Adsense

Rabu, 11 Julai 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Drama Bersiri Miss Octopus

Posted: 11 Jul 2012 10:42 PM PDT

MISS OCTOPUS PENUHI SLOT MALAM AHAD DI TV3

Pasti kelihatan canggung apabila seorang wanita garang berubah menjadi seorang wanita yang gedik semata-mata untuk meraih perhatian jejaka idamannya. Menyusuli program Mentor 6, sebuah drama bersiri 13 episod, Miss Octopus yang menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Rozita Che Wan, Nabila Dally, Fahrin Ahmad, Nas.T, Talha Harith, Dottie, Faralyna Idris, Sophie Hana, Usop Wilcha, Rizz Amin dan Maimon Mutalib pula menemani para penonton setiap Ahad, 9.00 malam mulai 24 Jun 2012.

Ms Octopus yang diarahkan oleh Jamal Khan dan skrip ditulis oleh Azlina Pa'Wan menggandingkan pelakon-pelakon hebat mengisahkan Oktober (Rozita Che Wan) dan Asmira (Nabila Dally) yang sering bersaing antara satu sama lain sejak berlakunya satu insiden.

Poster Miss Octopus

Oktober yang mempunyai sifat panas baran, merupakan seorang pensyarah dan masih belum berkahwin. Dia tidak mahu mendirikan rumahtangga kerana fobia selepas melihat sahabat baiknya bersalin. Sementara itu, Asmira yang merupakan salah seorang pelajar Oktober, telah pun bertunang dengan kekasihnya Senin (Talha Harith) semenjak sebelum dia memasuki kolej lagi. Walaupun Asmira mempunyai kekasih yang amat menyayanginya namun segalanya berubah setelah dia bertemu dengan Hakim iaitu pelajar senior di fakultinya.

Lain pula ceritanya dengan Oktober, sikap panas barannya mula berubah setelah dia menghadiri sesi kaunseling bersama doktor psychiatrist iaitu Dr. Iman (Rizz Amin). Oktober mula menganggap Dr. Iman sebagai sabahat karibnya kerana dia akan menceritakan segala-galanya tanpa rasa gusar. Oktober juga kini banyak tersenyum jika dibandingkan dengan dahulu yang susah untuk melemparkan senyuman. Bukan itu sahaja malah dari segi penampilannya juga dengan tampak lebih muda dan ia menjadi ikutan para pelajar di fakulti.

Namun begitu, di fakulti Oktober sering mencari kesilapan Asmira dan ini menyebabkan dia digelar sebagai Miss Oktopus oleh Asmira. Persengketaan di antara Oktober dan Asmira bertambah menjadi rumit apabila seorang pensyarah baru mula mengajar di fakulti mereka. Kehadiran Dr. Shah Reza (Fahrin Ahmad) di fakulti itu umpama tsunami yang melanda Acheh, kerana ketampanannya membuatkan pelajar-pelajar perempuan dilanda dengan perasaan angau terhadap Dr. Shah Reza. Ini termasuklah dengan Oktober yang mula tertarik dengan Dr. Shah Reza semenjak pertemuan pertama mereka.

Dalam sekelip mata Oktober menjadi sangat obses terhadap Dr. Shah Reza. Kini barulah dia sedar erti sebenarnya cinta. Sikapnya mula berubah menjadi seperti perempuan miang. Siang dan malamnya dipenuhi dengan Dr. Shah Reza. Jika boleh Oktober mahu berkepit dengan Dr. Shah Reza 24 jam. Sehinggakan dia sanggup memasak hidangan semata-mata untuk diberikan kepada pujaan hatinya kerana susah untuk dapat keluar makan bersama-sama Dr. Shah Reza.

Dr. Shah Reza sedar akan keterujaan Oktober terhadap dirinya. Namun dia tidak berkenan dengan sikap Oktober dan itu membuatkan dia sering melarikan diri dari bertemu dengan Oktober.

Sesungguhnya Dr. Shah Reza lebih tertarik dengan Asmira. Oktober mula perasan akan kemersraan Dr. Shah Reza dengan Asmira. Marahnya terhadap Asmira semakin membuak-buak. Hakim pula mula menjauhkan diri dari Asmira sejak melihat keintiman gadis itu dengan Dr. Shah Reza.

Apabila Asmira dipelawa oleh Dr. Shah Reza untuk keluar makan malam bersamanya, tanpa berfikir panjang Asmira terus bersetuju menerima pelawaan itu. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah dalam diam Asmira juga menyimpan perasaan terhadap Dr. Shah Reza? Atau Asmira mempunyai agenda tersendiri menerima pelawaan Dr. Shah Reza itu? Apakah kemuncak persengketaan di antara Oktober dan Asmira?

Jangan ketinggalan untuk menonton Miss Octopus terbitan Grand Brilliance pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikan Miss Octopus boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Miss Octopus - Rozita Che Wan

Nabila Dally

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Anugerah Juara Lagu Terima Pengiktirafan Istimewa

Posted: 11 Jul 2012 10:16 PM PDT

ANUGERAH JUARA LAGU TERIMA PENGIKTIRAFAN ISTIMEWA

Keunggulan anugerah berprestij tahunan, Anugerah Juara Lagu sememangnya tidak disangkal apabila sekali lagi berjaya melakarkan sejarah tersendiri menerusi pengiktirafan sebagai "Pertandingan Lagu & Lirik Paling Lama Negara" daripada Malaysia Book of Records semalam.

Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26) bersama Nurul Huda Haji Khalid mewakili tenaga produksi AJL dan TV3 hadir untuk menerima sijil pengiktirafan sewaktu majlis makan malam khas anjuran Malaysia Book of Records "Night of Achievers" bertempat di Hotel InterContinental Kuala Lumpur, semalam.

AJL Trophy 2

Sijil pengiktirafan "Anugerah Juara Lagu : Longest Running Songs & Lyrics Competition" telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bersama Y.A.Bhg Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia selaku tetamu kehormat di majlis makan malam yang turut meraikan ulang tahun ke-17 penubuhan Malaysia Book of Records dan juga pelancaran edisi ke-8 buku Malaysia Book of Records.

Untuk makluman, selain daripada memberi penghargaan kepada individu dan organisasi terpilih menerusi kategori Kejadian Manusia (Human Beings), Malaysia Books of Records turut mengangkat Anugerah Juara Lagu mewakili kategori Hiburan & Seni (Arts & Entertainment) di atas usaha dan impak terhadap industri muzik Malaysia. Setelah lebih dua dekad sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) bertujuan memartabatkan industri muzik tanahair terutamanya memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik.

Diangkat sebagai acara anugerah muzik tahunan berprestij tempatan, tahun ini menampilkan elemen air yang unik sebagai konsep dan tema persembahan. Selari dengan arus pembangunan dan prestasi industri muzik kita, irama dan alunan lagu bagaikan aliran air yang tidak pernah putus dan turut berubah mengikut perkembangan semasa di mana para penggiat muzik sentiasa mengambil inisiatif untuk mencuba elemen-elemen baru dalam berkarya.

Dibawakan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil pada malam Januari 29 lalu, Anugerah Juara Lagu 26 telah sekali lagi berjaya membuktikan satu penanda aras acara terbesar bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi dan acara hiburan di Malaysia apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 5 juta (24.9 TVR) atau 71.6% (sumber: Nielsen Audience Measurement). Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan Anugerah Juara Lagu 26 telah mencipta rekod baru dengan tontonan sebanyak 6.5 juta.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: