Adsense

Sabtu, 5 Mei 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Drama Bersiri Cinta Berkalung Duri

Posted: 05 May 2012 08:40 PM PDT

26 Episod Konflik Cinta 3 Segi Dalam Cinta Berkalung Duri di TV2

Konflik berlaku apabila si ayah dan si anak meminati wanita sama dalam diam. Si anak jatuh cinta pandang pertama setelah puas memujuk hati membawa diri bila ditinggalkan kekasih sebelum ini. Manakala si ayah pula tulus menyintai wanita itu setelah diamanahkan arwah isterinya supaya menikahi wanita itu yang begitu mulia perwatakannya.

Plot kisah menarik kasih sayang dan kekeluargaan ini diangkat menjadi jalan cerita sebuah drama bersiri 26 episod bertajuk Cinta Berkalung Duri yang telah pun menemui penonton mulai 29 April lalu, setiap Ahad, jam 9.00 malam di TV2.

Saksikan lakonan berkesan Dato' Rahim Razali, Dato' Jalaluddin Hassan, Janet khoo, Zulhuzaimi, Rizal Ayub, Anne Abdullah, Almy Nadia dan Aida Khaleda menghayati watak masing-masing yang berlatarkan kisah seorang wanita yang tinggi akhlaknya bernama Wani lakonan Puteri Sarah Liyana berdepan situasi menjadi rebutan dua lelaki yang begitu dekat dalam hidupnya.

Zul Huzaimy (Pengarah)

Segalanya bermula apabila Shira yang disahkan mengidap sakit barah hati mula mencari calon isteri yang sesuai untuk suaminya, Arman. Dia dapat merasakan dirinya tidak dapat bertahan lama lalu dia berharap agar dapat menjodohkan Arman dengan wanita yang baik sekaligus menjadi ibu kepada anaknya yang masih kecil, Fifi.

Permintaan Shira amat berat untuk dilakukan oleh Wani namun dia kemudiannya menurut amanat terakhir wanita yang banyak membantunya itu. Sejak berada di rumah anak yatim lagi, Shira rajin melawat dan memberi perhatian terhadapnya.

Kepulangan Rustam dari luar negara mengundang konflik dalam keluarganya. Dia dihantar ke luar negara bukan untuk melanjutkan pelajaran sebaliknya dihantar berubat kerana dirinya yang hiper aktif sejak kecil. Keluarga Arman bertegas menghantar Rustam kononnya untuk memulihkan sikap Rustam seperti orang lain. Sebenarnya mereka kurang senang dengan kehadiran cucu mereka itu dalam rumah besar mereka. Shira yang tidak punyai pilihan lain hanya menurut walau pun berat hati.

Dalam keadaan sakit, Shira gembira bila Rustam mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Seisi keluarga begitu yakin yang Rustam sudah pulih dan sudah melupakan segala kenangan pahit yang dia lalui ketika putus cinta bersama kekasihnya dahulu. Tanpa diketahui, Rustam masih sakit dan masih menderita dalam diam.

Impian Rustam ingin memilki Wani akhirnya hancur berderai apabila Shira meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat yang mahu Wani mengahwini Arman. Fifi yang telahpun rapat dan manja dengan Wani gembira apabila Arman dan Wani akhirnya bersetuju untuk mendirikan rumahtangga.

Rustam menyimpan kekecewaan dan dendam dlam diam. Perkahwinan Wani dan Arman sedikitpun tidak melenyapkan rasa cintanya terhadap Wani walaupun kini Wani bakal menjadi ibu tirinya. Namun kebahagiaan tidak berpihak pada Wani apabila menjelang hari pernikahan Arman terlibat dalam kemalangan jalanraya dan disahkan lumpur separuh badannya.

Nasib malang yang menimpa Arman ditangisi oleh seisi keluarga kecuali Rustam yang melihat keadan Arman mampu memberinya peluang untuk kembali merebut Wani dari Arman. Dia menyangkakan Wani pasti akan meninggalkan Arman yang sudah hilang upaya. Sangkaan Rustam meleset sama sekali apabila melihat Wani terus setia menjaga Arman dan akhirnya selamat menjadi isteri Arman yang sah.

Dia begitu sabar dan setia menjaga dan melayani Arman. Kesetiaan Wani membuatkan Rustam semakin menganguminya. Cintanya terhadap Wani terus membuak buak hingga akhirnya menganggu kewarasan dia berfikir dan bertindak. Akibatnya Rustam sanggup menabur fitnah dan mengupah Jelita demi untuk memburukkan imej Arman di mata Wani.

Namun, desakan cinta telah menjadikan Rustam buta hati dan perasaan, dia lupa bahawa batasan agama menghalang dia dari memiliki Wani sekalipun Amran sudah tiada di dunia. Bisikan syaitan menjadikan Rustam hilang pertimbangan. Apakah yang berlaku terhadap mereka kemudiannya?

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Lirik Lagu Bila Mati Cinta Terhenti Aswad AF5
  • Video Klip Lagu Ketika Cinta Filem Perempuan Berkalung Sorban
  • Teater Malam 7 Drama 7 Duri di Stor DBP
  • Drama Bersiri Opah Musim Baru
  • Senarai Pencalonan Drama Anugerah Skrin 2011
  • Drama Duyong Aridinata
  • Ujibakat Mencari Pelakon Drama Bersiri TARI TIRANA
  • Montage Drama Merah Putih Lagu KAU AKU Nyayian Aizat
  • Drama Cita & Cinta
  • Zizan Nin Pelakon Puaka Kain Kapan Drama Keliwon TV3
  • Najwa Latif Duta Rasmi Portal e-Pembelajaran uniCLIQ

    Posted: 05 May 2012 07:51 PM PDT

    NAJWA ANGGAP DILANTIK DUTA AMANAH BESAR

    Dipilih berdasarkan prestasi cemerlang dalam pelajaran & seni, Najwa Latif dilantik Duta Rasmi portal e-pembelajaran uniCLIQ.

    Perlantikannya baru-baru ini sebagai duta rasmi sebuah portal e-pembelajaran untuk pelajar-pelajar sekolah menjadikan artis remaja sensasi YouTube Najwa Latif berasa teruja dan berbangga kerana beliau dapat terus mengasah bakat seninya sambil menumpukan perhatian dalam pelajaran.

    Meskipun demikian, Najwa tidak dapat menyembunyikan kebimbangan dan rasa gementar apabila dilantik sebagai Duta Rasmi portal e-pembelajaran oleh syarikat uniCLIQ Sdn Bhd.

    Najwa Latif

    Ketua Pegawai Operasi uniCLIQ Sdn Bhd Analiz Alias (kiri) bersama-sama Duta Rasmi Portal E-Pembelajaran uniCLIQ, artis remaja popular Najwa Latif menunjukkan muka hadapan portal uniCLIQ yang boleh dilayari melalui iPad, tablet, komputer riba serta pelbagai alatan yang berasaskan Internet.

    "Saya sebenarnya berasa agak takut kerana ini satu tanggungjawab dan amanah yang sangat besar. Saya akan cuba memainkan peranan saya sebagai duta yang mewakili produk ini dengan sebaik mungkin. Pada masa yang sama saya sangat teruja kerana saya dapat mengajak rakan-rakan dan adik-adik yang masih bersekolah untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran dengan cara yang lebih mudah," ujar Najwa.

    Sebagai duta rasmi, Najwa telah merakamkan semula dua lagu dari albumnya untuk digunakan sebagai muzik latar di portal uniCLIQ. Selain mamaparkan imej serta muzik Najwa, portal itu juga menyediakan satu laman blog khas bagi penyanyi genit tersebut berinteraksi dengan para pengguna portal dan peminatnya.

    Sementara itu, mengulas mengenai penglibatan Najwa bersama uniCLIQ, Ketua Pegawai Eksekutif uniCLIQ En. Apandi Dollah berkata: "Najwa Latif adalah personaliti yang tepat bagi mewakili uniCLIQ kerana beliau merupakan ikon bagi generasi muda dengan kumpulan penggemar dan pengikut yang ramai di dunia maya. Beliau dipilih sebagai duta uniCLIQ berdasarkan prestasi cemerlangnya dalam pelajaran dan juga di dunia seni. Najwa memiliki keperibadian yang sangat baik dan menjadi contoh yang sempurna bagi para remaja."

    "uniCLIQ ternyata satu pilihan yang bijak untuk mengulangkaji kerana sistem pembelajarannya yang 'sempoi' lagi menyeronokkan. Malah saya dapat mengakses uniCLIQ melalui alat tablet android mahu pun iPad atau alatan lain yang mempunyai Internet seperti komputer riba, jadi apabila sahaja ada kelapangan walau di mana pun saya berada, saya dapat membuat ulangkaji melalui uniCLIQ," tegas penyanyi cilik kelahiran Johor ini.

    Najwa Latif

    Bijak membahagikan masa antara aktiviti muzik dan pelajaran, Najwa sentiasa memastikan jadual seni tidak mengganggu waktu persekolahannya dengan hanya mengadakan persembahan pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Bagaimanapun beliau sekarang sedang berehat dari membuat persembahan kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diduduki hujung tahun ini.

    Ditanya pengalamannya sejak menggunakan portal e-pembelajaran uniCLIQ, Najwa berkata: "Setelah menggunakan uniCLIQ, saya kini tiada alasan lagi untuk tidak mengulangkaji pelajaran kerana hanya dengan mengakses laman web uniCLIQ dari alat tablet android saya di mana-mana sahaja, saya boleh ulangkaji, buat latihan dan cari bahan rujukan."

    "Bagi saya kelebihan utama uniCLIQ ialah segalanya ada di situ termasuk bahan rujukan dan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Ia sesungguhnya sistem pembelajaran interaktif yang tidak membosankan malahan sangat berkesan kerana kita akan lebih memahami apa yang telah diajar guru di kelas," jelas beliau.

    Ketika ditanya mengenai mata pelajaran kegemarannya di sekolah, gadis yang bercita-cita menjadi pensyarah ini mengakui amat meminati Bahasa Inggeris dan Matematik. "Mungkin sebab saya suka mengira jadi secara tidak langsung saya gemar mata pelajaran Matematik," katanya.

    "Saya memang bercita-cita hendak menjadi pensyarah. Selepas SPM saya merancang menyambung pelajaran dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) ataupun muzik. Kerjaya seni dan muzik tetap akan berjalan seperti biasa kerana ia adalah minat saya dan matlamat saya ialah untuk sukses dalam kedua-duanya sekali," tegasnya.

    Najwa turut menyeru rakan-rakan serta peminatnya yang masih bersekolah dan ingin belajar secara mudah dan senang difahami untuk mencuba sistem e-pembelajaran uniCLIQ kerana bukan sahaja ia mudah diakses melalui komputer, tablet android atau iPad, malah harganya juga sangat berpatutan.

    Modul-modul dalam talian untuk pelajar rendah dan menengah boleh diperolehi dengan harga serendah RM20 sebulan untuk satu mata pelajaran. uniCLIQ menawarkan e-pembelajaran untuk subjek-subjek teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sementara mata pelajaran elektif pula termasuklah Matematik Tambahan, Biologi, Seni Visual dan Pendidikan Islam. Pengguna juga boleh menikmati penjimatan dengan melanggan pakej 3 bulan dan 6 bulan pada harga diskaun.

    Bercakap mengenai perkembangan terbaru kerjaya muziknya, Najwa berkata album mini terbarunya yang berjudul 'Najwa Latif' baru sahaja berada di pasaran, memuatkan lima lagu termasuk termasuk dua lagu baru berjudul 'Sahabat' dan 'I Love You' selain lagu 'Cinta Muka Buku' yang melonjakkan namanya ke persada populariti muzik tanah air. Turut ditampilkan 'Carta Hati' dan 'Kosong', dua lagunya yang telah digubah semula untuk menjadi lagu latar di portal uniCLIQ.

    Portal uniCLIQ yang boleh dicapai di www.uniCLIQ.com, adalah suatu produk pembelajaran maya yang bertujuan melengkapi pembelajaran konvensional di sekolah. Sistem e-pembelajaran ini direka khusus untuk pelajar sekolah rendah dan menengah dengan membolehkan mereka menjalani pembelajaran dan membuat penilaian sendiri bagi pelbagai mata pelajaran menurut tahap kemahiran, kesesuaian masa dan keselesaan masing-masing.

    Digelar "Portal pembelajaran luar waktu sekolah", uniCLIQ dibangunkan untuk kegunaan semua pelajar dalam mempelajari dan mengulangkaji secara dalam talian sepanjang tahun. Mendapat perakuan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, kandungan kursus multimedia interaktif ini dibangunkan mengikut Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan Kementerian dan boleh digunakan melalui Internet bila-bila masa dan di mana sahaja di www.uniCLIQ.com.

    Najwa Latif

    Najwa Latif

    Najwa Latif

    najwa latif

    Mengenai uniCLIQ Sdn Bhd
    uniCLIQ Sdn Bhd adalah penyedia yang terkemuka bagi kandungan pembelajaran berasaskan sekolah bagi sekolah rendah dan menengah di Malaysia. uniCLIQ memiliki lebih 2000 tajuk kursus multimedia interaktif untuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Biologi, Matematik Tambahan serta banyak lagi. Kandungannya adalah berdasarkan Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dikenali sebgai Telekom Smart School Sdn Bhd (TSS) sebelum ini, uniCLIQ telah terbabit dalam perniagaan pendidikan sejak 1999.

    Mengenai Portal uniCLIQ
    Portal uniCLIQ menawarkan persekitaran pembelajaran maya yang bertujuan melengkapi pembelajaran konvensional di sekolah dengan membolehkan para pelajar menjalani pembelajaran dan penilaian sendiri bagi pelbagai mata pelajaran mengikut kemahiran, masa dan keselesaan masing-masing. Ia direka bagi membolehkan pelajar meneruskan pembelajaran dan mengulangkaji selepas waktu sekolah untuk sepanjang tahun. Kandungan kursus multimedia interaktif boleh digunakan melalui Internet dimana sahaja, bila-bila masa. Mata pelajaran teras yang ditawarkan ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sementara mata subjek-subjek elektif termasuk Matematik Tambahan, Biologi, Seni Visual, pengajian Islam dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut sila lawati www.uniCLIQ.com.

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Najwa Latif di Anugerah Industri Muzik 18
  • Adira Hafiz Najwa Latif dalam Klip Klip 2012
  • Najwa Latif Terima Anugerah Bakat Muda Selangor 2011
  • Lirik Lagu Kosong Najwa Latif
  • Video Tips dari Najwa Latif Belajar Dari Kritikan Membina
  • Najwa Latif Artis Youtube Paling Muda di Malaysia
  • Najwa Latif Promote Rakan Youtube di Jelajah Sahabat
  • Muzik Muzik 26 Peringkat Separuh Akhir
  • Video Tips Najwa Latif Dapat Inspirasi dari Internet
  • Portal GUA Bantu Rumah Kebajikan