Adsense

Selasa, 8 Mei 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


David Teo Mohon Maaf Secara Terbuka

Posted: 08 May 2012 09:10 PM PDT

Pada hari Rabu yang berbahagia ini, Mejar David Teo dengan rela hatinya telah membuat permohonan maaf secara terbuka daripada keluarga Allahyarham Bob Kuman dan semua peminat atas ketelanjuran kata-katanya dalam program Melodi yang dikatakan telah menimbulkan isu kontroversi baru-baru ini.

Jom kita baca permohonan maaf secara terbuka dari beliau yang dihantar kepada Budiey pada pagi tadi.

Salam sejahtera,

Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai arwah Bob Kuman (Husni Bin Mohd. Rawi). Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia. Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau namun kita sebagai manusia harus redha dengan segala ketentuan tuhan. Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam produksi saya dan beliau sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormati beliau sebagai sahabat dan rakan kerja.

Di kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka. Bukanlah niat saya untuk mencetuskan sebarang isu atau kontroversi.

Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012 saya ada menyebut tentang sumbangan yang telah saya beri di Hospital Tawakal pada tahun 2010 semasa beliau sakit. Dalam kenyataan itu, saya ada menyebut "jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah". Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini dikeluarkan semasa Arwah masih hidup, BUKANNYA setelah beliau meninggal. Penggunaan perkataan "sedekah" yang saya maksudkan adalah "derma atau sumbangan".

Apa yang saya faham, "sedekah" bukanlah sesuatu yang hina. Selalu kita dengar "senyum adalah satu sedekah" dan "sedekahkan al-Fatihah" jika ada orang meninggal dunia. Saya anggap perkataan ini sesuatu yang suci tetapi mungkin saya tersalah tafsir.

Saya sedar kata-kata saya ini telah menyinggung perasaan keluarga dan sebilangan masyarakat terutamanya peminat dan penyokong Arwah Bob Kuman. Percayalah, demi Tuhan saya langsung tidak terlintas niat di hati untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sedangkan beliau telah saya anggap sebagai sahabat baik saya.

Saya sekali lagi memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas kertelanjuran saya. Saya bukanlah insan sempurna yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Pengalaman ini akan saya jadikan pedoman untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih berhati-hati.

Kepada semua rakan-rakan artis dan peminat, sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham di-sana. Diharapkan permohonan maaf ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang ikhlas juga.

Ikhlas,
David Teo

Mejar David Teo

Budiey: Dunia ini hanya sementara dan pinjam-pinjaman. Jadi, elok kita berdamai dan berbuat baik kepada semua insan.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pemilik Twitter Kami Anti Minta Maaf Kepada Shila Amzah
  • Ucapan Selamat Hari Raya
  • Iklan Promo Hari Raya 2010 TV3
  • Siaran Langsung 3D Pertandingan Golf Terbuka Sony
  • David Beckham Expresses Disappointment
  • Gambar Adira Peluk Anjing
  • Photo David Archuleta di Malaysia
  • Concert David Archuleta Live In Malaysia Ticket Launch Event
  • Peluk Spontan di ABP Nabil Mohon Maaf
  • Jemputan Pembaca Sensasi Selebriti ke Rumah Terbuka Aizat AF5
  • Siapa Di Rumah Bersama Chef Ismail

    Posted: 08 May 2012 09:01 PM PDT

    Kepada pembaca sekalian, jangan lupa bersama Chef Ismail untuk tinjau-tinjau kediaman indah, gaya hidup dan aktiviti dapur selebriti ternama tanahair dalam program tv terbaru – SIAPA DI RUMAH.

    Selebriti merupakan individu terkenal dan yang menjadi tumpuan ramai. Tidak terhad kepada mereka yang terlibat dalam bidang hiburan seperti bintang filem, pelakon dan penyanyi, chef dan pakar motivasi juga kini semakin dikenali ramai.

    Mungkin kerana itu, Astro memperkenalkan sebuah program terbaru yang akan meninjau kediaman, pilihan dekorasi, gaya hidup dan aktiviti di dapur para selebriti ini pada setiap hari Ahad, jam 7.30 malam bermula 20 Mei 2012 menerusi Astro RIA (saluran 104).

    Siapa di rumah merupakan sebuah rancangan 30 minit yang akan menampilkan Chef Ismail, sebagai pengacara. Sepanjang tujuh episod, beliau akan bertandang ke kediaman selebriti tanah air dan berkongsi ilham dan kreativiti dekorasi kediaman mereka.

    Di samping itu, rancangan ini juga akan turut memaparkan realiti gaya hidup para selebriti tersebut. Siapa Di Rumah akan turut memaparkan segmen masakan serta hidangan istimewa yang disediakan secara eksklusif oleh selebriti jemputan bersama Chef Ismail

    Budiey akan turut bersama media yang lain hadir di Majlis Pelancaran Program TV Siapa Di Rumah yang akan diadakan di Bangsar pada jam 3 petang ini.

    siapa di rumah

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Buatan Orang dan Chef Mana Yang Sihir Chef Wan?
  • Selebriti Jayakan Dapur Remaja
  • Gambar Azrel Ismail Menggayakan Pakaian Lords Tailor di ABPBH
  • Top Chef S6
  • Top Chef Masters
  • Gambar Selebriti di ABP 2009: Part 2
  • Ismail Haron Meninggal Dunia
  • Hot Chef Musim Ke-2 di 8TV
  • Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Penyiaran
  • RTM Kongsi Resipi Biskut Raya Chef Terkenal