OHBULAN! |
Foto: Nia Ramadhani Kini Sudah Bergelar Ibu, Selamat Lahirkan Anak Pertama Posted: 03 Jun 2012 11:25 PM PDT
Sinetron "Bawang Merah, Bawang Putih" yang telah disiarkan antara tahun 2006 sehingga 2007 telah menampilkan Revalina S. Temat sebagai Bawang Putih dan Nia Ramadhani sebagai Bawang Merah. Namun bukan sinopsis sinetron ini yang mahu OHBULAN! sampaikan. Berita terbaru dari seberang, Nia Ramadhani telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada hari Sabtu (2 Jun) lepas. Bayi yang diberi nama Mikhayla Zalindra Bakrie telah dilahirkan disebuah hospital yang terletak di Jakarta Selatan. Menurut laporan Yahoo, anak Nia Ramadhani telah dilahirkan melalui kaedah 'caesarian' dan mempunyai berat 3.1 kilogram ketika dilahirkan. Kedua-dua mereka dilaporkan berada dalam keadaan sihat. Untuk pengetahuan, Nia Ramadhani, 22, telah bernikah dengan Ardi Bakrie pada bulan April tahun 2010. Tahniah OHBULAN! ucapkan pada Nia! |
Gosip : Isu Cerai Belum Selesai, Sudah Ada Wanita Yang Lain? Posted: 03 Jun 2012 10:46 PM PDT
Namun sebentar tadi, OHBULAN! menerima satu kiriman e-mail mengatakan selebriti ini dipercayai telah keluar bersama dengan seorang wanita lain ketika isu dia dan isterinya masih belum selesai lagi. Sumber tersebut turut menghantar sekeping foto wanita tersebut sedang mengendong anak kepada selebriti yang juga seorang pengacara ini. Tapi apa yang lebih menarik perhatian OHBULAN!, sumber mengatakan bahawa wanita ini adalah seorang 'kaki cukur' dan juga seorang yang lebih 'sosial' dari isteri selebriti ini sendiri. Macam mana selebriti ni boleh keluar dengan wanita seperti ini? Atau dia hanya sekadar mahu melepaskan 'tension' sahaja? Siapa yang tahu, kan? |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |