Adsense

Isnin, 2 Julai 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Fara kena kantoi!

Posted: 01 Jul 2012 03:43 PM PDT

Konon mahu disunting sutradara Indonesia, penyampai radio jadi mangsa 'Panggilan Hangit' HIP

SELAMA ini, Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011), Fara Fauzana dan teman baiknya, Faizal Ismail sering mencuri perhatian pendengar stesen Hot FM dengan program nakal, Panggilan Hangit. Macam-macam cerita yang direka semata-mata untuk mengenakan individu yang menjadi mangsa. Namun, apa jadi kalau mereka pula menjadi mangsa Panggilan Hangit wartawan HIP?

Biar betul, berkemban sambil panjat pokok? Itu bukan macam filem hantu je". - Fara Fauzana, Penyampai radio

Sebagai gimik meraikan wajah baru Berita Harian (BH), HIP mengusik Fara dengan membawa cerita kononnya seorang produser filem dari Indonesia berminat menawarkan dia berlakon filem seram terbitan mereka.

Ikuti temu bual ini antara wartawan HIP FARIHAD SHALLA MAHMUD dengan Fara:

HIP : Fara, baru-baru ini Hip dapat tahu ada produksi dari Indonesia berminat menawarkan Fara berlakon dalam filem terbitan mereka selepas menyaksikan filem lakonan Fara, Jin Notti. Apa komen Fara?

FARA : Oh ya ke? Sebenarnya saya sudah lama tidak berlakon.
HIP : Tapi mereka teringin sangat hendak menawarkan watak pada Fara selepas mereka mendapat tahu, Fara artis popular di Malaysia. Cuma dalam filem ini nanti, Fara dikehendaki melakonkan babak seksi.

FARA : Alamak kena seksi ke? (sambil ketawa). Di Malaysia pun saya tak pernah berlakon seksi, inikan pula di Indonesia. Suruh saja mereka cari pelakon lain.

HIP : Selain berlakon bersama pelakon popular di Indonesia, bayaran yang ditawarkan boleh tahan lumayan juga Fara? Takkan tak berminat?

FARA : Macam mana ya? Mungkin pihak mereka boleh hubungi pengurus Fara. Tapi itulah, seperti yang Fara katakan tadi, kalau Fara pelakon, memang Fara pertimbangkan watak itu.

HIP : Cuma itulah... Fara kena berlakon watak seksi. Berkemban sambil memanjat pokok. Fara sanggup ke pegang watak seperti itu.

FARA : Hah? Abang biar betul, berkemban sambil panjat pokok.? Itu bukan macam filem hantu je. Abang bukan buat panggilan hangit untuk saya kan? Lucu sungguh bunyinya atau ini Panggilan Hangit?

HIP : Fara, awak memang kena Panggilan Hangit dari HIP - gimik BH sempena penjenamaan semula akhbar ini.

FARA : Lah ya ke? Nak siarkan ke temubual ini? Itulah Fara pelik juga bila tiba-tiba ditawarkan watak berkemban sambil panjat pokok. Terkena juga saya nampaknya. Bertuah jugalah kerana terpilih jadi mangsa!

Tonton video BH Digital, sila layari subscription.nstp.com.my

Normah Becok: Zizan mat superbike?

Posted: 01 Jul 2012 03:35 PM PDT

Tempoh hari, Cik Normah yang kebetulan punya waktu terluang sempat menemani rakan ke majlis pratonton filem baru, Baik Giler, terbitan Layar Dimensi. Kalau lihat daripada senarai pelakonnya memang hebat-hebat belaka.

Mengapa tidak, ada Zizan Razak, Awie, Sharifah Shahirah dan ramai lagilah yang berlakon dalam filem ini. Jadi, Cik Normah pun cepat-cepat ke lokasi dijanjikan sebab bimbang tiada tempat duduk walau perlu menempuh kesesakan yang luar biasa menuju ke bandar Sunway. Namun, Cik Normah gagahkan juga demi memberi sokongan terhadap filem Melayu. Apa pun, kalau filem bagus, Cik Normah tak sayang duit untuk beli tiket ya!
Berbalik kepada prebiu itu, selepas tiba di lokasi, melilau Cik Normah mencari senarai nama popular yang difahamkan membintangi filem pertama syarikat produksi berkenaan. Namun, Cik Normah hanya nampak kelibat beberapa orang saja.

Selidik punya selidik, patutlah Zizan dan Awie tidak kelihatan. Rupa-rupanya ketika majlis berlangsung, mereka sudah berada di bumi gajah putih, Thailand menjalani penggambaran filem arahan vokalis Wings itu. Kalau tak silap Cik Normah, judulnya Bikers Tegar yang diterbitkan syarikat produksi milik Dira Abu Zahar bersama suaminya, Helmy. Ia berkisar mengenai dunia permotoran.

Wah, tak dapat Cik Normah bayangkan watak Zizan dalam filem sulung arahan Awie itu. Apakah kali ini Zizan dinaikkan taraf sebagai penunggang motosikal kuasa besar selepas merempit dalam Hantu Bonceng?

Apa pun, mesti Awie sebagai sutradara dan Helmy, individu penting yang mengeluarkan bajet, pasti mahu anak muda berbakat besar itu tampil berbeza daripada watak sebelum ini.
Kita nantikan saja hasilnya nanti ya!