Adsense

Ahad, 3 Jun 2012

Zon Artis

Zon Artis


Siapa Bakal Bergelar Juara Mentor 6?

Posted: 03 Jun 2012 08:31 AM PDT

JUARA MENTOR 6

Dengan jumlah markah hanya 86, Tisha (protege Ferhad) diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada konsert separuh akhir ke-2 yang berlangsung sebentar tadi. Dengan tersingkirnya Tisha, bermakna tiga peserta iaitu Caroline, Zatul dan Anas mara ke final Mentor musim ke-6 yang akan berlangsung pada 10 Jun nanti di Stadium Melawati, Shah Alam.

Dan seperti yang diwar-warkan, jika anda ingin menyaksikan konsert akhir Mentor 6 secara langsung di Stadium Melawati itu nanti, anda boleh mendapatkan tiket percuma di Sri Pentas TV3 bermula pada 5 Jun (Selasa) nanti bermula dari jam 10 pagi sehingga jam 4 petang. For sure, kami pun akan pergi ambil juga. Maklumlah free, sape tak nak?

Apa-apa pun, 3 finalis telah diketahui. Jadi nak tanya ler, siapa yang anda jangka akan dinobatkan sebagai juara Mentor musim ke-6 ini? Jika ditanya pada kami, sudah tentu kami akan mengatakan ianya akan menjadi milik Anas (protege Faizal Tahir). Huhu..

IKLAN: Jom layari blog ni ~> www.apadehal.com

Related Posts with Thumbnails