Adsense

Khamis, 5 Julai 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Eksklusif: 'Saya tak menghasut'

Posted: 04 Jul 2012 08:43 AM PDT

Nora Danish tidak ambil kesempatan hubungan rapat dengan bekas mentua

LAMA berdiam diri, akhirnya Nora Danish membuka mulut menjawab pelbagai fitnah yang melanda pelakon jelita ini. Raut wajahnya agak terganggu dan tampak bengang apabila HIP mengajukan satu persatu dakwaan orang mengenai Nora, termasuk kononnya mengambil kesempatan atas hubungan rapat dengan keluarga bekas mentua.
Berita lanjut dapatkan sisipan BH Hip dalam akhbar Berita Harian hari ini

Konsert Misha, Rossa ditangguh

Posted: 04 Jul 2012 08:38 AM PDT

Persembahan di Istana Budaya tak jadi sebab tiada penaja

WALAUPUN mempertaruhkan dua nama besar, dua penyanyi vokal mantap - Misha Omar dan Rossa dari Indonesia, masih belum mampu 'menawan' hati penaja. Inilah yang berlaku pada dua penyanyi popular ini yang sepatutnya menjayakan Konsert Cinta: Diva Dua Negara di Istana Budaya, Kuala Lumpur selama tiga hari mulai esok.
Pengarah Urusan CTRA Production, Siti Rohaya Attan berkata, dia lebih rela menangguhkan konsert daripada menanggung hutang kelak.

"Dalam keadaan sekarang, kita terpaksa akur dengan masalah kesukaran mendapatkan penaja. Ada pihak sedia menaja, tetapi meletakkan pelbagai syarat sehingga kami terpaksa menolak kerana tidak mampu memenuhi permintaan mereka.

"Memang tak dinafikan saya kecewa dengan apa yang terjadi. Apatah lagi bagi saya kolaborasi dua penyanyi itu sudah cukup sempurna tetapi nampaknya masih tidak berjaya memikat penaja," katanya kepada HIP.

Siti Rohaya berkata, perancangan sudah dibuat termasuk mendapatkan khidmat pengarah muzik, Datuk Ramli MS bagi memimpin orkestra untuk konsert berkenaan.
"Bagaimanapun, kita tidak berputus asa untuk meneruskan konsert Misha dan Rossa jika ada penaja," katanya.

Dia berkata, industri teater juga berdepan masalah mendapatkan tajaan persembahan.

"Syarikat korporat lebih gemar menaja artis antarabangsa berbanding penyanyi tempatan. Malah penjualan tiket penyanyi tempatan juga tidak begitu memberangsangkan sejak akhir-akhir ini.

"Masyarakat kita terlalu manja kerana sering disogokkan konsert percuma, jadi secara tidak langsung ia mempengaruhi kuasa beli mereka."