Adsense

Rabu, 11 Julai 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Rozita Che Wan Panas Baran?

Posted: 11 Jul 2012 09:53 PM PDT

Bukan panas baran seperti yang disangkakan. Sebaliknya ini adalah watak yang dimainkan oleh aktres jelita, Rozita Che Wan dalam drama siri terbaru terbitan Grand Brilliance berjudul Miss Octopus.

Rozita Che Wan, sebagai Oktober dikenali sebagai seorang pensyarah yang masih belum berkahwin dan mempunyai sifat panas baran. Alasannya untuk tidak berkahwin amatlah mudah, iaitu fobia setelah melihat rakan baiknya bersalin. Manakala, Asmira lakonan Nabila Dally merupakan pelajar kepada Oktober dilihat sebagai pesaing selepas berlakunya sebuah insiden. Sejak itu, mereka sering bersaing antara satu sama lain demi mencapai tujuan masing-masing.

Asmira telah pun bertunang dengan kekasihnya Senin (Talha Harith) semenjak sebelum dia memasuki kolej lagi. Walaupun Asmira mempunyai kekasih yang amat menyayanginya namun segalanya berubah setelah dia bertemu dengan Hakim iaitu pelajar senior di fakultinya.

Lain pula ceritanya dengan Oktober, sikap panas barannya mula berubah setelah dia menghadiri sesi kaunseling bersama doktor psychiatrist iaitu Dr. Iman (Rizz Amin). Oktober mula menganggap Dr. Iman sebagai sabahat karibnya kerana dia akan menceritakan segala-galanya tanpa rasa gusar. Oktober juga kini banyak tersenyum jika dibandingkan dengan dahulu yang susah untuk melemparkan senyuman. Bukan itu sahaja malah dari segi penampilannya juga dengan tampak lebih muda dan ia menjadi ikutan para pelajar di fakulti.

Namun begitu, di fakulti Oktober sering mencari kesilapan Asmira dan ini menyebabkan dia digelar sebagai Miss Oktopus oleh Asmira. Persengketaan di antara Oktober dan Asmira bertambah menjadi rumit apabila seorang pensyarah baru mula mengajar di fakulti mereka. Kehadiran Dr. Shah Reza (Fahrin Ahmad) di fakulti itu umpama tsunami yang melanda Acheh, kerana ketampanannya membuatkan pelajar-pelajar perempuan dilanda dengan perasaan angau terhadap Dr. Shah Reza. Ini termasuklah dengan Oktober yang mula tertarik dengan Dr. Shah Reza semenjak pertemuan pertama mereka.

Dalam sekelip mata Oktober menjadi sangat obses terhadap Dr. Shah Reza. Kini barulah dia sedar erti sebenarnya cinta. Sikapnya mula berubah menjadi seperti perempuan miang. Siang dan malamnya dipenuhi dengan Dr. Shah Reza. Jika boleh Oktober mahu berkepit dengan Dr. Shah Reza 24 jam. Sehinggakan dia sanggup memasak hidangan semata-mata untuk diberikan kepada pujaan hatinya kerana susah untuk dapat keluar makan bersama-sama Dr. Shah Reza.

Dr. Shah Reza sedar akan keterujaan Oktober terhadap dirinya. Namun dia tidak berkenan dengan sikap Oktober dan itu membuatkan dia sering melarikan diri dari bertemu dengan Oktober. Sesungguhnya Dr. Shah Reza lebih tertarik dengan Asmira. Oktober mula perasan akan kemersraan Dr. Shah Reza dengan Asmira. Marahnya terhadap Asmira semakin membuak-buak. Hakim pula mula menjauhkan diri dari Asmira sejak melihat keintiman gadis itu dengan Dr. Shah Reza. Apabila Asmira dipelawa oleh Dr. Shah Reza untuk keluar makan malam bersamanya, tanpa berfikir panjang Asmira terus bersetuju menerima pelawaan itu. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah dalam diam Asmira juga menyimpan perasaan terhadap Dr. Shah Reza? Atau Asmira mempunyai agenda tersendiri menerima pelawaan Dr. Shah Reza itu? Apakah kemuncak persengketaan di antara Oktober dan Asmira?

FABULOUSFINDS : Sebuah Set Produk Kecantikan

Posted: 11 Jul 2012 09:52 PM PDT

FABULOUSFINDS merupakan sebuah bekas yang mengandungi set kecantikan dan menawarkan perkhidmatan langganan secara bulanan ataupun tahunan. FABULOUSFINDS merupakan produk berasaskan langganan pertama di Malaysia dan ia menawarkan empat hingga lima sampel jenama kecantikan mewah dan berkualiti tinggi untuk para pelanggan sekitar Malaysia. Disamping itu, produk kecantikan mini ini turut dibungkus secara menarik dalam bekas yang mewah dan dihantar menerusi perkhidmatan courier ke alamat tetap di seluruh Malaysia.

Produk ini dikenali sebagai FABULOUSFINDS kerana pengasasnya ingin menampilkan perkhidmatan sebuah bekas kecantikan yang hebat buat semua pelanggan. Selain itu, produk ini turut mensasarkan pemberian perkhidmatan produk kecantikan terbaik buat pelanggannya dari bulan demi bulan.

Pada dasarnya, produk FABULOUSFINDS ini diilhamkan menerusi dua kepentingan pengguna iaitu Produk Kecantikan dan Komuniti.

Kepentingan Pengguna Sebagai Produk Kecantikan

Menerusi penemuan produk kecantikan yang terbaik di pasaran, produk FABULOUSFINDS akan memberikan perkhidmatan untuk menghantarnya terus kepada para pelanggan. Disamping itu, memandangkan kini terdapat begitu banyak jenama dan produk di pasaran, FABULOUSFINDS berusaha untuk menemukan yang terbaik dan ingin berkongsinya bersama pelanggannya. Barangan yang bakal ditawarkan mungkin berupa produk penjagaan kulit, badan, kuku, wangian, kosmetik atau penjagaan rambut.

Kepentingan Untuk Komuniti

Secara spesifiknya, produk FABULOUSFINDS ini amat mementingkan kemahuan wanita dan ia diaplikasikan melalui pemberian pertolongan untuk wanita dari golongan yang kurang bernasib baik. Ini kerana, setiap bekas bungkusan FABULOUSFINDS adalah dibungkus oleh wanita dari latarbelakang yang kurang bernasib baik dan menerusi pendapatan yang ditawarkan oleh FABULOUSFINDS, sedikit sebanyak ia turut membantu bagi memenuhi keperluan kewangan untuk golongan wanita sebegini.

Bagi Pelanggan Yang Ingin Melanggan Produk Ini, Ia Hanya Menerusi 3 Langkah Mudah Iaitu :

Langkah pertama, pelanggan haruslah membuat pendaftaran terlebih dahulu untuk melanggannya secara bulanan. Seterusnya, untuk langkah kedua pelanggan akan menerima bekas kecantikan daripada FABULOUSFINDS setiap bulan menerusi perkhidmatan courier. Manakala untuk langkah terakhir, pelanggan digalakkan mencuba set kecantikan tersebut dan membuat ulasan untuk produk yang telah digunakan. Untuk keterangan lanjut berkaitan cara langganan produk FABULOUSFINDS, anda boleh layari websitenya di www.fabulousfinds.com.my.

Di sini pihak FABULOUSFINDS memberikan keistimewaan untuk membentangkan bekas pertama produk ini kepada para blogger yang telah dijemput khas untuk pelancaran eksklusif  FABULOUSFINDS pada 23 Jun 2012 (Sabtu) yang lepas di Delicious Cafe, Dua Residency, Jalan Tun Razak.

Memandangkan ini adalah produk pertama dari FABULOUSFINDS, maka pihaknya berbesar hati untuk mendedahkan kandungan yang terdapat di dalam bekas ini yang berupa sampel barangan mewah. Produk ini hanya berharga RM35 sebekas dan ia mengandungi sampel barangan mewah sehingga bernilai lebih RM150. Foto di atas merupakan sampel untuk set produk bulan Julai. Menarik bukan!

Untuk bekas yang berikutnya, kandungannya akan dirahsiakan sebagai kejutan untuk pelanggan, sehingga ia dihantar kepada pelanggan sendiri.

Walaupun ini adalah bekas untuk set produk bulan Julai, FABULOUSFINDS berbesar hati untuk berkongsinya terlebih awal dengan tetamu khas dan para blogger pada majlis pelancaran yang lepas.

Untuk bekas pertama bulan Julai, FABULOUSFINDS hanya mempunyai 200 bekas sahaja dan 20 bekas telah diberikan kepada blogger pada majlis pelancaran lepas. Maka hanya tinggal 180 bekas sahaja untuk dilanggan sekarang.

Kepada individu yang berminat untuk melanggan, anda boleh membuat langganan secara langsung di  www.fabulousfinds.com.my. Tarikh akhir membuat tempahan adalah pada 14 Julai 2012 dan pada 15 Julai 2012, tempahan akan dikirimkan kepada pelanggan secara courier.

Terdapat 2 Cara Langganan :

Pertama secara bulanan iaitu hanya RM35 sahaja sebulan dan membuat bayaran secara berterusan. Untuk pembatalan, anda boleh memberikan notis dalam masa 30 hari.

Untuk tahunan, ia hanya berharga RM420 dengan sekali bayar, dimana anda akan menerima satu bekas percuma pada bulan ke 13.