Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Cinta KL-Jakarta

Posted: 03 Sep 2012 04:35 PM PDT

Nadia harap hubungan cinta dengan Sammy diakhiri ikatan, sedia berkorban demi masa depan bersama

KEBELAKANGAN ini, kota raya Jakarta bagai rumah kedua bagi personaliti TV3, Nadia Shahrul Annuar, 28. Ramai tahu episod cinta wanita berstatus ibu tunggal ini dengan penyanyi lagu Sedang Apa Dan Di Mana, Sammy Simorangkir.

Tatkala ditemui di majlis rumah terbuka Wanita Hari Ini (WHI) baru-baru ini, akui wanita ini, sukar untuk memperkatakan soal rancangan mengakhiri hubungan cinta dengan ikatan suci.

Hubungan kami masih lagi baru, tidak sampai pun enam bulan. Jadi jika ditanya mengenai perancangan seterusnya, memang sukar untuk saya menjawab pertanyaan itu" - Nadia Shahrul

"Hubungan kami masih lagi baru, tidak sampai pun enam bulan. Jadi jika ditanya mengenai perancangan seterusnya, memang sukar untuk saya menjawab pertanyaan itu.

"Tapi seandainya jodoh kami kuat, mungkin saya terpaksa memikirkan perancangan untuk menetap di Jakarta. Tidak mungkin dia ke Kuala Lumpur kerana kerjayanya lebih kukuh di sana.

"Saya tidak kisah menetap di sana lagipun tugas di Malaysia Hari Ini (MHI) cuma dua kali seminggu," kata Nadia yang kerap juga menemani Sammy ke acara hiburan di negara kelahiran teman lelakinya itu.

Sammy tak pernah sorok hubungan
Biarpun sering dikerumuni media di Jakarta, Sammy ternyata pandai melindungi kisah cintanya. Justeru, setakat ini belum pernah lagi Nadia dilemparkan soalan 'cepu emas' oleh media Indonesia.

Tatkala ditanya, jika satu hari nanti ada penerbit yang berminat melamarnya menjadi bintang sinetron berbekalkan wajah pan-Asia, dengan jujur, akui Nadia, dia tidak keberatan menimbang tawaran itu.

Mungkin itu peluang terbaiknya untuk melebarkan sayap di Indonesia. Nadia tidak menganggap jadual kerjanya bersama MHI mendatangkan masalah.

Sementara itu tatkala ditanya bagaimana menjalin cinta jarak jauh, dia berkata, kepercayaan menjadi tunjang hubungan mereka.

"Saling mempercayai menjadi kunci perhubungan kami. Jika hubungan dilingkari syak wasangka, ia akan menyukarkan sesebuah perhubungan. Bagi mengubat kerinduan, saya ke sana untuk bertemunya dan sesekali Sammy datang ke KL untuk menjenguk.

Tak kisah status

"Sammy tahu status saya malah tiada masalah dengan gelaran ibu tunggal. Pernah melalui kegagalan rumah tangga sedikit sebanyak membuat saya berasa trauma, tetapi sampai bila saya harus takut dan ragu-ragu, perkara itu hanya akan menghalang saya daripada menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

"Selama berkawan dengannya, Sammy ternyata tidak pernah cuba menyorokkan hubungan kami. Saya kagum dengan sikapnya itu," katanya sambil menambah dia memang mencari lelaki yang mampu bersikap jujur seperti Sammy.

Memiliki seorang cahaya mata hasil dari perkahwinan lalu, tambah Nadia lagi, dia belum bersedia memperkenalkan Aaron Erwin yang berusia lima tahun kepada teman lelakinya.

"Saya hanya akan memperkenalkan Aaron Erwin kepada teman lelaki jika hubungan itu sudah serius. Saya tidak mahu anak diheret dalam kisah cinta saya," katanya.

TV3 kuasai program raya

Posted: 03 Sep 2012 04:33 PM PDT

TV3 mencatatkan prestasi cemerlang apabila berjaya mengekalkan catatan rating tertinggi sepanjang sambutan Syawal bermula 18 hingga 26 Ogos lalu.
Ia meneruskan tradisinya membawakan koleksi program menarik sepanjang sambutan Hari Raya, merangkumi filem blockbuster, telefilem, hiburan, variasi dan drama komedi terbaik menerusi tema Terbaik Raya.
Saluran itu terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia apabila menguasai 98 program daripada 100 program teratas carta. Pertama kali ditayangkan di kaca televisyen pada malam raya kedua, filem terbitan Excellent Pictures arahan Ahmad Idham, Mael Lambong, berada di tangga teratas senarai program popular raya apabila berjaya mendominasi 47 peratus syer yang merangkumi sebanyak 2.8 juta jumlah penonton.

Empat filem yang turut disiarkan di TV3 pada minggu pertama raya seperti Jangan Pandang-Pandang, RA One, Vanila Coklat Raya dan Jangan Pandang Belakang Congkak 2 juga mendapat sambutan hangat apabila ditonton lebih 2 juta orang.

Program lain yang mendapat sambutan hangat termasuk telefilem Apa Celop Raya, muzikal Ziana, Amy & Erra, Bola Pun Raya, Senario Sayang Ayah, drama 48 Jam dan Melodi Raya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar, selain merebut peluang mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama keluarga dan teman, sambutan Syawal pastinya tidak lengkap tanpa juadah istimewa di kaca televisyen.
"Justeru, saban tahun, TV3 terus berusaha menyajikan yang terbaik untuk tidak menghampakan jutaan penonton setianya. Kami bersyukur kerana terbukti TV3 tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia walaupun kini ada lebih 100 saluran lain yang turut menyiarkan pelbagai program istimewa sepanjang sambutan Aidilfitri.

"Secara keseluruhan, TV3 terus unggul apabila mendapat 46 peratus syer penonton Melayu pada Hari Raya. Kami berbesar hati atas sokongan padu yang diterima daripada jutaan penonton setia, dan berharap agar ia berterusan," kata Izham dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Bagi memeriahkan lagi sambutan Lebaran kali ini, TV3 juga memperkenalkan watak adiwira popular animasi Boboiboy dan rakan-rakannya yang lengkap berbaju raya sebagai tema khas kempen Aidilfitri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan