Adsense

Selasa, 22 Mei 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Astro Oasis Anjur Majlis Tahlil & Qiamullail

Posted: 22 May 2012 07:43 PM PDT

ASTRO OASIS ANJUR MAJLIS TAHLIL & QIAMULLAIL

Sempena memperingati pemergian insan-insan seni yang telah kembali ke Rahmatullah

Sempena memperingati pemergian insan-insan seni yang telah kembali ke Rahmatullah, pihak Astro Oasis dengan berbesar hati bakal menganjurkan sebuah majlis tahlil dan disusuli dengan majlis qiamullail yang mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk turut serta pada hari Jumaat, 25 Mei 2012 jam 7.00 malam bertempat di Masjid As-Syakirin, KLCC.

Majlis Tahlil dan Qiamulail ini akan dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah yang diimankan oleh Imam Masjid Asy-Syakirin dan disusuli dengan majlis tahlil dan bacaan surah yassin. Selepas sudah solat Isyak secara jemaah, sebuah sesi tazkirah oleh Imam Muda Arrazi akan diadakan. Kemuncak program ini adalah sekitar jam tiga pagi untuk jemaah bangun dan melaksanakan solat tahajud yang dipimpin oleh Imam Muda Aran dan Imam Muda Hassan. Program ini akan berakhir selepas solat subuh.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis; Hj Izelan Basar berkata, "Astro sentiasa gigih dalam menyusun pelbagai program khusus untuk mendekati masyarakat termasuklah yang berbentuk kerohanian. Melihat kepada sambutan yang diterima terhadap beberapa siri majlis qiamullail yang dianjurkan sebelum ini, kami dapat melihat kesungguhan masyarakat untuk turut serta dalam aktiviti keagamaan dan kerohaniaan seumpama ini. Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, kami berharap penyertaan orang ramai akan bertambah pada kali ini.

Selain itu, penekanan masjid sebagai tempat iktikaf turut menjadi objektif penganjuran majlis ini. Usaha positif ini diharapkan mampu memupuk semangat mencintai masjid dikalangan masyarakat terutama golongan muda.

Di samping memperingati pemergian insan-insan seni yang telah kembali ke Rahmatullah sebelum ini, kami juga berharap agar usaha murni yang dianjurkan ini mampu memberikan kesedaran kepada anggota masyarakat tentang iktikaf di masjid dan qiamluallail yang boleh diteruskan secara individu dan istiqamah selepas ini," jelas Hj Izelan lagi.

Kesemua kaum muslimim dan muslimat dijemput untuk hadir beramai-ramai ke Majlis Tahlil & Qiamullail pada 25 Mei ini (Jumaat), jam 7.00 malam di Masjid As-Syakirin, KLCC. Jumpa anda di sana!

Agenda Majlis Tahlil dan Qiamullail adalah seperti berikut;

Jumaat, 25 Mei 2012
7.00 malam Azan Maghrib oleh Imam Muda Naim
Solat Maghrib diimamkan oleh Imam Masjid As-Syakirin
Tahlil dan Bacaan Yassin

8.30 malam Azan Isyak oleh Imam Muda Jabar
Solat Isyak diimamkan oleh Imam Masjid As-Syakirin
Tazkirah Isyak oleh Imam Muda Arrazi

Sabtu, 26 Mei 2012
3.00 pagi Qiamullail pimpinan Imam Muda Aran dan Imam Muda Hassan
5.30 pagi Azan Subuh
Imam Solat Subuh Imam Masjid As-Syakirin
6.00 pagi Selesai

astro

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Jemputan Astro Oasis ke Program Qiamullail Perdana Imam Muda
  • Astro Oasis Umum Senarai Peserta Imam Muda Musim 3
  • Ustazah Pilihan Astro Oasis
  • Sertai Segunung Harapan Program Realiti Terbaru Astro Oasis
  • Cafe Akhil Hayy Astro Oasis Dihentikan
  • Majlis Tahlil Ulangtahun Pemergian Allahyarham Sudirman ke-17
  • Sidang Media Program TV Rasa Halal Orient di Hotel Prince
  • Promo: Ujibakat Pengacara, Hos, Talent Astro Oasis @ Astro
  • Gambar Selebriti di Pra Tonton Program Astro di Bulan Ramadan
  • Majlis Pra-Tonton Program Ramadan Astro
  • Drama Inang Di Bumi Kerbau Arahan Pelakon Zulhuzaimi

    Posted: 22 May 2012 07:40 PM PDT

    Drama Inang Di Bumi Kerbau Arahan Pelakon Zulhuzaimi Temui Penonton TV1

    Keberkesanan pelakon Zulhuzaimi membawakan watak dalam drama dan filem memang tidak dapat dinafikan. Namun percubaannya mengarahkan drama sememangnya wajar disokong semua peminat industri seni tanah air.

    Menampilkan pelakon terkenal Maria Farida, Nasha Aziz, Eman Manan dan Dato Tarmimi Saregar, drama arahan dan lakonan Zulhuzaimi bertajuk Inang di Bumi Kerbau bakal menemui penonton TVI mengisi slot Panggung Seri pada 26 Mei ini, jam 9.00 malam.

    Nasha Aziz

    Nasha Aziz

    Ia berlatarkan sebuah kampung di Bahau, Negeri Sembilan berkongsi kisah dilema seorang duda, Tapik yang sudah menceraikan isterinya berasa tidak senang bilamana melihat seorang pemuda bernama Buyung begitu mesra melayan Inang, bekas isterinya.

    Inang mengambil keputusan untuk tinggal bersama Uteh, kakak kepada Buyung. Namun sebelum itu, Tapik menjalinkan hubungan dengan Uteh tanpa disedari oleh Inang dan Buyung. Uteh berasa tidak puas hati dengan sikap Tapik untuk merujuk semula pada Inang. Uteh tanpa berfikir panjang mengambil keputusan untuk meracun Inang.

    Namun segalanya menjadi tragedi yang tak disangka-sangka bilamana cubaan Uteh meracun Inang terkena pula pada Buyung yang teracun oleh Uteh setelah memakan masakan beracun yang disediakan oleh Uteh untuk Inang.

    Konflik berada di kemuncak apabila Uteh bertindak hilang kawalan menembak Tapik dengan senapang patah milik Tapik. Racun di pembuluh darah Buyung semakin menjalar laju dan akhirnya merebahkan Buyung tanpa nyawa di sisi Inang.

    Dua nyawa terkorban, Uteh mengalami sakit jiwa dan Inang pula mengambil keputusan untuk menjaga Uteh. Adakah pengorbanan Inang menjaga Uteh berbaloi atau sebaliknya? Saksikan kesudahan drama menarik sarat dengan konflik kekeluargaan dan kasih sayang ini hanya di TV1.

    Zul Huzaimi ... pelakon utama Pelangi Hitam

    Zulhuzaimi

    Tags: , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Felix Jadi Pengembala Kerbau dalam drama TV1
  • Filem Anak Halal Lakonan Fasha Sandha & Maya Karin 13 Disember ini!
  • Eksplorasi Mak Yong Puteri Jerijit Emas
  • MAKYUNG RAJA BESAR SENYANYA DI ISTANA BUDAYA
  • Filem Anak Halal di Pawagam 13 Disember 2007
  • Platun Harimau Perangi Komunis Di TV2
  • Trauma Zulhuzaimi dalam Telemovie Pelangi Hitam
  • Zizan Nin Pelakon Puaka Kain Kapan Drama Keliwon TV3
  • Teaser Drama Merah Puteh
  • Sinopsis Drama Hartamas Lakonan Faezah Elai