Adsense

Rabu, 6 Jun 2012

borak kosong

borak kosong


April Dilarang Masuk Walt Disney kerana Mirip Tinkerbell

Posted: 06 Jun 2012 09:15 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Seorang remaja wanita berusia 15 tahun, dilarang masuk  taman permainan Walt Disney World, Florida, Amerika Syarikat (AS), lantaran berpakaian sangat mirip dengan Tinkerbell.
April Spielman, mengatakan, ia telah mempersiapkan diri untuk masuk ke dalam taman bermain Walt Disney, di hari Minggu (3/6/2012), kelmarin.
Ia mengubah penampilan dirinya seperti Tinkerbell, dengan mengenakan pakaian peri berwarna hijau dan pemoles wajah senada.
Menurutnya, itu pertamakalinya, ia pergi ke taman bermain Walt Disney.
Awalnya ia diperbolehkan masuk ke dalam, namun saat ingin masuk ke Animal Kingdom, ia dihentikan oleh petugas keamanan taman bermain.
"Mereka berkata akuntampak terlalu mirip," kata Spielman.
Para petugas keamanan mengatakan, ia terlalu mirip dengan seorang pekerja taman yang mengenakan pakaian karakter Tinkerbell yang berpose untuk foto dengan pengunjung dan dimintai tanda tangan.
April-pun diminta untuk mengganti pakaiannya. "Hati saya merasa hancur, kerana saya tidak ingin melepas kostum ini," katanya.

Mayat Perempuan Supergemuk Meledak Saat Dibakar

Posted: 06 Jun 2012 09:00 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Mayat perempuan bertubuh sangat gemuk dari Australia mendadak meledak saat dikbakar di krematorium. Demikian diberitakan Daily Mail, minggu ini.
Perempuan ini memiliki berat sekitar 440 pound atau sekitar 199,5 kilogram. Kerana lemak terlalu banyak dan oven tempat pembakaran sungguh panas dan mencapai 570 Fahrenheit atau 299 Celsius. Api makin membesar dan terlepas kawalan.
Asap tebal keluar dari bangunan dan ketika petugas pemadam kebakaran hal menjijikkan terjadi ketika lemak itu menyembur ke seorang petugas yang berusaha memadamkan api. Pakaiannya terpercik lemak dan membuat mereka hampir muntah.

Juruterbang miang dijel 4 bulan

Posted: 06 Jun 2012 08:45 PM PDT


DUBAI: Seorang juruterbang dipenjara tiga bulan kerana cuba memeluk dan mencium seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di dalam lif.
Mahkamah mendapati juruterbang itu, JL, 29, dari Seychelles, Perancis, bersalah atas tuduhan mencabul pelajar warga Amerika dengan menyentuh muka mangsa dan cuba menciumnya ketika mereka berada dalam lif berdua. "Tertuduh akan diusir selepas menamatkan hukuman penjaranya," kata hakim.

Mahkamah sebelum itu diberitahu, kejadian berlaku ketika dia menaiki lif itu untuk ke kediaman gurunya.


"Dia mengekori saya. Saya tekan tingkat 31. Dia tekan tingkat 21. Apabila lif berhenti di tingkat 21, dia tidak keluar. Sebaik pintu tertutup, dia mendekati saya dan menyentuh muka saya. Saya menolaknya. Tetapi dia mengulangi perbuatan itu," kata pelajar terbabit. - GN


sumber : mymetro

Iklan Baseball Unik di Jepun [video]

Posted: 06 Jun 2012 08:30 PM PDT



 Iklan unik pasukan baseball Softbank Hawks di Jepun macam orang main badminton.Cuba lihat videonya..




Lelaki tunggang basikal setinggi rumah

Posted: 06 Jun 2012 08:15 PM PDT


HAVANA, Cuba - Seorang lelaki, Felix Guirola menarik perhatian orang ramai setiap kali dia menunggang basikalnya di jalan raya di sini.
Guirola menunggang sebuah basikal setinggi 4 meter yang lebih tinggi daripada kebanyakan kenderaan lain termasuk lori dan bas.
Dia menunggang basikal buatan sendiri yang hampir menyamai ketinggian rumah dua tingkat itu tanpa memakai topi keledar.
"Saya berasa seronok berada di tempat tinggi. Saya tidak mual atau pening," kata lelaki berusia 48 tahun itu.
"Kedudukan tinggi membolehkan saya melihat pemandangan dengan lebih baik. Saya juga berasa lebih relaks," tambahnya.
Guirola menunggang basikal tinggi sejak 1983.
Menurutnya, basikal tinggi pertama yang dibina olehnya memiliki ketinggian 1.6 meter (m) dengan dia pernah menunggang sebuah basikal setinggi 5.5 m.
Seorang wakil Guinness World Records memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa badan tersebut mengiktiraf sebuah basikal setinggi in 5.55 m sebagai basikal boleh tunggang tertinggi di dunia.
Kenderaan dua roda tersebut ditunggang oleh warga Kanada, Terry Goertzen pada 2004. - Agensi
sumber : kosmo online

Ternak lebah madu atas bumbung hotel

Posted: 06 Jun 2012 08:00 PM PDT


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah hotel mewah menternak lebih 20,000 ekor lebah madu di atas bumbung bangunan berkenaan di sini.
Waldorf-Astoria yang merupakan hotel pilihan pemimpin AS dan luar negara, merancang untuk menghasilkan madu lebah sendiri di samping membantu mendebungakan pokok di sekitar kota metropolitan tersebut.
"Lebah ini terbang ke arah taman awam Central Park di sini," kata kakitangan Waldorf yang ditugaskan menjaga ternakan lebah tersebut, Andrew Cote.
"Serangga ini membawa pulang nektar, air dan debunga ke sarang di tingkat atas bangunan ini," tambahnya.
Menurut Cote, inisiatif tersebut dapat membantu rancangan pihak dewan bandar raya di sini untuk menanam 1 juta pokok menjelang 2022.
Bilangan lebah yang diternak di atas bumbung hotel 20 tingkat itu dijangka bertambah hingga 300,000 ekor pada musim panas tahun ini. - Agensi
sumber : KOSMO ONLINE

Bayi dicampak dari tingkat 9

Posted: 06 Jun 2012 07:45 PM PDT


SHARJAH: Seorang bayi lelaki yang terselamat selepas dibuang menerusi saluran sampah dari tingkat sembilan sebuah rumah pangsa di kawasan Al-Taawun mungkin diserahkan kepada kedutaan Filipina di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Bayi itu kini di bawah penjagaan pusat khidmat sosial di Sharjah selepas dirawat selama 40 hari di Hospital Al-Qasimi.

Satu sumber di pusat berkenaan berkata, kes bayi itu berbeza dengan yang lain kerana ibunya diketahui. Kerana itu, ia tidak boleh dikendalikan seperti bayi lain yang ibu bapanya tidak dikenali.


"Kami sudah menerima bayi itu sebelum ini dan kami akan menjaganya sehingga mahkamah memutuskan sama ada akan menyerahkan kepada ibunya.

"Jika tidak, bayi itu akan diserahkan kepada kedutaan Filipina di UAE," kata sumber itu. Pengarah Hospital Al-Qasimi, Dr Arif Al Noryani memberitahu Gulf News sebelum ini, bayi berkenan berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi setelah ditemui dalam tong sampah pada hujung April lalu.


Menurutnya, bayi itu mengalami keretakan pada tengkorak dan pendarahan dalaman. Si ibu yang dipercayai cuba membunuh bayinya itu kini ditahan oleh pihak berkuasa. - GN



sumber : myMetro

Ratu cantik jadi ibu ayam

Posted: 06 Jun 2012 07:30 PM PDT


HANOI: Polis Vietnam berjaya menumpaskan rangkaian sindiket seks kelas atasan dan menahan empat orang, termasuk bekas ratu cantik kerana menawarkan model, penyanyi dan aktres kepada pelanggan kaya, lapor media kerajaan, semalam.
Polis mematahkan rangkaian sindiket itu selepas menyerbu sebuah hotel di selatan bandar raya Ho Chi Minh hujung minggu lalu dan menahan dua wanita yang mengakui bekerja untuk rangkaian sindiket itu bersama dua pelanggan, lapor akhbar Thanh Nien. Wanita terbabit memberitahu polis mereka bekerja untuk ratu cantik Vo Thi My Xuan, 29, dan mampu memperoleh hingga AS$4,000 (RM12,707) untuk setiap perkhidmatan, lapor kenyataan itu sambil menambah rangkaian sindiket itu membabitkan 20 model, penyanyi, aktres dan pelajar.

Vo Thi My yang memenangi pertandingan ratu cantik di selatan delta Mekong pada 2009 dipercayai menjadi seorang daripada dalang utama di sebalik rangkaian sindiket seks itu. Sesetengah wanita itu dibayar hingga AS$8000 (RM25,414) sehari untuk dihantar ke luar negara bagi melayan pelanggan kaya. Vo Thi My dan tiga lagi suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut, manakala wanita yang ditahan di hotel itu sudah dibebaskan. - AFP



SUMBER : MYMETRO

Bunuh, makan daging 3 wanita untuk suci jiwa

Posted: 06 Jun 2012 07:15 PM PDT


BRASILIA: Tiga warga Brazil didakwa membunuh tiga wanita dan memakan daging mereka sebagai sebahagian upacara pemujaan yang bertujuan mensucikan jiwa mereka dan mengawal pertumbuhan populasi, kata polis.
Pihak berkuasa semalam mengenakan tuduhan itu ke atas tiga suspek berkenaan - pasangan suami isteri dan seorang wanita, menuduh mereka membunuh tiga mangsa terbabit yang berusia antara 17 dan 31 tahun antara 2008 dan tahun ini di timur laut Pernambuco. "Tertuduh mengakui memakan daging mangsa mereka," kata jurucakap polis, Paulo Berenguer kepada wartawan sambil menambah polis masih menyiasat sama ada mereka terbabit dengan kematian empat orang lagi.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek masing-masing berdepan hukuman maksimum 30 tahun penjara. - AFP



SUMBER : MYmetro

Lelaki penggal, cincang isteri

Posted: 06 Jun 2012 07:00 PM PDT


BERLIN: Seorang lelaki mengaku memenggal isterinya sebelum mencampakkan kepala mangsa dari bumbung apartmen mereka ketika keenam-enam anaknya berada di rumah.
Orhan Sircasi ditahan kerana membunuh isterinya, dan memotong mayat mangsa dengan pisau. 
Lelaki berusia 32 tahun itu cuba mengelak daripada ditangkap dengan menyerang anggota polis dengan pisau berkenaan.

Dia akhirnya berjaya ditangkap di balkoni kompleks apartmennya tetapi hanya selepas dia mencampakkan kepala isterinya dari bumbung apartmen itu.



Polis diberitahu mengenai kejadian berkenaan sejurus selepas jam 1 pagi setelah saksi membuat laporan mengenai pertengkaran sepasang suami isteri dari balkoni masing-masing dan melihat bagaimana Orhan menikam dada mangsa sebelum memenggalnya.


Ekoran penangkapannya, Orhan dikatakan memberitahu pegawai, dia tidak kesal dengan perbuatannya.

Dia dijadual dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Polis mengesahkan, enam anak pasangan itu, empat lelaki dan dua perempuan yang berusia antara satu hingga 13 tahun, berada di rumah tetapi tidak menyaksikan pembunuhan itu.

Bagaimanapun seorang jiran berkata sebaliknya.

"Mereka dalam ketakutan. Si bapa membiarkan mereka melihat ketika dia memotong mayat ibu mereka," kata jiran itu.

Kanak-kanak itu kini diberi rawatan psikologi dan akan diletakkan di bawah penjagaan pihak berkuasa.

Jiran membuat laporan kepada polis pada awal pagi selepas terdengar jeritan dari kediaman pasangan itu.

Bagaimanapun, punca pergaduhan tidak diketahui.

Seorang jiran memberitahu akhbar Bild: "Saya terdengar jeritan dari rumah atas dan kakak saya berkata, ada sesuatu yang terjadi. Kami mendekati tingkap dan mendengar bagaimana lelaki itu menjerit dan memukul isterinya.

"Akhirnya, saya melihat dia memegang kepala wanita itu. Saya mendengar dia campakkan kepala itu ke bawah."

Seorang jiran lain berkata: "Saya melihat kepala itu dan saya fikir tidak ada apa-apa. Ia mungkin patung atau sesuatu yang lain.

"Tetapi apabila polis menyuluhnya saya berkata: 'Oh Tuhan. Itu jiran kami."
Menurut laporan media, Orhan sering bertindak ganas terhadap isterinya, memukul dan menendangnya jika dia berang, lebih-lebih lagi selepas minum arak.

