Adsense

Jumaat, 29 Jun 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Usah ganggu mereka

Posted: 28 Jun 2012 03:34 PM PDT

Hip

AHLI perniagaan, Zaleha Mohd Khalid, 47, yang sebelum ini mengaku teman rapat Jalani Sidek, 49, tidak mahu dirinya dikaitkan dengan perceraian jaguh badminton negara itu dengan bekas isterinya, Raja Azmi Raja Sulaiman, 53.

"Kenapa pula soalan itu (apakah dia orang ketiga yang dikatakan punca perceraian) harus dituju kepada saya, sedangkan saya tidak bersangkut paut dalam hal perceraian mereka? Sebelum ini pun, sudah mereka (Jalani dan Raja Azmi) sahkan perceraiannya bukan kerana orang ketiga.

"Memang saya akui sebelum ini hubungan saya sekeluarga bersama keluarga mereka sangat baik seperti sebuah keluarga, namun isu perceraian ini jangan dikaitkan dengan saya," katanya kepada HIP. Nama Zaleha dan persahabatannya dengan Jalani mula diperkatakan sejak akhir tahun lalu berikutan tersiarnya laporan dalam akhbar Berita Minggu bertarikh 4 Disember yang mendedahkan hubungan mereka. Namun, Zaleha menafikan laporan itu, sebaliknya menyifatkan hubungan bersama Jalani sekadar teman rapat dan majikan.

Dia juga menafikan mengeluarkan perkataan 'cinta' berkaitan hubungannya dengan Jalani seperti yang didedahkan dalam artikel berkenaan.

Kelmarin, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Taman Keramat, Kuala Lumpur, Jalani dalam nada sebak menjatuhkan talak satu ke atas Raja Azmi yang dinikahinya 28 tahun lalu di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.

Selepas prosiding itu, Jalani dilaporkan menafikan perceraiannya berpunca orang ketiga, sebaliknya dibuat atas persetujuan bersama serta bukan atas paksaan manamana pihak.
Zaleha yang ditemui selepas menyerahkan sumbangan peribadi bernilai RM10,000 kepada Tabung Kemanusiaan Kemboja di Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Kuala Lumpur, semalam, tenang mengulas isu itu.

"Isu ini bukan seperti penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM), yang boleh menentukan siapa yang menang atau kalah. Soal jodoh, pertemuan, ajal dan maut adalah ketentuan Allah dan kita tidak dapat lari daripadanya," katanya.

Zaleha berkata, dia menghormati keputusan Jalani.

"Siapa yang mahu melihat keruntuhan rumah tangga sendiri yang sudah dibina berpuluh tahun, begitu juga dengan saya.

Saya harap mereka buanglah yang keruh dan ambillah biarpun sedikit kebaikan untuk hari tua kita," katanya.

Zaleha berkata, dia juga tidak tahu menahu mengenai fitnah yang didakwa Raja Azmi hingga menyebabkan Jalani dituduh dayus dan hubungan pasangan itu menjadi dingin sejak beberapa tahun lalu.

"Saya jelaskan bahawa perkenalan kami baru setahun lebih dan isu fitnah sudah berlaku sebelum itu lagi. Saya juga tidak Memey hamil, teruja jadi ibu tahu cerita sebenar dan tidak pernah mengambil tahu, kebetulan ketika isu itu saya berada di luar negara," katanya.

Zaleha berkata, dia mendoakan segala yang terbaik untuk Jalani dan Raja Azmi termasuk anakanak mereka yang sudah dianggap seperti anak sendiri.

"Jangan kita ganggu lagi hidup mereka, berilah ruang dan masa untuk mereka menempuh kehidupan baru yang lebih bahagia.

"Saya faham banyak hati yang harus kita jaga dan jangan sesekali kita mengaibkan orang lain jika kita tidak mahu diaibkan oleh pihak lain," katanya.