Adsense

Sabtu, 23 Jun 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


SAH! Aaron Aziz Kini Penduduk Tetap Malaysia

Posted: 23 Jun 2012 10:31 PM PDT

Aaron Aziz Kini Sah Penduduk Tetap Malaysia. Akhirnya setelah bertungkus lumus buat permohonan dan mengotakan segala syarat, Artis Paling popular 2011 ABPBH Aaron Aziz kini secara rasminya telah menjadi penduduk tetap Malaysia. Tahniah Budiey ucapkan.

Isu artis luar yang dibangkit oleh Zed Zaidi, selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) serta status permohonan Taraf Penduduk Tetap (PR) selama ini menjadi dua cerita yang saling berkait dengan Aaron. Persoalan status penduduk tetap Aaron Aziz menjadi isu utama oleh pihak yang merasa tergugat.

"Saya minta maaf kepada semua pihak kerana dari awal lagi tidak menghebahkan kelulusan permohonan PR saya kepada umum. Saya fikir, perkara itu tidak perlu dikecoh-kecohkan. Tetapi, apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengirimkan salinan dokumen sulit saya itu kepada umum, barulah saya rasa perkara itu perlu dijelaskan." ujar Aaron.

"Saya sudah memegang kad MyPR sejak awal Jun. Saya harap pengakuan saya ini akan menjelaskan segala persoalan semua pihak," jelas Aaron lagi.

Ditanya mengenai proses permohonan PR olehnya yang cepat mendapat kelulusan kerajaan Malaysia, Aaron menyerahkan perkara itu kepada pihak KDN untuk memberikan penjelasan.

"Saya tidak rasa cepat atau lambat kelulusan permohonan itu akan menjadi satu isu. Saya tiada hak untuk bercakap tentang rasional atau alasan bagaimana permohonan saya diluluskan. Mungkin saya telah menepati syarat yang ditetapkan," terang Aaron bersahaja.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz turut meluahkan rasa syukur kerana berbekalkan bakat seni yang dimiliki, dia kini boleh bekerja dan menjadi sebahagian daripada penduduk Malaysia. Dia berterima kasih kepada semua pihak atas rezeki dan penerimaan semua terhadap kehadirannya menjadi salah seorang pelakon di Malaysia.

Populariti serta aura Aaron semakin mendapat perhatian sejurus menjulang anugerah tertinggi dalam majlis Anugerah Bintang Popular 2011, April lalu, nama aktor sasa Aaron hangat dengan isu PR yang dipohonnya. Isu itu menjadi kecoh setelah kemenangan Aaron dipertikaikan Zed Zaidi yang ketika itu bercakap atas nama Timbalan Presiden Seniman itu meluahkan rasa kurang senangnya kerana pemenang anugerah berdasarkan populariti itu dimenangi pelakon warga Singapura.

Isu itu berlarutan sehingga memaksa Aaron bercakap soal status dan warganegara sehingga terkeluar berita bahawa permohonan PR olehnya sudah mendapat kelulusan dan sedang menunggu waktu untuk diambil daripada KDN.

"Sebelum ini orang pernah menyebarkan salinan kad pengenalan palsu saya. Kad itu yang sengaja dicipta untuk memburuk-burukkan saya. Sekarang salinan MyPR saya pula disebarkan. Saya rasa ini kerja orang dalam dan saya tidak tahu apa niatnya menjadi penyebar kepada dokumen sulit pihak lain," keluh Aaron Aziz pula.

Selamat maju jaya buat Aaron Aziz dan selamat memberikan sumbangan untuk industri hiburan Malaysia yang makin berkembang. Nantikan kemunculan Aaron Aziz dalam Filem KL Gangster 2 kelak.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Hairie Othman Sertai PAS

Posted: 23 Jun 2012 09:42 PM PDT

Hairie Othman Antara Selebriti Terbaru Sertai Pas. Fuh, makin ramai artis kita dah menyertai Parti Angkatan Rakyat (PAS). Terbaru, Hairi Othman kini menjadi antara selebriti terbaru yang telah menyertai parti PAS.

Hairie dilaporkan telah menyertai Pas apabila muncul berceramah di pentas PAS di Kg Seri Jaya, Batu Gajah, Perak semalam. Beliau dilaporkan akan membawa borang menyertai Pas pada satu majlis yang akan diadakan pada 6 Julai nanti.

Hairie-Othman-Antara-Selebriti-Terbaru-Sertai-Pas

Dalam pada itu, antara selebriti lain yang akan mengikut jejak langkah Hairie nanti pada 6 Julai ialah Leman Raja Lawak dan Zulkifly Ismail (pelakon Gerak Khas).

Selebriti terkenal sebelum ini yang telah menyertai Pas dan PKR ialah Aishah, Bob Lokman dan Dayangku Intan.

"Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya untuk masuk ke dalam perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri, Ramai artis yang menyokong BN hanya untuk mencari 'makan' dan meneruskan karjaya di dalam bidang hiburan" - Hairie Othman

Hairie juga dilaporkan membidas tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad yang mendakwa artis yang menyertai PAS hanya semata-mata bermotif politik.

"Kenapa jika artis yang tidak sealiran dengan mereka dihina dan dijadikan isu sedangkan yang menyertai Umno tidak pula dibangkitkan?. "Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki bukannya BN tetapi Allah."

Hairie turut berkata, beliau tidak takut untuk menyatakan dan mengambil risiko di atas pendekatan terbaru beliau ini, katanya;

Hairie dikatakan akan turut bersama dalam membantu dalam misi menawan Putrajaya dan sanggup untuk turun ke seluruh negara dalam misi membantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat, ujar beliau.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: