Adsense

Isnin, 21 Mei 2012

borak kosong

borak kosong


Jom tengok kucing putih comel ni beranak

Posted: 21 May 2012 09:15 PM PDT

















Sampai putus kepala (foto)

Posted: 21 May 2012 09:00 PM PDT






Kenapa boleh jadi macam ni?

Posted: 21 May 2012 08:45 PM PDT





Macam ni pun ada,tudung punk

Posted: 21 May 2012 08:30 PM PDT


Kim Kardashian Digoda Suami Kakaknya?

Posted: 21 May 2012 08:15 PM PDT

LOS ANGELES- Rumah tangga Kourtney Kardashian dan Scott Dissick terus dilanda gosip tak sedap. Kali ini, Scott disebut menggoda adik iparnya sendiri, Kim Kardashian. 

Sebuah majalah menyebut Scott sebenarnya lebih tertarik dengan Kim ketimbang Kourtney. Ketika hadir dalam acara bulan lalu, Kourtney menuduh Scott telah mempermalukannya dengan bermain mata dengan Kim. 

"Scott berbual dan Kim sedikit dekat dan terus menjauh dari isterinya Kourtney yang sedang hamil," kata seorang sumber seperti dikutip Gossip Cop, Senin (21/5/2012).

Scott juga disebut sering berperilaku genit dengan Kim. Dia tak mahu khabar tentang ketertarikannya dengan Kim diketahui orang banyak. Namun, sahabat Kim yang lain membantah spekulasi ini.

Suami banting tulang, isteri jalin cinta terlarang

Posted: 21 May 2012 08:00 PM PDT

berita-beritadotcom (Bojonegoro, Jawa Timur): Nasib malang dialami Jmr (36) lelaki warga Desa Turigede, Kepohbaru, Bojonegoro  dan kekasihnya Ttk (29) wanita tetangga desanya yakni, Desa Sumberagung yang ditangkap warga saat tengah asyik masyuk memadu cinta di rumah sang wanita. Parahnya, pasangan kekasih itu ternyata sama-sama sudah menikah dan punya anak.

Menurut informasi yang berhasil dihimpun berita2.com menyebutkan, sebenarnya perbuatan keduanya sudah tercium oleh warga. Namun kerana kurang cukup bukti, warga tidak boleh berbuat apa-apa. "Warga sini (Sumberagung) sebenarnya sudah curiga, tapi kan harus ada bukti kalau mereka selingkuh," kata seorang warga Desa Sumberagung yang mengaku ikut melakukan penangkapan.

Aksi penangkapan warga dilakukan sekitar pukul 02.00 dini hari. Sebab, beberapa warga yang memang sudah menaruh curiga melihat Jmr, selesai nonton acara dangdut nampak berjalan kaki  menuju rumah Ttk yang saat itu sedang ditinggal suaminya bekerja di Lamongan. Dan benar saja, saat ditangkap warga,  keduanya disyaki tengah melakukan hubungan terlarang.

Tanpa basa basi, warga yang tak ingin lingkungannya tercemar, langsung menyeret pasangan 'cinta terlarang' itu ke rumah ketua RT setempat. Khuatir terjadi tindakan anarkis oleh warga yang terlihat emosi, Ketua RT dan aparat desa lantas melaporkan kejadian tersebut ke Mapolsek agar  menahan pasangan haram itu.

Kapolsek Kepohbaru, AKP. Nugroho Basuki saat dikonfirmasi, membenarkan adanya kejadian tersebut, "Ya, sekira pukul 05.30 kami mendapat info bahwa di Desa Sumberagung telah terjadi dugaan perzinaan yang digerebek warga," ujarnya, Kamis, (17/05/2012).

Mendapat informasi itu, lanjutnya, anggota Polsek langsung ke TKP untuk menahan kedua pelaku dugaan perzinaan tersebut. Selain untuk mengamankan pelaku dari amuk massa, hal itu juga untuk memeriksa kedua pelaku, visum dan sita barang bukti.

Untuk mempertanggungjawabkan perbuatannya, kini pasangan cinta terlarang itu harus rela menginap di Mapolsek Kepohbaru untuk proses hukum lebih lanjut. Dan keduanya dipastikan bakal didakwa dengan Pasal 284 KUHP tentang perzinaaan. (saiq)

Terkejut lihat aksi seks adik

Posted: 21 May 2012 07:45 PM PDT

HULU BESUT - Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun dekat sini, 25 April lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas buaian.

Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit.

"Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun," katanya.

Kamaruddin berkata, ketika bersembang di halaman rumah teman lelakinya, lelaki tersebut telah melakukan seks dengan remaja perempuan itu di atas buaian di halaman rumah.

Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila apa yang dilakukan disedari oleh kakaknya yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Sementara itu, keluarga remaja perempuan itu membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, kelmarin selepas mengetahui kejadian yang menimpa anaknya.

"Siasatan awal mendapati mereka mempunyai hubungan yang intim dan suspek dipercayai mengambil kesempatan merogol mangsa," katanya.

Kamaruddin berkata, polis berjaya menahan suspek seorang iaitu seorang penganggur berumur 18 tahun berhubung kes itu.

Dia kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimun 20 tahun dan sebatan.



sumber : sinar harian

Jersi dilelong RM13.85j

Posted: 21 May 2012 07:30 PM PDT


NEW YORK - Sehelai jersi besbol yang dipakai oleh pemain pasukan New York Yankess, Babe Ruth dilelong AS$4,415,658 (RM13,850,170) kelmarin.
Firma lelongan SCP Auctions menyatakan, ia merupakan jersi terawal yang pernah dipakai oleh pasukan New York Yankees.
Jersi itu keluaran tahun 1920.
Baju berkenaan yang bertahun-tahun dipamerkan di Muzium Kelahiran Babe Ruth di Baltimore dibeli oleh laman web Lelands.com.
Menurut SCP Auctions, harga itu mengatasi rekod lelongan memorabilia sukan sebelum ini yang dicatat pada 2010 untuk set undang-undang permainan bola keranjang oleh James Naismith. - Agensi
sumber : kosmo online

Gigolo tawar khidmat melalui SMS

Posted: 21 May 2012 07:15 PM PDT


SINGAPURA: Lelaki gigolo yang menemankan wanita untuk seks kini menawarkan perkhidmatan seks oleh sindiket di Singapura melalui pesanan ringkas di telefon bimbit.
Promosi itu dibuat bersama gambar lelaki bogel yang mengaku dari China, Vietnam dan Thailand, dan pelanggan yang berminat diberi pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan "urutan" daripada mereka. 
Walaupun demikian, pesanan ringkas ini hanya dihantar kepada wanita secara rawak tetapi ada juga lelaki yang menerimanya.

Seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Yen mengadu dia dan beberapa rakan lelakinya menerima pesanan ringkas ini yang dipercayai diedar sejak dua minggu lalu. - SinChew



sumber : myMetro

Campak 2 anak dari tingkat 6

Posted: 21 May 2012 07:00 PM PDT


ROME: Seorang lelaki mencampak dua anaknya dari balkoni apartmen mereka sebelum dia sendiri melompat membunuh diri kerana tertekan akibat kehilangan kerja, lapor media semalam.
Marco Turrini mencampak bayi perempuannya - berusia 14 bulan - dan anak lelaki berusia empat tahun dari tingkat enam rumah mereka di Brescia, Lombardy, di utara Itali.

Saksi berkata, sebelum itu Turrini, 41, bertengkar dengan isterinya.


Sumber polis berkata, selepas mencampak anaknya ke bawah, bekas kakitangan pengiklanan yang kehilangan kerja 18 bulan lalu itu turut cuba menolak isterinya ke luar.

Selepas gagal, katanya, Turrini melompat dari tingkat enam apartmen berkenaan dan mati di tempat kejadian.


"Dua anak Turrini masih hidup selepas terhempas ke bawah, tetapi gagal diselamatkan kerana cedera parah," katanya.




Sumber itu berkata, isteri Turrini bekerja sebagai jururawat dan berselisih faham dengan lelaki terbabit.

"Wanita itu kini dirawat di hospital kerana terkejut," katanya.




Turrini tidak mempunyai sebarang rekod keganasan atau jenayah, tetapi dilaporkan semakin tertekan kerana gagal mendapat pekerjaan lain.

Jiran berkata, keadaan dirinya yang menganggur juga menyebabkan dia bimbang kehilangan isteri dan kediaman mereka apabila keadaan ekonomi mereka semakin parah.


Saksi, Elisabetta, berkata dia terdengar jeritan dan bergegas ke jalan di tingkat bawah apartmen berkenaan untuk melihat apa berlaku.


Di situ, katanya, dia melihat dua anak Turrini berlumuran darah dan masih bernafas, tetapi degup jantungnya sangat lemah.


Sepupu Turrini pula berkata, lelaki terbabit pernah cuba membunuh diri setahun lalu dengan menggantung dirinya. - DM



sumber : myMetro


Nota pencuri seluar dalam

Posted: 21 May 2012 06:45 PM PDT


PETALING JAYA: Tiga pelajar kejururawatan hidup dalam ketakutan apabila seluar dalam dan coli milik mereka yang disidai di ampaian depan rumah di SS20, dicuri, kelmarin.
Menurut sumber, kehilangan seluar dalam dan coli itu disedari seorang daripada gadis terbabit yang mahu mengambil pakaian di ampaian jam 1 tengah hari.

Katanya, pencuri terbabit turut meninggalkan nota berserta nombor telefon dan mengaku mengambil seluar dalam dan coli tiga gadis berkenaan.


"Kejadian itu kali pertama dialami ketiga-tiga gadis berkenaan menyebabkan mereka membuat aduan kepada penyelia kolej sebelum membuat laporan polis," katanya.


sumber : myMetro

10 jam tercekik ikan puyu

Posted: 21 May 2012 06:30 PM PDT


LUBOK ANTU: Gara-gara mahu mematikan seekor ikan puyu yang dipancing dengan cara menggigitnya, seorang kanak-kanak terpaksa menanggung kesakitan kira-kira 10 jam apabila tercekik ikan berkenaan dalam kejadian di anak sungai berhampiran Rumah Panjang Endawie Nangka Jela Engkari, di sini, kelmarin.
Philip anak Muan, berusia 12 tahun, terpaksa menahan kesakitan itu sebelum ikan bersaiz kira-kira tiga sentimeter lebar itu dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor selepas dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) terletak lebih 200 kilometer dari rumahnya.

Bapa mangsa, Muan anak Burong, 40, berkata sebelum kejadian, Philip dan adiknya berusia sembilan tahun memancing di anak sungai berhampiran rumah panjang mereka, sebaik pulang dari sekolah, kira-kira jam 2.30 petang.


Menurutnya, dalam tempoh 10 minit, anaknya berjaya memancing seekor ikan puyu sebelum menggigit ikan itu bertujuan mematikannya, tetapi ikan itu tiba-tiba menggelupur dan terus masuk ke kerongkong anaknya.

"Saya pelik apabila melihat anak saya berlari sambil menangis dengan keadaan mulut ternganga.


"Saya terkejut apabila mendapati seekor ikan di dalam mulut anak dan cuba memasukkan jari bagi mengeluarkan, namun anak saya menjerit kesakitan kerana duri pada pada ikan itu tersangkut di lelangit mulut," katanya.




Muan berkata, ikan itu masuk lebih jauh ke dalam kerongkong anaknya apabila dia cuba menarik ekor ikan berkenaan.

Menurutnya, apabila melihat Philip semakin sukar bernafas, dia bergegas membawanya ke Klinik Kesihatan Batang Ai, sebelum dirujuk ke Hospital Sri Aman.




"Ketika itu mulut anak saya sudah berdarah kerana lelangitnya yang tertusuk duri ikan itu, cuma dia bernasib baik kerana masih boleh bernafas dan masih mampu bertahan.

"Sebaik sampai di Hospital Sri Aman, Philip terpaksa dihantar menaiki ambulans ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan sampai di hospital berkenaan, kira-kira jam 11.30 malam.


"Sementara menunggu menjalani pembedahan, anak saya tiba-tiba termuntah cebisan daging ikan berkenaan yang mula hancur.


"Anak saya muntah beberapa kali sebelum doktor melakukan pembedahan kecil mengeluarkan sisa ikan yang masih tertinggal dalam mulutnya," katanya.


Mangsa dipindahkan ke wad pediatrik HUS dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.



sumber : myMetro

Maut pertahan maruah adik

Posted: 21 May 2012 06:15 PM PDT


KLUANG: "Saya hanya mampu menjerit meminta tolong dan menutup kesan kelar menggunakan tangan bagi mengurangkan darah memancut keluar. Sebagai ibu, saya hanya mampu memangkunya dan berharap ada orang tampil memberikan bantuan.
"Beberapa minit kemudian, seorang jiran menawarkan kenderaan untuk membawa anak saya ke hospital. Malangnya, sebaik mengangkat tubuhnya ke dalam kereta, badannya mulai sejuk dan dia sudah tiada," kata Saemah Mogeri, 43, ibu kepada mangsa bunuh di Jalan Sentosa, di sini, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, Nurul Amin Mohamed Ishak, 22, dipercayai cuba mempertahankan kehormatan diri adiknya yang disyaki cuba diperkosa seorang rakannya, namun mangsa maut selepas lehernya dikelar dengan objek tajam.

Sebelum kejadian, mangsa membawa tiga lelaki dipercayai rakannya bagi menyelesaikan masalah peribadi yang berlaku antara mereka, Selasa minggu lalu.



Saemah berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah dan menerima panggilan telefon daripada anaknya yang memaklumkan sudah menemui tiga lelaki itu di sekitar bandar Kluang selepas cuba mengesan mereka sejak hampir seminggu lalu.



sumber : myMetro

Jumpa jantan dalam almari anak

Posted: 21 May 2012 06:00 PM PDT


KAJANG: Hancur luluh hati sepasang suami isteri selepas mengetahui anak gadisnya berusia 17 tahun membawa masuk teman lelaki ke dalam bilik dan melakukan hubungan seks dalam kejadian di Taman Alam Sari, Bangi, di sini.
Difahamkan, remaja terbabit beberapa kali membawa masuk teman lelakinya terutama ketika ibu bapanya tiada di rumah.
Namun, perkara itu terbongkar pada jam 10 malam Jumaat lalu selepas ibu mangsa melihat motosikal di luar rumah mereka sebelum menyiasat dan mendapati ia milik teman lelaki anak gadisnya.

Sumber berkata, perkara itu dimaklumkan kepada suaminya yang berada di luar kawasan menjalankan urusan perniagaan.



Katanya, keesokannya sebaik pulang ke rumah, bapa gadis itu mengetuk pintu bilik anaknya, namun tidak dihiraukan sebelum mereka menggertak memecahkan pintu.



sumber : myMetro

Pelik betul jambatan ni,agak-agak kukuh tak?

Posted: 21 May 2012 05:45 PM PDT

image

Fuuhh!!! hebat dan pelik jamabatan ni.Siapa yang cipta jambatan macamni? Kukuh ke tak?

Wanita..janganlah anda buat alis mata macam ni

Posted: 21 May 2012 05:30 PM PDT





Inilah Pengabdian Tulus Dari Seorang Guru Yang Cacat

Posted: 21 May 2012 05:15 PM PDT

Setelah melihat gambar ini seharusnya kita sedar betapa pentingnya tugas seorang gur., Dan semestinya kita mengenang segala macam kepayahan yang mereka harungi dalam memberi ilmu kepada anak bangsa seperti yang dilakukan oleh guru cacat ini....







Wanita Tusuk kepala suami dengan cangkul

Posted: 21 May 2012 05:00 PM PDT


Maria Savez telah dapat mengetahui suaminya mempunyai hubungan dengan pembantu rumah keluarganya.Dia mendapati mereka berdua-duan di dalam bilik.Maria pun berlari kedalam garaj dan mengambil cangkul dan terus menyerang suaminya serta menghayunkan cangkul itu .Cangkul itu tertusuk di kepala suaminya.
Suaminya telah di bawa ke hospital selepas kejadian itu.Pembedahan itu mengambil masa selama 6 jam dan dia hidup serta dalam keadaan stabil.Dia menjalani kehidupan macam biasa selepas sembuh.

sumber :http://funkydowntown.com/woman-impales-husband-with-axe

Bagaimana perasaan anda jika dihidangkan sayur begini?Geli beb...

Posted: 21 May 2012 04:45 PM PDT



Kalau aku pasti termuntah ...geli beb...

CARPUCCINO, Kereta Berbahan Bakar Kopi

Posted: 21 May 2012 04:30 PM PDT


Semakin susahnya mencari bahan bakar minyak (BBM) dari fosil yang diiringi dengan tingginya harga telah menimbulkan berbagai reaksi. Kreativiti pun muncul mencari alternatif bahan bakar.

Salah satu contohnya adalah apa yang dilakukan oleh sekelompok pensyarah di Inggris ini. Mereka memanfaatkan limbah minuman kopi sebagai bahan bakar kereta. Hasilnya ternyata hebat. Bahkan mampu memecahkan rekod dunia.

Seperti dilansir caradvice.com.au, kereta berbahan bakar kopi generasi kedua (Coffee Car Mk2) itu tercatat memecahkan Guinness World Record sebagai kereta berbahan bakar bakar sampah organik tercepat. "Kereta ini mampu dipandu hingga 124,7 kilometer se jam (kpj) dengan rata-rata kecepatan 107,0 kpj," demikian pernyataan Guinness World Record.









Mereka harus rela mengorbankan penampilan interior sedan Rover SD1 bermesin enam silinder tersebut. Kerana bahagian kabin dirombak untuk menempatkan perangkat gasifier dan berbagai peranti pendukung yang total beratnya mencapai 250 kilogram.


Kereta berbahan bakar limbah kopi yang memegang rekod serupa adalah Volkswagen Scirocco. Namun kereta itu bukan tercatat sebagai kereta dengan kecepatan tertinggi, tapi sebagai kereta berbahan bakar sampah organik yang mampu melakukan perjalanan jauh, iaitu dari London ke Menchester sejauh 337 kilometer.



Kerets itu berbahan bakar hampas kopi. Idea pemanfaatan itu berasal dari sang penemu, Jem Stansfield. Ia memperhatikan banyak sekali hampas atau limbah kopi yang terbuang dari kedai minum kopi. Melihat fakta itu idea untuk memanfaatkan hampas itu sebagai bahan bakar kereta langsung hinggap di benaknya.


Dia segera mengaplikasikan bahan bakar itu di VW Scirocco dan jadilah VW itu dinamai "Car-puccino". Guinness mencatat, mobil itu memerlukan 56 espresso untuk berjalan satu km atau 1,6 kilometer.


www.AstroDigi.com

Buat motor daripada jam tangan dan cermin mata terbuang

Posted: 21 May 2012 04:15 PM PDT

Artis berbakat Brazil Jose Geraldo Reis Pfau menciptakan miniatur motor yang indah dengan hanya menggunakan bahagian dari jam tangan dan cermin mata terbuang.Inilah hasilnya yang sungguh kreatif dan menarik.










Aksi dua ekor harimau bintang gigit ekor dan kepala ular

Posted: 21 May 2012 04:00 PM PDT



kesian ular itu dijadikan barangan mainan sahaja...

Gila Wanita Ini Sanggup Jual Rumah dan Perabot Demi Operasi Sedut Lemak

Posted: 21 May 2012 11:00 AM PDT


Gila Jual Rumah dan Perabot Demi Operasi Sedut Lemak - Menjadi lebih langsing dan boleh memakai bikini, itulah impian Jayne Fenney. Wanita Inggris itu sampai menjual rumahnya demi mendapatkan tubuh langsing melalui operasi sedut lemak yang dikutip dari Wolipop.

Jayne menjual rumahnya di Rochester, Kent, Inggris. Rumah dengan tiga bilik itu dijual seharga £ 120 ribu. Kini ia tinggal di rumah yang lebih kecil seharga £ 75 ribu.

Bukan hanya menjual rumah saja yang dilakukan Jayne demi boleh memiliki wang untuk biaya operasi sedut lemak. Dia juga menjual tempat tidur, televisyen dan mesin cuci.

Bagi Jayne semua pengorbanan yang dilakukannya itu sepadan. Kini wanita 50 tahun itu sudah mendapatkan impiannya, memiliki tubuh langsing.

Sebelum operasi sedot lemak, berat tubuh terberat Jayne 133 kg. Dia pernah cuba diet dan berat badannya turun jadi 127 kg. Diet tersebut dilakukannya sebelum dia melakukan operasi lambung pada Desember 2008. Operasi tersebut memakan biaya £5.000. Operasi tersebut sukses membuat berat badannya turun menjadi 63,5 kg.

Namun Jayne belum puas dengan tubuhnya meski telah langsing. Penurunan berat badan drastis itu membuat beberapa bahagian tubuhnya menggelambir.

"Saat memakai baju memang tidak apa-apa. Tapi di dalamnya, aku seperti seorang wanita berusia 90 tahun. Kulitku melar sekali dan aku seperti balon yang kempis," keluhnya.

Wanita yang sudah dua kali bercerai itu kemudian mulai mencari informasi soal operasi yang boleh membuat tubuhnya sempurna. Ternyata biaya untuk operasi tersebut cukup mahal £ 30 ribu. Di saat itulah ia memutuskan menjual rumahnya.

"Aku tinggal sendirian di rumah dengan bilik dan taman seluas 100 kaki. Jadi aku memutuskan aku tidak memerlukan tempat seluas itu," ujarnya, seperti dikutip Daily Mail.

Jayne sama sekali tidak merasa menyesal. "Memang sepertinya keputusan yang drastik tapi itu adalah hal terbaik yang pernah aku lakukan," tuturnya. "Aku menjual rumah untuk tubuh yang memang aku inginkan dan aku tidak menyesalkan seberapa banyak yang aku keluarkan," tambahnya.

Wanita berambut pendek itu semakin bahagia kerana kini dia boleh mengenakan pakaian yang dia dambakan. "Aku sekarang boleh memakai bikini untuk pertama kalinya. Aku tidak perlu menutupinya dengan tuala lagi. Aku bangga dengan tubuh baruku," ucapnya senang..

Mandi air kencing sebelum jumpa awek

Posted: 21 May 2012 10:30 AM PDT


VIVAnews – Bila manusia akan mandi dan bersolek hingga cantik dan wangi untuk menarik pasangan, keadaan itu tidak terjadi pada monyet liar capuchin (cebus capucinus).

Monyet jantan capuchin memang akan mandi sebelum bertemu dengan monyet betinanya. Tapi, pejantan itu akan mandi dengan air seninya sendiri untuk mengurat pasangannya.

Seperti dikutip dari web Physorg, kera capuchin jantan biasanya akan mengencingi tangannya dan kemudian membasuh air seni itu ke seluruhr bulu tubuhnya, sebelum bertemu betina.

Sebuah kajian yang dilaksanakan Dr Kimberley Phillips dan pasukannya dari Jabatan Psikologi pada Trinity University, San Antonio Amerika Syarikat, ternyata berhasil mengungkap alasan perilaku 'jorok' kera capuchin jantan itu.

Dari hasil pemindaian Functional Magnetic Resonance Imaging (FMRI), terungkap bahawa otak monyet betina akan bereaksi berbeza ketika mencium urine monyet dewasa, terutama urine monyet dewasa jantan.

Beberapa daerah di otak monyet betina khususnya yang terkait dalam proses penciuman, akan aktif sketika mereka mencium bau air kencing monyet jantan dewasa.

Dr Phillips dan pasukannya mengatakan bahawa air kencing digunakan oleh monyet sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan status sosial atau singnal bahawa mereka siap secara seksual.

Kemampuan betina untuk menangkap bau urine monyet muda dengan urine monyet jantan dewasa terkait dengan kemampuan betina untuk mendeteksi tingkat kadar testosteron di air kencing mereka.

Semakin tinggi tingkat testosteron berhubungan dengan kematangan seksual dan status sosial yang lebih tinggi di kalangan monyet capuchin.

Kajian lainnya mengatakan bahawa aksi mandi air kencing yang dilakukan monyet jantan ini diawali oleh ajakan betina ketika mereka tengah berada pada puncak kesuburan mereka. Saat itulah, frekuensi mandi air kencing sang jantan semakin meningkat.

Wanita dapat wajah baru di puji cantik

Posted: 21 May 2012 10:15 AM PDT


GAMBAR fail pada 11 Ogos lalu menunjukkan wajah Charla Nash (kiri) selepas dia diserang seekor cimpanzi.Gambar kanan menunjukkan wajahnya selepas dia menjalani pembedahan pemindahan muka di Hospital Wanita Brigham, Massachusetts pada Mei 2011.

HARTFORD, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang diserang seekor cimpanzi menyatakan dia lebih kerap keluar rumah selepas menjalani pembedahan pemindahan muka dan wajah baharunya itu dipuji cantik.

Wanita berkenaan, Charla Nash memberitahu program bual bicara terbitan NBC, Today, wajah penderma organ yang diperolehinya itu mula berubah menurut struktur tulang mukanya.

"Ada orang memberitahu saya bahawa saya cantik," kata Nash dalam wawancara tersebut yang disiar kelmarin.

"Sebelum ini mereka belum pernah memuji saya cantik," tambahnya.

Menurut Nash, dia turut disapa oleh seorang kanak-kanak semasa keluar membeli belah baru-baru ini.

"Ia belum pernah berlaku sebelum ini. Budak perempuan itu menyatakan Hi kepada saya. Saya tidak menakutkan sesiapa," katanya.

Nash diserang oleh seekor cimpanzi seberat 90 kilogram yang dipelihara oleh jirannya pada 2009.

Haiwan itu mengoyakkan hidung, bibir, kelopak mata dan tangan Nash sebelum ia ditembak mati oleh polis.

Dia menjalani pembedahan pemindahan muka dan kedua-dua belah tangannya pada Mei lalu.

Wanita itu akan menjalani pembedahan pemindahan tangan kali kedua dalam masa setahun selepas ekoran masalah komplikasi. - Agensi

sumber : kosmo online