Adsense

Selasa, 22 Mei 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Zuan Melodi Kesal Dikaitkan Dengan Kes Putus Cinta Melia Aimelia

Posted: 22 May 2012 10:48 PM PDT

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba timbul cerita Melia Aimelia putus cinta dengan Zuan Melodi.

Berita yang dikeluarkan oleh sebuah portal online ini semalam terpaksa ditarik balik kerana menurut mesej yang dihantar oleh Melia kepada OHBULAN!, kemungkinan wartawan yang menulis laporan ini tersalah dengar sewaktu sesi temubual bersamanya. Lelaki yang dimaksudkan oleh Melia ialah Ridzhuan dan bukannya Zuan Melodi.

Zuan Melodi ketika dihubungi turut menyuarakan rasa kesal terhadap dakwaan yang dilemparkan padanya.

"Memang bikin panas apabila diri saya didakwa putus cinta 2 bulan dengan Melia sebab mana mungkin saya bercinta dengannya. Saya profesional dalam hubungan saya dengan mana-mana artis di Malaysia," tegas Zuan ketika dihubungi.

Zuan turut terkilan apabila dakwaan yang dilemparkan padanya menyebabkan dia dituduh mengambil kesempatan terhadap pekerjaannya.

"Macam-macam orang bertanya pada saya dan ada yang terus melemparkan tuduhan yang kurang enak seperti mengambil kesempatan dan playboy. Saya tidak tahu apa motif sebenar sehingga nama saya dikaitkan, mungkin sebab mahu publisiti murahan atau ianya kesilapan teknikal," ujar Zuan lagi.

Kontroversi yang melanda Melia Aimelia sebelum ini turut memberikan impak negatif pada Zuan.

"Kontroversi yang menimpa pelakon itu sebelum ini telah sedikit sebanyak menconteng arang ke muka saya & kredibiliti sebagai seorang wartawan apabila isu ini dikaitkan, keluarga dan teman-teman rapat saya juga hairan dan pelik kenapa nama saya dikaitkan?

"Untuk menjadi media yang baik, haruslah dikaji dan peluang menjawap harus diberikan kepada pihak yang didakwa, seperti mana saya lakukan di program Melodi. Saya hanya wartawan hiburan dan saya bukanlah artis," ujar wartawan Melodi ini.

OHBULAN! sendiri hairan bagaimana wartawan yang menemubual Melia Aimelia itu boleh tersalah dengar? Atau memang Melia sengaja menggunakan nama Zuan namun apabila artikel ditarik balik atas aduan Zuan, Melia kemudian menukar kenyataannya dan memberitahu bahawa lelaki tersebut adalah Ridzhuan.

Ouh, itu hanya andaian kami, jangan 'butthurt' ya.

Hijabster : Turban Yuna

Posted: 22 May 2012 10:12 PM PDT

Gaya tudung semakin banyak ada digayakan diluar sana. Terbaru artis terkenal Malaysia yang simbolik dengan fesyen tudungnya telah menghasilkan video cara pemakaian tudung gaya beliau sendiri. Yuna Zarai artis yang tidak asing lagi yang dimaksudkan. Selendang hasil produk beliau sendiri mampu membuatkan fesyen turban ini semakin digemari ramai.

Bagi yang ingin dapatkan selendang ini boleh lah berkunjung ke Butik IAMJETFUEL SHOP beliau sendiri di ss15 subang jaya.

Diharap video ini dapat membantu para gadis diluar sana bergaya sama persis Yuna. ENJOY..