Nuffnang

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

sumber :-

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Isu Skandal Kapal Selam Scopene & Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu Kembali Panas

Posted: 11 May 2012 10:16 AM PDT


Barangkali anda pastinya tertanya-tanya apakah isu kapal selam dengan Skandal Scorpene? Pastinya anda sudah tahu bahawa Presiden Perancis terkini adalah Perancis Francois Hollande setelah berjaya menumbangkan Nicolas Sarkozy yang telah menjadi Presiden Perancis sejak daripada tahun 2007 lagi.

Dan laporan terbaru daripada pihak Reuters melaporkan yang mana Nicolas Sarkozy akan dikenakan tindakan undang-undang apabila imuniti yang "dinikmatinya" sebelum ini sebagai presiden mula tamat sekitar pertengahan bulan Jun 2012. Kemenangan Francois Hollande dan tumbangnya Nicolas Sarkozy, sebenarnya ada hubungkaitnya dengan kerajaan Malaysia. Ada sebab mengapa kami katakan begitu?

Nicolas Sarkozy Bakal Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Perlembagaan Perancis boleh kami katakan agak unik dengan memberikan kelebihan kepada bekas presiden Perancis untuk tidak boleh sama sekali diminta datang memberi keterangan atau disiasat atau didakwa sehingga sebulan selepas bekas Presiden,  Nicolas Sarkozy meninggalkan pejabatnya. Dan selepas sahaja tempoh tersebut……

"Nicolas Sarkozy bakal menjadi pelanggan setia mahkamah Perancis. Bekas presiden Perancis sebelumnya, Jacques Chirac sudah menerima hukuman dunia iaitu penjara selama 2 tahun atas penyelewengan kuasa"



Mengapa kami mengatakan tumbangnya Nicolas Sarkozy ada kaitan dengan Malaysia? Ini semuanya ada hubung kaitannya dengan skandal pembelian kapal selam dari Perancis oleh Kementerian Pertahanan Malaysia. Masih ingat lagi? Kali ini kes ini kembali panas dan menjadi tumpuan rakyat malaysia mahupun blogger malaysia untuk mendapatkan perkara sebenar..

Dijangka penyiasatan skandal kapal selam Scorpene ini akan menjadi lebih lancar selepas ini dengan pelantikan presiden Perancis yang baru, François Hollande. Ini kerana sebelum ini terdapat kebimbangan kerajaan di bawah pimpinan Nicolas Sarkozy untuk menyiasat secara menyeluruh disebabkan terdapat keterlibatan kerajaan Perancis sendiri dan juga beberapa tokoh politik dalam skandal ini.  François Hollande? François Hollande tidak terlibat skandal tersebut, dan ini bermakna penyiasatan skandal kapal selam Perancis ini akan menjadi lebih cepat dan lancar.

Kes ini bukan sahaja melibatkan skandal pembelian kapal selam Malaysia dari Perancis semata, kerana syarikat Perancis yang sama turut terlibat dengan :
  •         Skandal penjualan kapal selam ke Pakistan yang telah menyebabkan 11 orang terbunuh
  •         Skandal penjualan kapal selam ke Taiwan yang telah menyebabkan 1 orang terbunuh
  •         Dan…tidak juga skandal penjualan kapal selam ke Malaysia yang telah menyebabkan seorang gadis Mongolia terbunuh, Altantuya Shariibuu
Jadi, oleh itu sebab itulah yang mana kami rasa pun anda sudah pun mengetahuinya di mana sekarang ini hakim mahkamah Perancis telah putuskan untuk menolak kesaksian P. Balasubramaniam (penyiasat persendirian) kerana hakim mahkamah Perancis hanya perlu meneliti dan membuat semakan terhadap afidavit (surat sumpah) yang dibuat oleh P. Balasubramaniam terhadap kes berprofil tinggi, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"   Uniknya, sistem mahkamah Perancis hakim sendiri boleh menyoal siasat saksi berbanding sistem mahkamah di Malaysia di mana kita ada barisan pendakwa dan pembela.

Walaubagaimanapun, mahkamah Perancis dilihat lebih berminat untuk memanggil 3 saksi ini, yang bernama :

Senarai Saksi Pilihan Mahkamah Perancis (Skandal Kapal Selam Scopene & Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu)


        1. Abdul Razak Baginda
        2. Datuk Seri Najib Razak
        3. Prof Dr. Shaariibuu Setev


Dan yang mengejutkan ialah, pengumuman mahkamah Perancis yang mahukan saksi yang ketiga bernama Prof Dr. Shaariibuu Setev yang merupakan bapa kepada gadis Mongolia yang dibunuh dengan kejam di Malaysia, Altantuya Shaariibuu  jurubahasa ketika urusniaga pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis ini)
Bapa Altantuya sedia jadi Saksi

Ini kerana, pada asalnya ramai pemerhati yang menjangkakan siasatan mahkamah Perancis ini lebih kepada untuk menyiasat skandal kapal selam Scopene semata, tetapi jangkaan itu meleset. Sebenarnya siasatan kali ini oleh mahkamah Perancis "lebih daripada itu"….

Apa kesannya jika saksi-saksi yang dipanggil tidak hadir? Jikalau tidak hadir sapina natijah selepas ini bukan sahaja tidak boleh sama sekali menjejakkan kaki ke Perancis malahan tidak boleh ke seluruh negara-negara Eropah kerana  semua negara Eropah menggunakan sistem kehakiman yang sama.

  •         Jika sapina tidak diendahkan, mahkamah Perancis boleh mengeluarkan notis mandat d'amener, memaksa saksi hadir juga di mahkamah
  •         Jika saksi (masih degil) tidak mahu mematuhinya, maka waran tangkap boleh dikeluarkan
  •         Pilih antara dua di atas ini

Di Malaysia kes berprofil tinggi ini, kes pembunuhan Altantuya telah pun ditutup. Razak Baginda telah pun dibebaskan manakala, 2 komando telah dijatuhkan hukuman bunuh. Walaubagaimanapun, kes ini dibuka semula di Perancis. Pemerhati & penganalisis politik ketika ini melihat ini adalah satu kemungkinan PRU ke 13 akan diadakan secepat mungkin. Mungkin?
Video Najib tidak kenal siapa itu Altantuya.

Video Najib Bersumpah..


P/S Apa pemerhatian adan respon anda pula yang pernah mengikuti secara dekat mahupun jauh kes berprofil tinggi ini, Skandal Kapal Selam Scopene & Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu ketika di bicara di Malaysia sebelum ini? Apa pandangan Anda berkenaan Isu ini?
- beritasemasa.com -

Gambar Bogel Dewi Cinta Seksi Tersebar!

Posted: 11 May 2012 09:34 AM PDT


JAKARTA: Selepas gambar mirip sepertinya beredar agak lama, Dewi Cinta semalam tampil mengakui imej itu adalah dirinya.
Ketika dihubungi melalui telefon, penyanyi itu mengakui gambar berkenaan adalah koleksi yang ada dalam telefon bimbitnya.
"Telefon itu hilang beberapa hari lalu.
"Sejak itu, saya mula bimbang jika koleksi gambar peribadi yang tersimpan di dalamnya akan mula terdedah kepada orang lain," katanya.

Jika sebelum ini gambar yang tersebar mengatakan bahawa kepunyaan Dewi Cinta namun masih tidak dapat penjelasan dari empunya diri. Akhirnya, Dewi mengesahkan gambar tersebut kepada pihak media di Indonesia dan turut mengaku bahawa dia memang suka bergambar seksi.

 Penyanyi yang popular dengan lagu "Main Hati" itu turut memberitahu bahawa gambar tersebut tersebar disebabkan kecuaian dirinya dan memberitahu akan lebih berhati-hati untuk masa hadapan.

"Saya suka ambil gambar seksi sendiri. Buat masa ini lebih baik saya mendiamkan diri dan lupakan segala yang negatif mengenai isu gambar tersebut. ujarnya kepada detikHot ketika ditemui di lokasi penggambaran video klip lagu solo terbarunya yang bertajuk "Whatever" di Studio Gudang, Cililitan di Jakarta Timur pada Khamis yang lalu.



Walaupun mengakui suka bergambar seksi, Dewi menafikan gambarnya itu sengaja disebarkan untuk tujuan menaikkan populariti semata.

"Gambar tersebut diambil hanya untuk simpanan peribadi saya, bukan kerana mahu mendapat publisiti murahan. Itu semua disebabkan kecuaian diri sendiri." Jelasnya.

Tukang Urut Saman Travolta 6 juta?

Posted: 11 May 2012 09:22 AM PDT


Barangkali anda mesti berasa pelik apabila Tukang Urut boleh saman Travolta sebanyak AS$2 juta (RM6 juta). Berita ini disampaikan apabila Tukang Urut memfailkan saman ke atas Johan Travolta.

Menurut laporan daripada Reuters, kandungan dalam dokumen mahkamah yang difailkan lelaki itu mendakwa aktor "The Punisher" itu melakukan serangan seksual dalam dua kejadian berasingan ketika dia bekerja bersama Travolta.

Identiti lelaki kedua ini tidak didedahkan, dia hanya dirujuk sebagai John Doe No 2 memberitahu Travolta meraba kakinya dan menyentuh kemaluannya sebelum cuba untuk memulakan aksi seks dalam temu janji di bilik hotel disewa aktor terbabit. Kejadian berlaku di Atlanta pada 28 Januari lalu.

 Dakwaan yang dibuat John Doe No 2 itu selari dengan kenyataan yang dibuat mangsa pertama atau lebih dikenali dengan panggilan John Doe No 1. Dia juga merupakan seorang tukang urut Texas yang telah menfailkan aduan lebih awal minggu lalu.

Lelaki terbabit berkata, aktor tersebut melakukan serangan seksual ketika dia sedang mengurut di Hotel Beverly Hills pada 16 Januari iaitu bulan yang sama dengan mangsa kedua.

Travolta melalui peguamnya, Martin Singer, memberitahu dakwaan kedua yang dibuat adalah mengelirukan dan mengarut. "Pelanggan kami akan membuktikan dia tidak bersalah di mahkamah," katanya. Jurucakap kepada Travolta pula menganggap saman yang difailkan itu adalah rekaan semata-mata.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan