Adsense

Isnin, 30 Julai 2012

Celebrity News

Celebrity News


Panas : Pasangan Di Tangkap Khalwat Semasa Sahur !!!

Posted: 29 Jul 2012 07:01 PM PDT

PETALING JAYA – Mahu keluar sahur bersama menjadi alasan kepada sepasang kekasih bagi mengelak daripada dicekup dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa, Pemuda Masjid Nurul Ehsan serta polis di sebuah hotel bajet di Taman Medan, malam kelmarin.

Pasangan kekasih masing-masing berusia 30 dan 28 tahun itu yang merupakan rakan sekerja itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka duduk berdua-duaan di dalam bilik tanpa ikatan sah.


Terdahulu anggota masjid terpaksa menunggu hampir 20 minit sebelum pintu bilik dibuka.Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku menginap di hotel itu jika ada waktu terluang terutama selepas tamat waktu bekerja.



Imam 1 Masjid Nurul Ehsan, Abdul Muin Abdul Hamid berkata, operasi dilakukan berdasarkan maklumat orang ramai yang kurang senang apabila mendapati hotel itu dijadikan lokasi untuk melampiaskan nafsu dan mencemar kesucian Ramadan.



"Operasi ini yang kedua dilakukan di hotel ini berikutan ia menjadi tumpuan pasangan kekasih terutama pada waktu malam," katanya.Menurutnya, pihak masjid akan membuat pemantauan di hotel bagi mengelak ia terus menjadi pusat maksiat. Sumber :
Sinar Harian
ZOoM:Adoi anak saper la ni....Time Puasa Jugak dia buat projek...Hotel Mana la ni yerr...!!!!! Memang tak ada kesedaran sivik dan agama langsung...APA KOMEN ANDA !>?

Malas nak mencarut demi menghormati bulan yang mulia ini.

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

HOT : Jawapan Norish Karman Mengenai Gossip Gambar Lahirkan Anak

Posted: 29 Jul 2012 06:50 PM PDT

Ramai daripada kalangan pihak media mencari Norish Karman (NK) sejak penyebaran gambar kontroversi yang dikatakan menyerupai wajahnya. Kalau adapun reaksi daripadanya, hanya kenyataan pendek yang dikirim menerusi SMS kepada media. Ini sebenarnya tidak cukup dan sekali gus membuatkan ramai pihak tertanya-tanya kesahihan cerita sebenar. Namun, aktres kelahiran Singapura ini lebih selesa memilih berdiam diri.

Bagaimanapun, kehadirannya sebagai artis undangan pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Bukit Jalil Golf & Country Resort, baru-baru ini digunakan sebaik mungkin untuk mencungkil cerita sebenar yang berlaku.

"Saya tak nak jawab," katanya yang terus memandang ke arah lain sebaik mendengar soalan diajukan .

Namun apabila Rap(HM)  tidak berputus asa meminta jawapan, barulah Norish sudi membuka mulut memberikan komen.
"Biarlah orang nak bercakap apapun. Umi Syarifah (ibu), pesan kita akan dapat bantuan Allah jika dianiaya. Dia juga nasihatkan saya supaya baca doa setiap kali selepas selesai solat untuk memohon pertolongan Allah.

"Lagi orang cakap rezeki saya lagi banyak. Allah akan bagi rezeki kepada orang yang teraniaya. Peminat juga tak pandang serong terhadap saya biarpun isu ini kecoh diperkatakan. Mereka datang peluk saya apabila berjumpa saya.

"Saya hanya takut Allah dan tak takut dengan pandangan serong manusia. Apapun saya serahkan pada Allah untuk menilai. Zaman nabi dulu, ada juga yang kena masuk penjara, difitnah dan macam-macam lagi tapi akhirnya darjat mereka diangkat tinggi sebagai khalifah.

"Inikan pula saya manusia kerdil. Ini adalah ujian daripada Allah untuk angkat darjat saya," katanya yang turut membawa bersama anak-anak pada majlis itu.

Tambah NK lagi, disebabkan 'reda' dengan ujian yang diturunkan ini, dia mengambil pendekatan berhemah apabila tidak melatah sewenang-wenangnya terhadap pihak yang menyiarkan cerita ini.
"Saya tak melatah dengan mana-mana media pun untuk marah. Cukuplah dia dikutuk Allah kerana buka keaiban orang. Siapa yang buka keaiban orang akan dianiaya Allah nanti. Saya serahkan segala-galanya pada Allah untuk menentukan," katanya dengan nada agak serius.

Berbicara mengenai aktivitinya, NK semakin aktif dengan karier terbarunya sebagai penceramah motivasi di institusi pengajian tinggi yang menekankan aspek pembentukan penampilan dan keyakinan diri.
"Apa yang saya buat ini dapat membantu ramai pihak terutama pelajar yang lemah dalam bahasa Inggeris, etika dan cara untuk menghadapi dunia realiti. Sambutan yang diberikan hebat sehingga mereka panggil saya sebagai guru.

"Biasanya kelas akan dihadiri oleh 50 pelajar setiap kali diadakan. Ini adalah karier baru buat saya dan saya bercadang melakukannya secara serius sekarang.

"Saya gembira tengok perkembangan pelajar yang positif dan mendengar cakap," katanya yang mendapat pujian ramai menerusi telefilem Maharku Untukmu yang disiarkan menerusi Cerekarama TV3, baru-baru ini.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gempar : Eksekutif Pentadbiran Wanita TV9 Ditemui Mati Di Kediamannya !!

Posted: 29 Jul 2012 06:35 PM PDT






 Syaliza Jaafar

Seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat Syaleza Jaffar, 31, ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah, pada kira-kira 7 malam.


"Mayat mangsa ditemui di bilik kedua rumah mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Beliau berkata siasatan awal polis mendapati tidak ada unsur jenayah dalam kejadian itu dan buat masa ini ditemui di Bilik Mayat, Hospital Sungai Buloh di sini.


Jaffar berkata Syaleza menghubungi ibunya pagi semalam dan memberitahu dirinya tidak sihat.


"Selalunya dia akan berbual panjang tetapi semalam perbualannya tidak lama," katanya yang tinggal di Segamat, Johor.



Beliau berkata Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernamai kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

 

Sementara itu, bapa mangsa Jaffar Bakri, 60, berkata beliau hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anak sulungnya.

" Anak saya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh suami Syaleza kira-kira 9.30 malam tadi," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Sungai Buloh di sini.



Jaffar berkata Syaleza menghubungi ibunya pagi semalam dan memberitahu dirinya tidak sihat.



"Selalunya dia akan berbual panjang tetapi semalam perbualannya tidak lama," katanya yang tinggal di Segamat, Johor.



Beliau berkata Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama


ZoOM : Marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah untuk arwah, dan semoga dipermudahkan. Insyallah 
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Hangat : Diana Amir Komen Abby Abadi

Posted: 29 Jul 2012 05:57 PM PDT




"Bagi saya politik itu bukan agama. Jadi setiap dari kita harus menyokong sesiapa sahaja pemimpim (Islam) yang mahu menegakkan hukum Islam tidak kiralah ianya datang dari parti manapun dan mana tahu dekat parti yang lain pun ada individu yang bagus jugak dalam menegakkan Islam.


"Jadi terpulang pada setiap individu untuk menyokong pemimpin yang dirasakan sesuai dengannya," kata Diana seperti dirinya yang tidak begitu arif dalam selok-belok dunia politik, Diana lebih selesa untuk tidak terlalu ekstrim berbicara.



Malah, pendekatan untuk berdiam diri itu lebih baik dilakukan untuk satu-satu isu yang timbul.



"Cuma bagi saya tentang politik ni ataupun apa apa yang berkenaan dengan polisi sepertinya lebih baik jangan nak komen sangat melainkan kita ada kemahiran dalam bidang tersebut. Macam saya tak tahu sangat, jadi lebih baik saya diam je daripada berkata sesuatu yang saya sendiri pun tak pasti," katanya.



Mengulas tentang isu apabila artis wanita bertudung, punca rezeki tidak ada dalam dunia hiburan, Diana menolak pendapat itu.



"Saya tidak setuju jika ada individu yang mengatakan jika kita menyokong mana mana parti politik periuk nasib artis ini akan tejejas, diorang yang menyokong sesuatu parti politik itu pun akan disokong oleh parti politik tersebut dan tak rasa periuk nasi mereka akan tertutup.



"Untuk artis yang berhijrah kena kuatkan semangat sebab banyak cabaranya nanti.



Kita sentiasa kena ingat yang kita berhijrah ini untuk mendapat redha dari Allah SWT. Jadi jangan risau dengan apa pun yang berlaku, yang penting kita nak dapatkan ganjaran di akhirat bukan didunia ini. Di dunia ni buat pening kepala sahaja. Lebih baik kita fokus untuk ganjaran yang lebih besar di sana kelak," kata Diana.


Sumber : Buahmulut.com
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!