Orhan dipercayai mempunyai rekod polis kerana beberapa kesalahan, termasuk kerana cuai, kesalahan trafik dan dadah. - DM



sumber : myMetro

‘Toyol’ curi masa kuliah

Posted: 06 Jun 2012 06:45 PM PDT


KANGAR: Sekumpulan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT), di sini, layak digelar 'Geng Toyol' apabila bukan saja aktif mencuri komputer riba milik rakan mereka, malah komputer milik IPT berkenaan juga dilarikan kumpulan terbabit untuk mencari wang mudah.
Dalam dua kejadian berasingan di Ulu Pauh, di sini, kelmarin dan Isnin lalu, kumpulan lelaki terbabit dipercayai pelajar melarikan lebih empat komputer riba milik pelajar lain dengan memecah masuk bilik mangsa. 
Difahamkan, sebelum kejadian terbabit, bilik inkubator IPT berkenaan juga dipecah masuk dipercayai kumpulan pelajar sama sebelum melarikan komputer peribadi serta mesin pencetak.

Sumber berkata, dua kejadian yang berlaku dua hari berturut-turut itu mengakibatkan kerugian RM10,000 dipercayai dilakukan suspek sama berdasarkan modus operandi digunakan.



"Suspek dipercayai melakukan aktiviti jenayah ketika penghuni bilik mengikuti kuliah di bangunan lain.



sumber : myMetro

Perut berlubang

Posted: 06 Jun 2012 06:30 PM PDT


KOTA BHARU: Akibat membrek mengejut bagi mengelak seekor ular yang melintas jalan, seorang budak lelaki berusia 11 tahun cedera parah apabila perutnya berlubang sebesar 2.54 sentimeter tertikam hendal basikal ditunggangnya akibat terjatuh di Kampung Keranji, Pasir Tumboh di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, Mohammad Shahrul Nizam Shahrul dalam perjalanan ke padang di kampungnya bermain bola sepak bersama rakannya dikenali sebagai Udin dan mereka menunggang basikal berasingan. 
Ketika dalam perjalanan, Mohammad Shahrul yang menunggang basikal jenis Fixie terserempak dengan seekor ular yang melintas jalan lalu membrek mengejut dan terjatuh menyebabkan perutnya tertikam bucu hendal.

Murid Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan itu menarik keluar hendal berkenaan dan dengan bantuan 'Udin' serta penduduk, dia dibawa ke rumah sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).



Menurut Mohammad Shahrul Nizam, dia hanya mampu memegang perutnya yang berlumuran darah sambil menahan sakit terbaring di depan rumah menunggu ayah pulang untuk membawa saya ke hospital.



sumber : myMetro

5 peluru tembus badan

Posted: 06 Jun 2012 06:15 PM PDT


JOHOR BAHRU: "Saya hanya ingat mati apabila dua penjenayah bertopeng melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah saya, lima daripadanya terkena badan dan leher."
Demikian kata pengawal keselamatan, Paul Raja Manikam, 50, ketika menceritakan kejadian dia ditembak ketika mengiringi seorang pengurus pusat pengurup wang di pusat beli-belah di Jalan Datuk Suleiman di sini, jam 8 malam kelmarin.
Dalam kejadian itu, Raja Manikam yang membawa 'pumpgun' mengiringi pengurus berusia 30-an, keluar dari kedai untuk menghantar wang ke sebuah kenderaan yang menunggu di luar.

Tiba-tiba sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berhenti dan dua lelaki bertopeng keluar lalu melepaskan tembakan menggunakan pistol dari jarak kira-kira 10 meter ke arahnya.



Raja Manikam cedera parah apabila lima das tembakan mengenai badannya iaitu leher kiri, lengan kiri, pinggang kiri, perut dan punggung kanan.



sumber : myMetro

Dilenyek lori pasir

Posted: 06 Jun 2012 06:00 PM PDT


SANDAKAN: Rasa curiga pengguna jalan raya terhadap sebuah lori pasir yang terbiar di bahu jalan dalam keadaan terjungkit membawa kepada penemuan mengejutkan apabila menemui mayat seorang lelaki terperosok di bawah satu daripada tayar belakang jentera berat itu.
Kejadian berlaku di Jalan Labuk Lama, Batu 8, di sini dan ketika mayat penunggang motosikal yang masih memakai topi keledar itu ditemui jam 5.30 petang kelmarin, pemandu lori terbabit sudah menghilangkan diri.
Mangsa dikenali sebagai Suhar Sirini, 23, mati di tempat kejadian akibat parah apabila keseluruhan tubuhnya dilenyek lori terbabit.

Kemalangan ngeri itu berlaku ketika lori terbabit mahu membelok ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) yang terletak berhampiran tempat kejadian lalu terlanggar mangsa yang menunggang motosikal di sebelah kiri kenderaan itu.



Ketua Zon Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Alias Abu berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mayat seorang penunggang motosikal berada di bawah lori yang tiada pemandu.



sumber : myMetro

Kaki putus digilis komuter

Posted: 06 Jun 2012 05:45 PM PDT


KLANG: Seorang wanita maut dalam keadaan ngeri apabila kedua-dua kakinya putus manakala kepalanya pecah selepas digilis komuter ketika mahu melintas landasan kereta api di Kilometer 27 menghala Klang, antara Stesen Komuter Padang Jawa dan Stesen Komuter Bukit Badak, di sini, petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika kejadian jam 5.15 petang itu, mangsa yang berusia 75 tahun berseorangan dan dipercayai mahu pulang ke rumahnya yang terletak di seberang landasan.

Menurutnya, mangsa mungkin tidak menyedari kehadiran komuter itu walaupun pemandu komuter berkenaan sudah membunyikan hon beberapa kali.


Katanya, berdasarkan maklumat awal, mangsa mengalami masalah pendengaran hingga menyebabkan dia tidak mendengar bunyi hon komuter berkenaan.

"Mangsa yang tinggal di flat Rimba Jaya terletak berdekatan landasan, mati di tempat kejadian kerana parah di kepala dan beberapa bahagian lain," katanya.



sumber : myMetro

Kenyang makan KFC,kakak ni tak sedar coli dah terbukak

Posted: 06 Jun 2012 05:30 PM PDT

Inilah lelaki yang digelar 50/50/50

Posted: 06 Jun 2012 05:15 PM PDT



Pada tahun 2006, seorang warga Los Angeles bernama Dean Karnazes mendapat jolokan 50/50/50 setelah mengikuti 50 lomba lari marathon di 50 negara bagian selama 50 hari berturut-turut.

Karnazes memulakannya di pertandingan Lewis and Clark Marathon di St Louis pada 17 September, dan menyelesaikannya dalam New York City Marathon pada 5 November.


Karnazes juga pernah berlari sejauh 217 km tanpa istirehat, menyusuri Lembah Kematian di Gurun Majove pada temperatur 120°F. Selain itu, ia pernah melakukannya di Kutub Selatan pada suhu −40°F.




Sebagai lelaki sanggupkah anda diperlakukan sebegini?

Posted: 06 Jun 2012 05:00 PM PDT

Laptop meletup ketika bersidang

Posted: 06 Jun 2012 04:45 PM PDT




Bakal Jutawan Kerana Alas Selimut

Posted: 06 Jun 2012 04:30 PM PDT



Joyce Bert 43tahun bakal menjadi jutawan selepas di mencipta alas selimut pasang segera yang boleh dibuka dari tiga penjuru dengan menggunakan tiga butang.Dia hanya menggunakan modal RM72 untuk membuat alas itu.Rekaan ini membolehkan alas selimut dipasang dalam tiga minit.




Bert mendapatkan patern untuk ciptaannya seterusnya membuka syarikat sendiri untuk memasarkannya.Pada mulanya hanya beberapa ratus alas selimut berjaya di jual melalui online tetapi nasibnya berubah selepas peruncit-peruncit barangan mewah bersetuju menjadi pengedar.


Dia hidup susah dan terpaksa menyara seorang anak lelakinya sebelum memperolehi idea tersebut.(link)



Keluarga di Pakistan hanya pandai merangkak

Posted: 06 Jun 2012 04:15 PM PDT

Ada satu keluarga di Pakistan yang tidak pandai berjalan
seperti manusia yang normal.
Mereka hanya pandai jalan merangkak kerana sejak dari
kecil lagi ahli keluarga ini tidak diajar berjalan secara
normal...











Reporter cantik minta pemain bola tanda tangan di bontotnya

Posted: 06 Jun 2012 04:00 PM PDT



Reporter benar-benar mencari sensasi, habis mewawancara pemain bola sepak ini, dia minta tanda tangannya. Minta tanda tangan tu biasa, tapi yang buat ia jadi luar biasa, tanda tangannya bukan di foto atau buku, tapi di bontot reporter seksi ini. Ini videonya ..



Kesian nenek ni tak ada orang nak tolong..

Posted: 06 Jun 2012 11:00 AM PDT

Kesian nenek ni tak ada  orang nak tolong
walaupun jatuh tergolek ditepi jalan...





nasib baik ada juga orang yang bersimpati...

[Ajaib] 13 tembak masih hidup

Posted: 06 Jun 2012 10:30 AM PDT

Kucing bernama smokey yang berasal dari Australia ini telah ditembak sebanyak 13 kali di kepalanya dan dijumpai oleh seorang polis.Yang menghairankan dia masih hidup....Saksikan gambarnya sebelum dan selepas di tembak....




Gambar Smokey sebelum di tembak....

Ketika dijumpai...kenapa butang tu ada di matanya?

Selepas sembuh...


Pelik...Selama 17 Tahun, Jutawan Ini Jadi Pengemis

Posted: 06 Jun 2012 10:15 AM PDT


Tiga tahun lagi, usianya genap 100 tahun. Dengan tubuh renta, dan mata yang tak lagi awas melihat, setiap hari lelaki itu berjalan pincang, membawa keranjang sorong, menghampiri kereta-kereta yang berhenti ketika lampu lalu lintas berwarna merah.

Kepada para pemandu dia meminta wang dan menawarkan suratkhabar gratis sebagai balasannya. Orang yang tak tahu pastilah menganggapnya sekadar pengemis. Namun siapa sangka datuk renta itu pernah dikenal sebagai 'orang terkemuka di dunia'.

Dia adalah Irwin Corey, komedian, aktor, juga aktivis politik sayap kiri. Setiap hari, tujuh hari dalam seminggu, ia menyusuri Jalan East 35th, Manhattan. Sudah 17 tahun ia melakukan kegiatan itu.

Tentu saja, Corey -- yang sekian lama malang melintang berkarier di Broadway, televisyen, teater, dan kelab komedi -- tak memerlukan wang, apalagi wang pemberian yang ia kumpulkan.


Bahkan, ia sama sekali bukan orang yang tiada rumah-- seperti penampilannya yang tak terurus dan kotor. Dia punya apartment di kawasan elit New York yang nilainya diperkirakan US$3,5 juta.

Lalu apa alasannya menyamar jadi pengemis di jalanan?

Jawab Corey: untuk membunuh rasa kesepian akibat ditinggal isteri yang mendampinginya selama 70 tahun, Fran. Juga untuk menolong sesama.

Lelaki 97 tahun itu juga tak pernah menyimpan wang yang ia kumpulkan -- yang sehari boleh mencapai US$250 . Wang itu dia sumbangkan untuk bantuan mediK pada anak-anak di Cuba. Ia bahkan pernah mengunjungi Cuba membawa bantuan. Fotonya bersama dengan Fidel Castro ia gantung di dinding apartmentya yang mewah.

Corey mengaku, belum sepenuhnya meninggalkan kariernya di dunia hiburan yang ia jalani selama lapan dekad. Ia masih buat penampilan -- minggu lalu ia tampil sebuah kelab di Chicago.


Di dunia hiburan, Corey mendapat julukan 'Profesor' sejak 1940-an dengan penampilannya yang khas: jaket berekor, tali leher,kasut tinggi, dan rambut berdiri mirip orang-orangan sawah.

Ia bersikap sopan pada orang-orang yang memberinya duit di jalanan. Juga menyapa dengan sapaan lucu, "see you later, alligator".

Dalam wawancara dengan New York Times, ia tak menjelaskan secara terperinci posisi kewangannya. Namun, agen yang menanganinya lebih dari 50 tahun, Irvin Arthur (85) mengatakan, Corey tak perlu wang, sampai-sampai harus mengemis di jalanan. "Ini bukan soal wang, untuk Irwin, jalanan adalah panggung pertunjukkannya."