Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Bob Kuman Perlukan Bantuan Mesin Oksigen, Kini Tinggal RM36 Dalam Akaun Simpanan.

Posted: 15 Apr 2012 10:10 PM PDT

Pilu hati kami apabila membaca laporan eksklusif Mazidul, 'Saya Hanya Ada RM36 Dalam Akaun Simpanan – Bob Kuman' berkenaan Bob Kuman yang terpaksa menanggung hutang hospital ekoran keadaan kesihatannya yang semakin merosot.

Kisahnya bermula apabila Bob terjatuh ketika berada di sesi pengambaran siri televisyen Jangan Pandang Belakang Congkak' sekitar malam tahun 2011. Ketika itu, Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi yang berada di tempat kejadian.

Memetik kata-katanya, "Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri  ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi."

Kini, kesihatan beliau semakin merosot dan terpaksa bergantung penuh kepada mesin bantuan oksigen, apatah lagi bergerak kesana sini sejak 8 April lalu.

Menurut Bob, beliau amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan tersebut kerana kesempitan wang.

Kepada masyarakat Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala berikut nombor akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.

Kisah Hidup Katy Perry Difilemkan

Posted: 15 Apr 2012 09:16 PM PDT

Trailer berjudul Katy Perry : Part Of Me mula dilepaskan melalui laman Youtube untuk tontonan umum di seluruh dunia menyaksikan kisah suka duka penyanyi 'Hot and Cold' sepanjang bergelar penyanyi sensasi difilemkan.

Filem dokumentari yang diarahkan oleh Jane Lipsitz dan Dan Cutforth ini akan merakamkan footage close-up Kat Petty sepanjang berlangsungnya jelajah konsert California Dreams yang bermula sejak 2 tahun yang lepas.

Perry, 27, berkata bahawa dia amat teruja membongkar segala rahsia peribadinya melalui filem itu. Dan dia berjanji bahawa peminat akan lebih mengenali sisi peribadi beliau selepas menonton filem tersebut.

Filem ini turut mendapatkan sentuhan pemasaran daripada Paramount yang sebelum ini bertanggungjawab mengedarkan filem Justin Bieber : Never Say Never, dimana ia mencatatkan keuntungan kasar mencecah USD$100 juda seluruh dunia.

Trailer ini menjanjikan ketelitian daripada segi kerja tungkus lumus Perry untuk bergelar bintang popular, kisah penceraiannya dengan pelakon Russel Brand, serta pelbagai footage jelajah konsert.

Filem ini akan ditayangkan mulai 4 Julai 2011.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan