Adsense

Isnin, 30 Julai 2012

Sensasi

Sensasi


Robert pattinson ingin bersemuka dengan Rupert Sanders

Posted: 30 Jul 2012 09:14 AM PDT



Robert yang kini melalui fasa bersedih akibat dicurangi kekasih hatinya Kristen Steward ingin bertemu empat mata dengan Rupert Sanders ,pengarah filem Snow White and Huntsman yang telah menjalinkan hubungan sulit dengan Kristen Steward. Kristen mula membuat permohonan maaf secara terbuka apabila gambar kecurangannya tersebar di Internet. Menurut Robert ,dia hanya mahukan perbualan antara lelaki dengan Rupert dan mahu tahu apakah sebenarnya hubungan mereka. Kerana menurut Robert,selepas Kristen curang,dia sudah tidak percaya satupun kata-kata Kristen yang cuba memujuknya.jadi dia ingin mendapat cerita sebenar daripada Rupert sendiri. Sensasi rasa Robert masih sayangkan Kristen dan belum bersedia untuk berpisah,mungkinkah mereka akan berbaik kembali??

Norish Enggan Jawab isu melahirkan anak luar nikah di Indonesia

Posted: 30 Jul 2012 09:05 AM PDT

Sudah lama Norish menyepikan diri dan enggan bertemu wartawan,namun kehadirannya sebagai artis undangan pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Bukit Jalil Golf & Country Resort, baru-baru ini digunakan sebaik mungkin untuk mencungkil cerita sebenar yang berlaku.



"Saya tak nak jawab," katanya yang terus memandang ke arah lain sebaik mendengar soalan diajukan.

"Biarlah orang nak bercakap apapun. Umi Syarifah (ibu), pesan kita akan dapat bantuan Allah jika dianiaya. Dia juga nasihatkan saya supaya baca doa setiap kali selepas selesai solat untuk memohon pertolongan Allah.

"Lagi orang cakap rezeki saya lagi banyak. Allah akan bagi rezeki kepada orang yang teraniaya. Peminat juga tak pandang serong terhadap saya biarpun isu ini kecoh diperkatakan. Mereka datang peluk saya apabila berjumpa saya.

"Saya hanya takut Allah dan tak takut dengan pandangan serong manusia. Apapun saya serahkan pada Allah untuk menilai. Zaman nabi dulu, ada juga yang kena masuk penjara, difitnah dan macam-macam lagi tapi akhirnya darjat mereka diangkat tinggi sebagai khalifah.

"Inikan pula saya manusia kerdil. Ini adalah ujian daripada Allah untuk angkat darjat saya," katanya yang turut membawa bersama anak-anak pada majlis itu.

Tambah NK lagi, disebabkan 'reda' dengan ujian yang diturunkan ini, dia mengambil pendekatan berhemah apabila tidak melatah sewenang-wenangnya terhadap pihak yang menyiarkan cerita ini.

"Saya tak melatah dengan mana-mana media pun untuk marah. Cukuplah dia dikutuk Allah kerana buka keaiban orang. Siapa yang buka keaiban orang akan dianiaya Allah nanti. Saya serahkan segala-galanya pada Allah untuk menentukan," katanya dengan nada agak serius. 

Kisah Cinta Syed Adney pemain bola sepak dengan Siti Saleha

Posted: 30 Jul 2012 08:55 AM PDT

Menafikan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon cantik Siti Saleha, penjaga gol pasukan Sabah, Syed Adney,26, bertegas tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai gosip berkenaan.
Bagaimanapun, Adney memberitahu isu berkenaan adalah kisah lamanya bersama Siti Saleha.

"Saya minta maaf. Saya tidak mahu komen tentang gosip itu. Kisah ini sudah lama habis. Saya tidak mahu ia diperbesarkan lagi. Apapun, saya menafikan dakwaan tersebut.

"Sebelum ini pun, saya hanya berkawan saja dengan dia dan langsung tidak mempunyai hubungan cinta seperti yang telah digembar-gemburkan.

"Saya tidak mahu cerita lebih-lebih kerana ianya adalah cerita privasi saya. Saya ni pun bukannya siapa-siapa. Saya hanya orang biasa,"

Dalam pada itu, Adney yang sebelum ini sering menjadi pilihan untuk menjadi penghias kulit majalah turut menafikan dirinya kini merajuk dengan media tempatan.

"Tiada apa-apa berlaku kepada diri saya dengan media. Mungkin mereka tidak memanggil saya untuk sebarang sesi fotografi kerana saya menetap di Sabah.


Syed Adney Enggan Komen Soal Cinta Siti Saleha
"Sebelum ini saya ada terbaca mengenai nama saya yang tersenarai sebagai pemain bola paling kacak di Malaysia. Saya tiada apa nak komen.

"Saya hanya berterima kasih dan terima saja pandangan orang terhadap saya," ujarnya.
Menyentuh mengenai perkahwinan, adik kepada pelakon Sharifah Sofea ini masih belum terfikir lagi untuk menamatkan zaman bujang.

"Saya tidak tahu lagi bila mahu kahwin. Biar Tuhan saja yang menentukannya. Apa yang saya tahu, saya kini kena lebih fokus memandangkan pasukan saya berada dalam keadaan tidak berapa baik.
"Saya akan buat yang terbaik. Insya-Allah, tahun ini saya akan beraya di Kuala Lumpur memandangkan keluarga saya berada di sana," jelasnya.

Gambar comel Nora Danish di Majlis berbuka puasa MIG

Posted: 30 Jul 2012 08:49 AM PDT


nora danish
nora danish
nora danishv
nora danish
nora danish
nora danish
nora danish
nora danish

“Politik itu bukan agama”- Diana Amir

Posted: 30 Jul 2012 08:48 AM PDT


Selepas pelakon popular Sheila Rusly dan Umie Aida membidas kenyataan yang dibuat pelakon wanita, Abby Abadi yang lantang bersuara semenjak menyertai parti pembangkang PAS selepas dia bertudung, pelakon Diana Amir turut mengulas mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan kini.

 Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim berkata, politik itu bukanlah agama.
"Bagi saya politik itu bukan agama. Jadi setiap dari kita harus menyokong sesiapa sahaja pemimpim (Islam) yang mahu menegakkan hukum Islam tidak kiralah ianya datang dari parti manapun dan mana tahu dekat parti yang lain pun ada individu yang bagus jugak dalam menegakkan Islam.
"Jadi terpulang pada setiap individu untuk menyokong pemimpin yang dirasakan sesuai dengannya,"katanya.
Menurut wanita berusia 26 tahun ini, dia lebih selesa untuk tidak terlalu jauh berbicara, malah mengambil pendekatan untuk berdiam diri apabila sesuatu isu timbul.
"Cuma bagi saya, tentang politik ini atau yang berkaitan dengan polisi sepertinya, lebih baik jangan nak komen sangat melainkan kita ada kemahiran dalam bidang tersebut. Macam saya tak tahu sangat, jadi lebih baik saya diam je daripada berkata sesuatu yang saya sendiri tak pasti," ujar Diana.
Diminta untuk mengulas isu apabila artis wanita bertudung, punca rezeki semakin berkurang dalam dunia hiburan, Diana menolak pendapat itu.
"Saya tidak setuju jika ada individu yang mengatakan jika kita menyokong mana-mana parti politik periuk nasi artis ini akan terjejas, mereka yang menyokong sesuatu parti politik itu pun akan disokong oleh parti politik tersebut dan tak rasa periuk nasi mereka akan tertutup.
Jelasnya, artis yang baru berhijrah perlu kuatkan semangat kerana banyak cabaran yang perlu dihadapi kelak.
"Kita perlu sentiasa ingat yang kita berhijrah ini untuk mendapat redha dari Allah SWT. Jadi jangan risau dengan apa pun yang berlaku, yang penting kita nak dapat ganjaran di akhirat bukan didunia ni. Di dunia ni buat pening kepala sahaja. Lebih baik kita fokus untuk ganjaran yang lebih besar di sana kelak," katanya.