Adsense

Selasa, 24 Julai 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Adi Putra dan Sari Yanti bersama Rempit United edar bubur lambuk

Posted: 24 Jul 2012 12:19 AM PDT

Gambar Adi Putra dan Sari Yanti bersama Rempit United edar bubur lambuk
Semalam, Geng mat-mat rempit daripada 'Rempit United' bersama dua artis popular, Adi Putra dan Sari Yanti berganding bahu mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk di sekitar Kampung Baru.. Pengedaran bubur lambuk secara percuma sempena sambutan bulan Ramadhan kali ini merupakan usaha murni mat-mat rempit bagi transformasi imej 'Rempit' yang sering disalah-ertikan oleh orang ramai..

Majlis pengagihan bubur lambuk secara percuma yang diadakan di Jln Raja Abdullah (Kedai Pak Hassan Nasi Lemak), Kampung Baru, disambut baik oleh orang ramai.. Majlis yang sepatutnya bermula pukul 3 petang itu sudah mula dipenuhi oleh pengunjung seawal jam 1 petang lagi..

Jadi buat sesiapa yang tidak dapat hadir semalam, jom kita layan beberapa keping gambar ahli Rempit United bersama Adi Putra dan Sari Yanti di Majlis pengagihan bubur lambuk kat bawah ni.

Soo Wincci Berazam untuk Puasa Penuh

Posted: 23 Jul 2012 11:41 PM PDT

Soo Wincci puasa
Soo Wincci penyanyi dan pelakon berbangsa cina yang semakin popular setelah menjadi salah seorang peserta MasterChef Selebriti Malaysia sebelum ini bertekad dan berazam untuk berpuasa penuh tahun ini.. Walaupun Soo Wincci bukan beragama islam, beliau berasa teruja dengan kehadiran bulan Ramadhan dimana ini kali pertama untuk dia cuba berpuasa bersama rakan muslimnya..

Menurut Soo Wincci, Walaupun dia tahu akan cabaran berpuasa, dia yakin dapat melaluinya dengan dorongan dan kata-kata semangat daripada rakan-rakan dan peminat.. Tambah Soo Wincci lagi, ini juga salah satu cara untuk dia mendekatkan diri dengan peminat berbangsa melayu yang semakin bertambah sejak beliau menyertai MasterChef Selebriti Malaysia..

"Menerusi program MasterChef peminat saya semakin ramai daripada kalangan kaum Melayu dan saya rasa dengan belajar berpuasa saya dapat mendekatkan diri dengan mereka.

"Selain itu, ia juga dapat mencabar diri saya membuat sesuatu perkara baru yang pertama kali ingin berpuasa,"

"Berpuasa itu pasti menjadi suatu perkara yang amat mencabar buat diri saya tetapi kerana ingin menghidupkan semangat perpaduan dikalangan peminat saya teruskan niat ini.

"Rakan-rakan banyak jadi pendorong dan semangat inilah yang ingin saya tonjolkan kepada semua peminat dan berharap dapat berpuasa selama 30 hari," (Mstar)

MyGosip harap cubaan Soo Wincci untuk berpuasa penuh berjaya direalisasikan.. Bukan mudah kalau orang tak biasa nak berpuasa penuh ni.. Kita yang dilatih dari kecil pun kadang-kadang terbabas juga.. Apa-apa pun good luck buat Soo Wincci..