Utusan Online - Hiburan |
Posted: Angkasa Diandara ArjunaidiOleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI
MENGHAYUN langkah setapak demi setapak langsung tidak membuatkan dia letih. Cukup asing melihat perjalanan baru yang harus ditempuhi, pendatang baru seni suara ini tahu, ada cabaran getir yang bakal mendatang. Tidak pernah lelah memastikan impiannya untuk memayungi khalayak dengan cara sendiri, Diandara Arjunaidi tahu, dia bukan siapa-siapa untuk terus menakluk angkasa seperti yang diidamkan. Cuma, ada kesungguhan dalam diri remaja usia 20 tahun ini apabila berbicara tentang hala tuju, matlamat dan harapan. Khalayak di sini belum benar-benar menghargainya ketika ini tetapi itu bukan masalah besar bagi dirinya. Melihatkan orang lain mudah diterima ramai, itu membulatkan lagi tekadnya. Dia tahu tidak semua orang akan menerimanya dengan mudah tetapi dia tahu apa yang perlu dilakukan. ...Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini. | ||
Saya bukan kepala batu – Rita Rudaini Posted: Saya bukan kepala batu – Rita RudainiOleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
AMARAN gelombang tsunami yang dikhabarkan melanda utara negara tanah air dan negara jiran pada Rabu lalu seiring dengan berita kegoyahan rumah tangga Rita Rudaini apabila suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak nekad bercerai hidup dengan pelakon berkenaan. Biarpun perit, perkhabaran paling ditakuti golongan isteri itu diterima secara terbuka setelah Rita tidak terdaya melawan gelora ombak kali ketiga terbesar sepanjang melayari bahtera hidup bersama pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu sejak empat tahun lalu. Begitu juga keadaannya tatkala didakwa segelintir pihak menjadi punca perceraian apabila dia dikatakan seorang keras kepala dan kerana lewat menghulurkan salam kemaafan dengan keluarga mentua. ...Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |