Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Justin Bieber Lancarkan Album Terbaru, “Believe”, Bersama Peminat Malaysia

Posted: 14 Jul 2012 07:41 PM PDT

Jika sebelum ini, Justin Bieber hanya memeluk peminat bertuahnya ketika di konsertnya sendiri. Kali ini, mungkin kerana dia terpaksa menjadi artis pembukaan untuk MTV World Stage 2012, sebuah sidang akhbar album terbaru, "Believe", bersama para peminat dan media telah diadakan di Kuala Lumpur Convention Center. Dan apa yang menarik, seorang peminat bertuah telah mendapat pelukan bertuah dari Justin Bieber.

Walaupun baru saja tahun lepas Justin Bieber atau mudah dipanggil JB ini turun membuat persembahan sehingga menyebabkan peminatnya 'histeria', ketika muncul sahaja dihadapan para peminatnya di KLCC, pantas JB menjerit, "Hi Malaysia! Saya gembira dapat datang kesini semula. Setiap kali saya datang, anda semua pasti akan menyambut saya dengan tangan terbuka dan saya sangat gembira. Saya sayang anda semua!"

Tidak disangkakan bahawa majlis yang dianggap hanya sekadar sidang akhbar untuk pelancaran album baru, "Believe", ini telah bertukar seakan-akan konsert mini pula apabila JB mempersembahkan 7 buah lagu termasuklah lagu "Baby". JB juga turut mempersembahkan lagu-lagunya yang lain seperti One Less Lonely Girl, Die in Your Arms, Baby, dan juga lagu terbaru, As Long As You Love Me.

Untuk para peminat yang langsung tidak dapat berjumpa dengan Justin Bieber samada di sidang akhbar mahupun di MTV World Stage yang berlangsung di Sunway Surf Beach, anda bolehlah dapatkan album terbarunya berjudul "Believe" di pasaran sekarang!

Jom dengar lagu terbaru JB selepas ini!

“Saya Yakin PopMyCase Mampu Tarik Minat Ramai” – Amy Search

Posted: 14 Jul 2012 07:18 PM PDT

Jumaat lepas berlangsungnya majlis pelancaran Popmycase yang berlangsung di Zouk Cafe Bar, The Gardens Mall. Majlis yang turut dihadiri selebriti terkenal, Amy Search ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberap orang artis seni lukisan yang berkolaborasi bersama Popmycase.

Untuk pengetahuan, Popmycase adalah sebuah lagi syarikat dibawah Popmyberry yang menghasilkan 'casing' mod untuk para pengguna telefon bimbit Blackberry dan Iphone. Dengan adanya Popmycase, anda boleh mereka 'design' anda sendiri untuk diletakkan di 'casing' telefon anda.

Dalam pada itu, Amy Search ketika ditanya apakah potensi Popmycase untuk menarik peminat diluar sana.

"Kebanyakan feedback saya dapat apabila saya sedang menggunakan telefon saya. Bila mereka nampak 'casing' yang saya pakai, terus saya bagitahu mana saya dapat seperti di Facebook dan Twitter," ujar Amy Search.

Tambah Amy Search lagi, "Produk ini juga adalah sebuah produk yang bagus dan menarik minat saya sendiri. Saya yakin Popmycase mampu tarik minat ramai."

Jadi, kepada anda diluar sana pasti ada yang sudah tidak sabar mahu memakai Popmycase ini bukan? Dengan harga yang berpatutan, anda boleh memilikinya untuk telefon bimbit anda. Jom layari laman web rasmi, Popmycase, sekarang!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan