Adsense

Sabtu, 14 April 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Siti Nurhaliza Muncul Dengan Produk Baru SimplySiti Eau De Parfum

Posted: 14 Apr 2012 12:44 AM PDT

Siti Nurhaliza (dua dari kiri) pada majlis pelancaran produk baru SimplySiti Eau De Parfum (EDP). Foto AZLINA ABDULLAH
KUALA LUMPUR: Sempena ulang tahun SimplySiti yang kedua, jenama kecantikan yang diasaskan oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin melancarkan satu kategori produk baru iaitu SimplySiti Eau De Parfum (EDP).
Menurut Siti, formulasi EDP iaitu wangian peringkat kualiti tinggi, SimplySiti EDP turut menggabungkan sains dan seni haruman dari Perancis dengan hasil sentuhan pakar wangian terkemuka Perancis iaitu Joelle Lerioux-Patris dari Mane iaitu salah sebuah pengeluar wangian terkemuka di dunia.
"Wangian adalah sebahagian daripada kehidupan manusia terutama setiap wanita yang sememangnya mempunyai fitrah untuk sentiasa kekal cantik, harum dan menarik.
"Ini adalah satu-satunya wangian yang penuh inovasi kerana ia diformulasikan dengan Plant Betaphroline, menjadikan minyak wangi ini satu-satunya wangian yang boleh membantu pemakainya menjadi lebih harum.
"Ia juga berkuasa untuk menghilangkan stres dengan merangsang penghasilan endorphin iaitu hormon gembira dalam kulit kita. Dengan itu, formulasi istimewa ini bukan sekadar wangian biasa kerana ia dapat membantu mengekalkan bentuk tubuh badan dan membangkitkan 'mood'," katanya pada pelancaran SimplySiti Eau De Parfum di Hotel Double Tree, di sini, malam Jumaat.
Siti Nurhaliza menandatangani plak sebagai simbolik perasmian. Foto AZLINA ABDULLAH
Betaphroline adalah ekstrak dari tumbuhan indigo yang ditemui di kawasan Himalaya yang bertindak sebagai perangsang liposis bertujuan membantu meningkatkan pecahan lemak berlebihan pada tubuh.
Dalam pada itu, SimplySiti EDP terdiri daripada tiga jenis wangian iaitu Pure, Precious dan Memoire. Setiap wangian ini menceritakan personaliti wanita yang berlainan.
Menarik lagi, sempena dengan pelancaran ini, SimplySiti juga turut memperkenalkan konsep berlainan dalam komersil terbarunya dengan memaparkan perspektif lelaki yang menggambarkan siapa wanita idaman mereka.
Antara wajah-wajah lelaki yang bakal muncul dalam komersial produk baru tersebut ialah Penjaga Gol Pasukan Kebangsaan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, ahli perniagaan muda, SM Khalis SM Zul, Pengarah Ibex Group, Adam Yahya serta Leuniey Natasha, wajah baru di bidang komersial.
Buat para penggemar minyak wangi, harga sebotol SimplySiti Eau De Parfum hanya RM69.90 dan sudahpun berada di pasaran.

----

Isu MyPR: Aaron Aziz Enggan Bergurau Dengan Wartawan Lagi

Posted: 13 Apr 2012 11:52 PM PDT

Aaron Aziz
PETALING JAYA: Pelakon Aaron Aziz akan lebih berhati-hati dengan pihak wartawan untuk memperkatakan sesuatu kerana bimbang gurauan yang dikeluarkan daripada mulutnya disalah tafsir dan disiarkan menerusi media.
Aaron berkata dia enggan mengulangi kesilapannya seperti yang berlaku pada Isnin lalu dimana kenyataannya berhubung dengan isu permohonan taraf pemastautin tetap (MyPR) telah disalah tafsirkan.
"Saya kesal apabila kata-kata gurau bersama seorang teman wartawan disalah anggap dan terus menjadi satu berita yang besar di akhbar pada keesokan harinya.
"Oleh itu, pengajaran untuk saya di masa akan datang ialah, jangan bergurau dengan wartawan, kerana ia mungkin akan menjadi satu isu yang serius nanti," katanya yang dihubungi di sini, Jumaat.
Pada Rabu lalu, industri hiburan tempatan dikejutkan dengan satu berita gembira buat para peminat Aaron apabila pelakon kelahiran Singapura itu membuat kenyataan permohonan MyPR telah diluluskan dan ia akan diambil pada bila-bila masa.
Bagaimanapun, pada hari yang sama, Aaron tampil membuat penjelasan dia belum mendapat sebarang kelulusan berkaitan MyPR lagi, namun, mengakui dia ada bercakap gurau seperti yang diperkatakan dengan seorang teman wartawan yang dikenalinya itu.
Kata Aaron, pada kejadian tersebut, dia dan temannya itu sedang rancak berbual mengenai kemenangannya sebagai Bintang paling popular ABPBH 2011 (Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011) selain isu kritikan daripada aktor Zed Zaidi yang tidak puas hati dengan kemenangannya itu dan hal tersebut mungkin membuatkan dia teruja untuk berbicara mengenai isu permohonan MyPR itu.
"Tak sangka selepas kemenangan yang diperoleh, dua kontroversi tercetus sekaligus. Dan ia merupakan cabaran yang paling berat perlu dilalui sepanjang saya bergelar pelakon.
"Malah isteri saya turut terkena tempiasnya apabila ramai yang bertanyakan tentang hal itu," katanya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Adam dan Hawa.

----