagi kerana banyak konflik dalaman antara kami yang menafikan hak saya sebagai isteri. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk memfailkan perceraian ini," katanya.
Kontroversi yang mendakwa Sham bernikah lagi pada 16 Januari lalu bukan punca utama Farazila memfailkan perceraian. - Foto oleh AZLINA ABDULLAH 
Menerusi laporan media pada 20 Januari lalu, Sham menafikan desas-desus mendakwa dia sudah bernikah lagi secara rahsia pada 16 Januari di Pulau Pinang.
Sham menganggap gosip itu sebagai fitnah yang mencalar reputasinya sebagai pendakwah baru dan menggores hati isterinya Farazila.
Pada artikel yang lalu, keluarga yang dipercayai isteri kedua Sham iaitu Nurul Halimin Md Salleh, 32, terkilan apabila gitaris itu masih enggan mengakui dia sudah bernikah kali kedua.
Sumber terdekat keluarga tersebut berkata Sham yang kini bergelar pendakwah bebas bersikap tidak jujur kerana sehingga kini masih menafikan pernikahan itu.
- ---

Eira Syazira Tidak Manjakan Diri Ketika Hamil

Posted: 03 Sep 2012 10:10 PM PDT

Wajah terbaru Eira yang semakin berisi.
KUALA LUMPUR: Aktres Eira Syazira enggan memanjakan dirinya walaupun sedang mengandung lima bulan demi memenuhi tuntutan sebagai seorang pelakon.
Pemilik nama sebenar Syazira Shuhaimi, 28, berkata, dia mengambil pendekatan itu kerana tidak mahu dirinya menjadi lesu atau lemah yang sekali gus boleh menjejaskan rutin hariannya.
"Saya berlakon dan melakukan kerja-kerja rumah macam biasa sebelum ini. Saya sengaja tidak memanjakan diri supaya badan saya kelihatan cerdas walaupun sedang mengandung.
"Alhamdulillah, setakat ini saya melaksanakan tugas saya seperti biasa walaupun terdapat sedikit masalah terhadap kandungan saya kerana saya terlalu aktif berlakon. Bagaimanapun masalah itu tidaklah begitu serius," katanya ketika ditemui pada jamuan Hari Raya anjuran pengarah filem Ahmad Idham di kediamannya di Bukit Jalil di sini.
Isteri kepada aktor Azad Jazmin ini berkata, dia hanya akan berehat selepas menamatkan komitmen sebuah telefilem untuk TV AlHijrah yang akan memulakan penggambaran pada Khamis ini.
"Saya masih aktif berlakon sehingga kini. Rasa sayang pula hendak tolak kerana satu demi satu tawaran masuk sehinggalah Ramadan lalu.
"Bayangkan, sepanjang mengandung saya sempat siapkan tujuh telefilem. Mungkin selepas tamat penggambaran telefilem dengan TV AlHijrah di samping Aqasha dan suami, baru saya berehat panjang," katanya.
Eira dan suaminya, Azad Jazmin.
Mengenai pengalamannya hamil buat pertama kali, penyanyi lagu Prasasti Cinta ini berkata, dia tidak lagi mengalami sebarang alahan yang teruk pada fasa ini.
"Ketika awal kandungan dulu, saya memang lemah, mual dan tidak larat tetapi sejak kebelakangan ini terutamanya sepanjang Ramadan lalu, saya menjadi lebih kuat, bertenaga dan tiada alahan teruk.
"Namun, Azad pula yang kerap mual dan pening. Malah, suami juga semakin nakal dan suka bergurau tanpa kira tempat dan waktu," katanya yang dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Eira yang kini berhenti seketika daripada bidang nyanyian berkata, dia dan suami bakal berduet dalam lagu berjudul Sajak Dari Hati selepas melahirkan anak nanti.
"Saya berehat seketika daripada projek nyanyian kerana wakil syarikat rakaman FMG itu senyap dan menghilang begitu sahaja. Promosi lagu Prasasti Cinta ciptaan Manusia Putih itu pun tertunda kerana saya sudah hamil.
"Insya-Allah, selepas bersalin pada awal tahun depan, saya dan suami merancang untuk merakam lagu duet kami berjudul Sajak Dari Hati," katanya.
- ---

Gambar Hisap Dadah Itu Hanya Lakonan - Afique Hussain

Posted: 03 Sep 2012 10:08 PM PDT

Afique menyangkal dakwaan kononnya dia mengambil dadah.
PETALING JAYA: Pelakon Afique Hussain menyangkal dakwaan kononnya dia mengambil dadah apabila gambarnya yang seolah-olah sedang khayal dikirimkan oleh peminat baru-baru ini.
Afique, 27, bagaimanapun mengakui gambar tersebut adalah dirinya dan menjelaskan ia diambil oleh seorang krew semasa penggambaran drama bersiri berjudul Seindah Sakura yang ditayangkan di TV3 beberapa bulan lalu.
"Ya gambar itu adalah diri saya tetapi ia hanyalah bagi memenuhi watak saya sebagai Roni dalam drama bersiri Seindah Sakura arahan Zul Huzaimy," ujarnya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Dalam pada itu Afique memberitahu dia akan lebih berwaspada sebelum mendedahkan sebarang gambar peribadi miliknya selepas ini kerana bimbang pihak luar mungkin menggunakan ia untuk memburukkan namanya.
Afique berkata, walaupun sedikit kesal dengan kejadian itu namun dia mengambilnya sebagai satu pengajaran.
Gambar yang dikirimkan kepada mStar Online menunjukkan seorang lelaki yang mirip Afique sedang khayal menghidu dadah.
"Foto itu saya pernah gunakannya sebagai gambar profil di Black Berry Messenger (BBM) tetapi tidak sangka pula ada pihak yang mengambilnya dan menyebarkan menerusi e-mel untuk memburukkan saya," ujarnya.
Bagaimanapun kata Afique, penyebaran foto berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab tidak memberi kesan kepadanya kerana yakin masyarakat sudah pandai menilai.
"Mungkin kepada mereka yang mengikuti drama Seindah Sakura akan tahu bahawa gambar tersebut adalah salah satu adegan daripada drama tersebut kerana saya memegang watak jahat.
"Saya juga tidak berasa marah atau terkilan kerana menganggap ia mungkin orang yang cuba menyebar gambar tersebut berniat baik untuk memberi peringatan kepada artis baru seperti saya bahawa tingkah laku kami diperhatikan," ujarnya.

- ---

Diana Danielle dan Farid Kahwin Setahun Lagi

Posted: 03 Sep 2012 10:01 PM PDT

Diana Danielle
PETALING JAYA: Pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil telah mengikat tali pertunangan pada Ahad lalu di kediaman aktres itu di Damansara, di sini selepas menyulam cinta selama tiga tahun.
Menurut laporan akhbar Berita Harian, majlis berlangsung sekitar pukul 4 petang dimana Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid sebagai tanda dia sudah 'diikat' oleh lelaki itu.
Ibu Diana, Norsiah Ramli berkata, majlis tersebut sudahpun dirancang sejak sebulan yang lalu dan bersyukur segala perancangan berjalan dengan lancar.
"Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat anaknya bahagia.
Farid Kamil
"Harap-harap pertunanagan ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik," katanya.
Tambah Norsiah, dia tiada niat mahu menyimpan rahsia kepada umum mengenai pertunangan tersebut, cuba keputusan itu dibuat atas kehendak anak dan bakal menantunya itu.
"Saya tak berniat untuk merahsiakannya daripada sesiapa, Semua itu kehendak Farid dan Diana.
"Malah tiada rakan artis pun yang diundang. Lagipun ia hanya sebuah majlis pertunangan saja, kami pun buat seringkas yang boleh," ujarnya.
Pada majlis tersebut, Diana yang anggun mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dengan tatarias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lima dulang.
Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut.
Sementara itu, Norsiah memberitahu, tarikh perkahwinan Diana dan Farid masih lagi belum ditetapkan, tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja.
Sebelum ini Diana dan Farid dikatakan putus cinta, namun hubungan itu disambung selepas beberapa bulan.

- ---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan