Adsense

Rabu, 23 Mei 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Fazura Bakal Miliki Butik Sendiri, “House Of Doll”

Posted: 23 May 2012 10:52 PM PDT

Wahh, mungkin sudah menjadi trend selebriti di Malaysia. Kini, Fazura pula bakal mempunyai perniagaan sendiri dan menurut sebuah portal hiburan, Fazura bakal merasmikan butiknya, "House Of Doll" pada Ahad ini, 27 Mei.

Fazura dikatakan sudah lama menyimpan impian untuk memiliki butik sendiri dan ianya terlintas di fikirannya sekitar 2 tahun lepas. Fazura yang sedar kerjaya lakonannya juga semakin berkurangan mengambil peluang ini untuk membuka perniagaannya sendiri.

"Saya terfikir untuk memiliki sebuah butik hasil titik peluh saya sendiri setelah melihatkan aktiviti lakonan saya sendiri semakin berkurangan. Faz sendiri suka berfesyen dan apa yang ditawarkan oleh butik ini lebih kepada apa yang Faz suka. Faz mahukan kelainan dan apa yang kami tawarkan lebih kepada "ready to wear' dan ada satu kejutan buat peminat." – Fazura dipetik dari Gua.

Difahamkan, butik Fazura akan melibatkan kerjasama "couture wear". Selepas ini, para peminat bolehlah mengunjungi butik Fazura untuk fesyen yang lebih mantap dan cantik.

Sumber : GUA

The Cube : “Christina Perri Live In Kuala Lumpur”, Jun Ini

Posted: 23 May 2012 10:19 PM PDT

Siapa yang tidak kenal Christina Perri? Penyanyi wanita yang popular dengan lagu "Jar Of Heart" ini memang terkenal dengan lagu-lagu bertemakan cinta.

Jika anda rasakan lagu-lagu Christina Perri sangat romantik, kenapa anda tidak melanggan The Cube sahaja? Melalui The Cube anda akan sentiasa diberitahu mengenai info-info dan lagu terbaru Christina Perri.

Bayangkan anda menggunakan lagu "A Thousand Years" dan teman wanita/teman lelaki anda menelefon anda? Tidakkah romantik jika pasangan anda mendengarnya? Cuma dial 888*# dan tekan butang call. Langgan dan simpan Call Me Tones anda dari 14th May – 4th June 2012 dan anda berpeluang memenangi tiket Party Zone untuk ke konsert Christina Perri di KL Live.

Selain itu, anda juga boleh cuba menyertai Kolony, satu lagi applikasi "SMS-based social network". Antara sebab anda harus menyertai Kolony ialah kerana anda mungkin menjadi salah seorang pemenang tiket VIP ke konsert Christina Perri dengan membeli 100 Koinz. Dengan menghantar KBUY "CMT" LIST ke 25333, anda akan mendapat terus  lagunya ke telefon bimbit anda.

Anda boleh gunakan peluang ini untuk membawa pasangan anda menonton konsert Christina dengan gaya VIP dan kami pasti, mereka tak akan melupakan saat indah ini bersama anda.

Tak cukup lagi disitu, pengguna S.O.X dan U.O.X juga boleh memenangi sepasang tiket konsert dengan mendaftar dan menghantar PERRI to 28881 & reload RM30 dari 25th – 31st May 2012.

Untuk pengetahuan, 7 Jun ini bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail akan berlangsungnya konsert Christina Perri Live In Kuala Lumpur. Anda sudah boleh dapatkan tiketnya sekarang di cawangan Rock Corner & Victoria Music.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari The Cube sekarang!