Nuffnang

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Liyana-Fathuddin serasi bersama

Posted:

Liyana-Fathuddin serasi bersama

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
(Twitter: @shazryn_faizal)
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM


LIYANA Jasmay kelihatan seperti seorang puteri dengan gaun rekaan Rizman Ruzaini.


TERPANCAR jelas riak kegembiraan yang bukan kepalang di wajah manisnya pada malam bersejarah itu.

Butir bicara juga tersusun rapi ketika menjawab setiap soalan yang diajukan sekali gus membuktikan bahawa Liyana Jasmay semakin matang meniti kehidupannya dalam menuju ke gerbang perkahwinan.

Pun begitu, sifat keanak-anakan, manja dan ceria si genit ini masih lagi tebal dalam dirinya terutama ketika diusik dengan soalan-soalan nakal daripada pihak media yang sabar menanti untuk menemu bualnya.

Tarikh 28 Mac pastinya menjadi kenangan terindah dalam hidup Liyana apabila dirinya sudah disunting oleh sang arjuna, Fathuddin Mazlan, 28, yang bakal menjadi raja hidupnya tidak kurang setahun sahaja lagi.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tomok nanti dua kelahiran Mei ini

Posted:

Tomok nanti dua kelahiran Mei ini

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
Gambar SAGHARUDDIN ABDULLAH

TANPA berselindung riak wajahnya sudah membuktikan bahawa penyanyi serta pelakon ini sudah tidak sabar lagi untuk menanti kelahiran anak sulungnya.

Bagi Tomok pengalaman sepanjang menanti kelahiran anak pertamanya itu banyak memberi ruang kepada dia dan isteri Rahayu Abbas, 33, untuk sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan kepada keluarga kecil mereka.

Menanti detik penting dalam kehidupan berumahtangganya, kata Tomok, isterinya itu dijangka bakal melahirkan anak pertama mereka pada bulan Mei ini.

Enggan berkongsi jantina anak pertamanya ini dengan umum, Tomok memberitahu, apa yang penting adalah kandungan isterinya kini berada dalam keadaan sihat.

"Usia kandungan isteri saya kini sudahpun tujuh bulani.

"Buat masa ini saya tidak mahu memberitahu jantina anak saya, tunggulah sehingga ia dilahirkan," katanya ketika ditemui pada program MasterChef Selebriti Malaysia terbitan Astro di Bukit Rimau Industrial Park, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan