Celebrity News |
- Gempar : Kepala Artis Melakat Pada Sejadah !!
- Artis Malaysia : Komen Nabila Huda Menjadi Ibu Tunggal
- Mentor 6 : KJ atau Abd Kadir Unding Protoge Adam Tersingkir
- Artis Malaysia : Adi Putra Batal Hasrat Untuk Cerai Isteri
- Berita Hollywood : Penyanyi Bee Gees, Robin Gibb Meninggal Dunia
- Gambar Zuckerberg Pengasas Facebook Berkahwin Dengan Priscilla
Gempar : Kepala Artis Melakat Pada Sejadah !! Posted: 20 May 2012 09:20 PM PDT Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat. Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat." Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular. "Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat." Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mahu tak mahu, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis. Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu."Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka." "Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung." Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh. |
Artis Malaysia : Komen Nabila Huda Menjadi Ibu Tunggal Posted: 20 May 2012 09:10 PM PDT ZoOM : Bagi ZoOm menjadi ibu tunggal memang perit dan susah jika tidak mampu mengawal dan merancangnya. Namun anak kepada legenda rock Malaysia (Amy Search) menyatakan status ibu tunggal tidak menggangu emosinya malah lebih selesa berstatus sedemikian. Dan berikut komen beliau apabila ditanya oleh wartawan : "Saya gembira dan bahagia dengan kehidupan sebagai ibu tunggal. Walaupun ada ketikanya, perasaan sedih itu datang tetapi saya dapat atasi kerana kesibukan kerja dan anak saya yang sentiasa bersama. Nabila memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, pada Ogos tahun lalu selepas tiga tahun berkahwin ekoran tiada persefahaman. Ditanya tidakkah dia merancang untuk mencari pengganti, Nabila berkata pada peringkat ini keutamaannya adalah pada kerjaya dan anak. "Bukan saya trauma atau serik dengan kegagalan perkahwinan tetapi mencari pengganti bukanlah misi utama saya pada waktu ini. Sempat diusik mengenai gosip hubungannya dengan aktor baru Johan As'ari, Nabila memohon agar spekulasi tersebut dihentikan kerana dia khuatir ia boleh menjejaskan perkembangan karier aktor itu. "Kami hanya kawan rapat dan saya percaya peminat juga sudah letih mendengar gosip sebegini. Saya berharap spekulasi ini dihentikan kerana tidak mahu ia menjejaskan perjalanan karier Johan yang baru bertapak.Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Mentor 6 : KJ atau Abd Kadir Unding Protoge Adam Tersingkir Posted: 20 May 2012 08:59 PM PDT Kerana kesilapan memilih genre muzik tari dalam pertandingan Mentor musim ke 6, Adam mengakui ia menyebabkan Protogenya tersingkir semalam (Ahad). Daripada pemerhatian ZoOm semasa program Mentor 6 berlangsung semalam, anda dan penonton diluar sana sudah mengetahui siapakah yang akan tersingkir. Persembahan mantap oleh Zatul dan Caroline dalam Kumpulan B semalam sudah cukup untuk mengambarkan bertapa jauhnya tahap yang ditonjolkan oleh kedua-dua mentor tersebut. Dan berikut komen daripada Mentor KJ (Adam) berkenaan persembahan Protogenya : "Kesilapan pada persembahan saya adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Dalam pada itu Ramli MS menganggap kesemua peserta sudah berusaha dengan baik melainkan KJ yang banyak melakukan kesilapan. "Bagi saya, semua peserta sudah berusaha kecuali KJ melakukan yang banyak buat silap dalam persembahannya," kata beliau. Datuk Sharifah Aini pula mengagumi semangat yang ditunjukkan oleh Zatul dan persembahan Caroline yang dianggapnya bertaraf seperti penghibur.Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Artis Malaysia : Adi Putra Batal Hasrat Untuk Cerai Isteri Posted: 20 May 2012 08:31 PM PDT Alhamdulillah..ini yang ZoOM baca hari ini mengenai Adi Putra yang sebelum ini memfailkan kes penceraian di Mahkamah Syariah kini mengambil keputusan untuk menarik balik kes berkenaan. Beliau enggan menjawap isu penceraian apabila ditanya oleh wartawan tetapi tampil dengan jawapan berikut : "Saya baru pulang daripada menguruskan kes ini. Esok (malam Selasa), saya akan menjelaskan mengenai perkembangan terbaru kes ini," katanya. Adi dilaporkan baru sahaja pulang dari Tanah Suci, Mekah pada 8 Mei lalu dan turut berdoa untuk kesejahteraan rumah tangganya tetapi mendapat gambaran seolah-olah perkahwinannya itu tidak dapat diselamatkan lagi. Adi Putra dan Aida berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata apabila wanita berkenaan sering kali mengalami keguguran.Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Berita Hollywood : Penyanyi Bee Gees, Robin Gibb Meninggal Dunia Posted: 20 May 2012 08:23 PM PDT LONDON: Anggota kumpulan Bee Gees, Robin Gibb yang dilaporkan koma sebelum ini meninggal dunia pada usia 62 tahun, pagi Isnin. Beliau meninggal dunia akibat selepas sekian lama bergelut dengan penyakit barah hati dan kolon. Kematian Gibb disahkan oleh ahli keluarganya. "Keluarga Robin Gibb, ahli kumpulan Bee Gees mengumumkan dengan rasa begitu sedih bahawa Robin meninggal dunia hari ini (pagi Isnin) selepas bertarung dengan kanser dan beberapa pembedahan. "Kami memohon supaya tidak diganggu pada saat ini," kata keluarga penyanyi itu dalam kenyataan. Barry, Maurice dan Robin Gibb mencipta nama dalam dunia pop pada 1970-an dengan lagu-lagu popular termasuk "How Deep Is Your Love", "Stayin' Alive", dan "Night Fever". Kumpulan tersebut meraih penjualan album sebanyak 200 juta salinan, meletakkan mereka sebaris dengan kumpulan Rolling Stones dan Pink Floyd. Sumber : Mstar Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Gambar Zuckerberg Pengasas Facebook Berkahwin Dengan Priscilla Posted: 20 May 2012 07:28 PM PDT Walaupun duit ada berbilion-bilion tetapi pasangan ini meraikan majlis perkahwinan mereka dengan penuh sederhana tanpa menghebahkan kepada media ataupun rangkaian sosialnya. Selepas perkahwinan mereka barulah status "Married" muncul menyebabkan ramai yang kini mencari-cari gambar perkahwinan pasangan ini. Dan ini adalah gambar yang boleh ZoOM kongsi bersama dengan pembaca di ZoOMartis : Status Facebook Mark Zuckerberg bertukar kepada married Pasangan yang ideal..setelah 9 tahun berkenalan dan bercinta akhirnya mereka memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan. Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |