Adsense

Isnin, 16 April 2012

Celebrity News

Celebrity News


Cerita Seram : Kanak-Kanak Kecil Dalam Pejabat

Posted: 16 Apr 2012 09:00 AM PDT

Di sini saya ingin menceritakan mengenai pengalaman yang saya alami hingga sekarang. Cerita ini taklah seram sangat. Cuma hanya ingin berkongsi dengan anda sahaja. Saya sudah dua tahun bekerja di sebuah pejabat di kawasan Raffles Place. Saya tidak terkena gangguan. Cuma saya menyedari sahaja bahawa ada makhluk halus lain yang ada bersama saya di dalam pejabat saya.

Saya selalu tiba di pejabat sekitar jam 6.30 pagi. Saya suka datang awal kerana ada hal-hal urusan kerja yang tidak boleh saya buat semasa pekerja lain ada di dalam pejabat. Pada waktu sedemikian, suasana di kawasan Raffles Place sememangnya masih gelap dan belum ramai lagi pekerja di pejabat. Pejabat saya pula terletak di tingkat sebelas dan agak sunyi dan malap. Kerana sudah terbiasa dengan keadaan sedemikian, saya tidak terfikir apa-apa.

Pada bulan pertama saya mula bekerja, tidak ada apa-apa masalah, gangguan ataupun kejadian aneh. Bulan berikutnya, perkara aneh mula bermula. Setibanya saya di pejabat, saya menghidupkan lampu di bilik mesyuarat sahaja. Saya biarkan saja kawasan meja saya gelap kerana saya senang membuat kerja di dalam keadaan gelap dan sunyi. Senang untuk saya menumpukan konsentrasi. Tidak ada orang yang mengganggu.


Sedang khusyuk membuat kerja di depan komputer, tiba-tiba terdengar seperti seseorang sedang menggunakan komputer juga. Kibod komputer dihentak-hentak. Bunyinya agak jelas. Saya pun tidak menghiraukannya. Selepas itu terdengar pula seperti bunyi seseorang sedang bermain-main dengan langsir plastik yang disangkut di tingkap pejabat. Saya pun buat tak endah. Saya masih teruskan membuat kerja saya.

Saya teringat pesan orang tua-tua. Buat bodoh saja. Kita tak kacau dia, dia tak kacau kita. Semakin lama, semakin kuat bunyinya. Tergerak hati ingin menghidupkan lampu. Tapi saya lupakan sahaja. Saya meneruskan kerja saya. Tiba-tiba terdengar suara kanak-kanak ketawa seperti kesukaan sambil berbisik-bisik di antara satu sama lain. Berdiri bulu roma saya.

Tetapi saya tetap tergerak hati ingin melihat apa sebenarnya yang membuat bising. Bila saya bangun saja dari kerusi saya untuk menuju ke ruang lain, bunyi itu hilang. Apabila saya menjenguk, tidak ada apa-apa pun. Apabila saya pulang ke meja saya, terdengar bunyi budak ketawa lagi. Di dalam gelap ditemani lampu yang datang dari bilik mesyuarat, saya ternampak dua sosok bayang hitam. Ia seperti tubuh kanak-kanak kecil di belakang sebuah tembok di dalam pejabat saya. Wajah mereka kurang jelas. Entah macamana, tiba-tiba saya memberi salam dan berkata, "Kau nak main, mainlah. Jangan ganggu aku bekerja. Aku datang sini hendak mencari rezeki." Selepas itu saya pulang ke meja. Terasa juga seperti ada yang melihat tetapi saya buat bodoh saja.

Pernah seorang kawan saya, Yana, datang ke pejabat saya untuk menemani saya bekerja. Dia berkata, "Babe, pejabat kau ni ada budak-budak eh? Aku tengok mereka bermain-main di belakang tu." Kawan saya ni boleh melihat apa yang kita tak nampak. Saya sudah terbiasa dengan perkara ini semua. Saya pun menjawab kawan saya, "SShhh... Biarlah mereka hendak buat apa di belakang tu. Asalkan tak ganggu aku sudah..." Kawan saya Yana bersuara lagi, "Aiii??? Main jenguk-jenguk pulak???" "Mereka ada di mana sekarang?" saya bertanya pada Yana. Yana pun menjawab, "Tu... Belakang tempat bos kau duduk tu..." Selepas mendengar apa yang Yana katakan, saya hanya tersenyum.

Hingga ke hari ini, masih kedengaran bunyi-bunyian yang aneh itu walaupun di waktu petang, bermula pukul 12 tengahari jika tidak ada orang.

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Bob Kuman Kini Sakit Dan Perlukan Bantuan Anda !!

Posted: 16 Apr 2012 07:02 AM PDT


Bob Kuman


Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.

Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.

"Bang, tolong datang ke rumah saya sekejap, boleh? " soal Bob Kuman.

"Ada apa Bob?," soal saya.

"Abang tolong datang sahaja," pintanya.

Pada awalnya saya berasa agak hairan dan menjangkakan Bob hanya sekadar bergurau. Terfikir, jika dia berhadapan masalah, tentunya sebagai artis terkenal, dia mempunyai ramai kenalan bersedia untuk membantu.

Apapun, hati kecil mendesak saya memenuhi permintaannya lalu mengajak kru 666, Razali Harun untuk menemankan saya bertemu Bob.
 
 
 
"Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak', siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri  ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi," ujar Bob.

Tambah Bob, dia dirawat di hospital terbabit dalam tempoh lebih 2 minggu.

Sambil berbual, saya perhatikan mesin oksigen dan wayar dimasukkan ke dalam hidungnya bertujuan untuk membantu pernafasan.
 
 
 
 
"Orang tidak cukup oksigen bang, tidak ubah seperti sayur layu. Kulit saya pun telah berubah warna," celah Bob.

"Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat," katanya biarpun kelihatan dalam kesakitan dan sukar menarik nafas.

"Kongsikan fakta, itu tidak salah," celah saya.

"Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang. Dalam keadaan begini, saya pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah gerai Bawal Power saya kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi kewangan," jelas Bob.

Sesekali sewaktu berbual, dia berhenti, diam untuk menarik nafas.
 
"Timbalan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, pernah menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan. Saya memaklumkan wakil dia, bila simpati, dapat benda lain, dapat beras, dapat biskut. Siapakah hendak membantu menjelaskan bil hospital saya? Saya rasa macam malu," kata Bob lagi.

Bob memaklumkan saya, dia kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

"Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan," bisiknya.

Saya kemudian menghubungi Zed menggunakan telefon bimbit. Mujur dalam kesibukan dengan kegiatan seharian, dia masih berpeluang untuk mengangkat panggilan dari nombor tidak dikenali.



"Melalui SENIMAN, saya telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni tetapi setakat ini belum mendapat sebarang keputusan dan berapakah jumlah bakal diterima oleh Bob. Sebelum ini, beberapa artis seperti Nasir P. Ramlee dan Kamal Pendek telah menerima sumbangan dari tabung terbabit," jelas Zed.

Selepas berhubung dengan Zed, saya kemudian memaklumkan kejadian menimpa Bob kepada Penerbit program Melodi, TV3. 

Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
 
Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 112371007047)

'Bantulah, semoga Allah sentiasa membantu sewaktu kita ditimpa musibah'

HEBAHKAN

 
Kredit kepada Mazidulakmal.com
 


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Bekas Pengacara Rancangan Gossip Nak Bunuh Diri Dengan Minum Bahan Peluntur

Posted: 16 Apr 2012 01:05 AM PDT

Menurut sumber daripada laman Gossip Rotikaya seorang artis bekas pengacara rancangan Gossip dikatakan cuba membunuh diri dengan meminum bahan peluntur sehingga tidak sedarkan diri.Namun seperti biasa ia hanyalah gossip selagi berita tersebut tidak keluar dikaca TV ataupun diakhbar.


Dan menurut info tersebut pengacara gossip tersebut dalam keadaan tertekan, dan mengakibatkan beliau mengambil jalan singkat tanpa memikirkan kesan perbuatannya.


Pengacara tersebut bernasib baik kerana ahli keluarga secara kebetulan berada di rumah beliau, dan tanpa berlengah menghantar beliau ke Unit Rawatan Rapi (ICU)

ZoOM : Entah apa yang terjadi sehingga artis/pengacara Wanita tersebut mengambil jalan singkat kerana tidak dapat menerima tekanan yang berada dalam minda beliau. Jika berita ini benar, ZoOM berharap sesiapa sahaja yang ingin mencuba cara ini cubalah fikirkan apa kesannya kepada anda dan keluarga anda.

APA KOMEN ANDA ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Cerita Seram : Memancing Di Pulau Belakang Mati

Posted: 16 Apr 2012 12:43 AM PDT

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sewaktu memancing di Pulau Belakang Mati. Ianya bermula semasa sekolah penggal ketiga, waktu itu saya sudah pun berada di menengah 4. Saya serta teman-teman saya bercadang untuk pergi memancing di Pulau Belakang Mati atau lebih dikenali sebagai Sentosa. Tempat yang ingin kami tujui agak terpencil dan dikatakan keras juga.

Kami menaiki feri untuk ke Pulau Belakang Mati. Tiba saja di pulau itu, kami terus menaiki monorel dan terus ke Fort Siloso. Untuk pengetahuan semua, ketika itu laluan terdekat merupakan jalan yang harus menempuhi curam yang tinggi, yakni tangga besi yang memang telah berada di pulau itu sejak dulu lagi. Silap langkah boleh membawa maut. Walaupun kami boleh menyusur tepi pantai tetapi ia lebih memenatkan dari menuruni tangga besi itu.

Sesampainya kami di sana, masing-masing pun melabuhkan punggung di tepi pantai. Tangan dan muka kami bercalar-calar akibat dicucuk tangkai-tangkai tajam semasa menuruni tangga besi itu. Dipendekkan cerita kami pun mula memancing. Matahari mulai condong dan suasana menjadi kelam. Tiba-tiba, joran saya disentap dengan kuatnya, begitu juga dengan teman-teman saya secara serentak. Tanpa membuang masa kami pun sambar joran masing-masing dan terus menarik ikan itu ke darat. 


Seronok bila pancingan kami terkena ikan. Ikan merah pula tu. Walaupun bersaiz sederhana tetapi pancingan kami terus mengena sehinggakan tak cukup tangan dibuatnya. Sedang kami leka dengan sambutan yang meriah itu, saya terasa seakan ada sesuatu memandang kami. Saya menoleh ke kanan dan hanya ternampak seketul batu yang tingginya lebih kurang empat kaki berdekatan dengan tempat kami memancing. Oleh kerana tiada apa yang mencurigakan, saya teruskan pancingan saya.

Oleh kerana keadaan di situ semakin gelap, kami pun mula memasang lampu di kepala agar mudah untuk bergerak. Entah mengapa perasaan saya terdorong dengan kehadiran sebiji mata yang berwarna kekuning-kuningan berada betul-betul di atas batu tadi. Saya pun menyalakan lampu di kepala saya ke arah biji mata itu, alangkah terperanjatnya saya bila terlihat sesusuk tubuh sedang duduk di tempat batu tadi, lantas susuk tubuh itu menghilang. Peliknya ikan merah tak henti-henti menyambar umpan kami dan saiznya bertambah besar. Saya mula merasa curiga dengan keadaan itu, seperti ada yang tak kena. Teman-teman saya kesukaan dan tertawa riang dengan hasil tangkapan mereka. Seolah-olah terpukau dengan serangan ikan merah yang menyerah diri bertubi-tubi.

Saya cuba pagari diri dan minta pertolongan dari Allah S.W.T dengan membaca surah Al-Istiadzah, bunyinya begini :-

"Dengan nama Allah aku bertawakal kepada-Nya. Tiada upaya dan kekuatan (atas kami) melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi. Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah segala di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang dicipta-Nya dengan berkat doa .... La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah..."

Selesai saja saya membaca ayat ini, ikan yang tadinya datang bertubi-tubi henti dengan serta merta. Keadaan di sekeliling kami sunyi sepi. Batu yang setinggi empat kaki tadi telah pun berubah. Seakan membentuk seseorang yang sedang duduk monongkat dagu. Mata yang kekuningan tadi telah berubah menjadi merah menyala. Tanpa berlengah lagi saya cuit kedua-dua teman saya agar terus beredar dari situ. 

Mereka setuju dengan usulan saya dan terus menyusur tepi pantai. Malangnya perjalanan kami terhalang seperti ada yang menahan kami dari meninggalkan tempat itu. Saya pun menyuruh teman-teman saya terus membaca 3 "Qul" dengan lantang, diikuti dengan laungan "Allahu Akbar" berkali-kali barulah kami dapat lepas dari tempat puaka itu. Terdengar suara mendengus dengan garaunya dari belakang kami namun kami teruskan perjalanan kami. Mujur tiada satu pun di antara kami yang menoleh ke belakang, jika tidak entah apa akan terjadi kepada kami bertiga, saya pun tak pasti. Sejak hari yang bersejarah itu, kami tidak lagi pergi memancing di Pulau Belakang Mati.

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Cerita Seram : Panggilan Dari Teman Yang Dah Meninggal Dunia

Posted: 16 Apr 2012 12:40 AM PDT

Tujuan saya cerita saya ini bukan lah untuk menakutkan dan mengaibkan sesiapa. Nama saya Naz, saya berasal dari sebuah daerah di Johor. Pengalaman yang ingin ceritakan ini berlaku pada beberapa kawan saya.

Perkara ini berlaku sekitar tahun 2001, ketika itu saya serta kawan-kawan sedang meniti alam remaja. Yelah pada zaman itu kami dalam suasana keseronokan. Pada akhir bulan Oktober pada tahun itu, saya dan kawan-kawan telah dikejutkan dengan berita kematian salah seorang kawan saya yang telah disahkan berpunca dari serangan jantung. Bila dapat berita yang mengejutkan ini, saya serta kawan-kawan yang lain berasa amat terkejut kerana selama ini arwah tidak menunjukkan tanda-tanda dia sakit.

Setelah selesai memandikan, mengkafankan serta menyembahyangkan jenazah arwah, saya serta kawan-kawan yang ada turut sama menghantar jenazah hingga ke tanah perkuburan untuk disemadikan. Setelah jenazah dimasukkan ke liang lahad dan dikebumikan, salah seorang kawan saya yang bernama Din telah bertanyakan pada saya samada saya ada nampak telefon bimbitnya atau tidak. Saya mengatakan tidak nampak, mungkin dia tertinggal di rumah. Masa itu saya dan kawan-kawan hanya mampu pakai telefon bimbit Nokia 3310 sahaja. Untuk memujuk kawan saya pada masa itu, saya beritahu mungkin masa dia datang ziarah tadi dia tidak membawa telefon bimbitnya.


Kawan saya cakap kalau telefon hilang tidak mengapa, cuma dia runsingkan adalah "SIM Card" di dalamnya. Sebab nombor saya serta kawan-kawan yang lain ada tersimpan di dalamnya. Dipendekkan cerita, setelah tujuh hari arwah kawan saya meninggal, salah seorang kawan saya yang bernama Mat telah mendapat panggilan telefon dari nombor Din yang telah hilang tempohari. Mat mengatakan sebaik sahaja dia menjawab panggilan telefon itu, Mat telah terdengar suara yang berada di talian adalah suara arwah kawan saya yang meninggal dunia hari itu.

Telefon bimbit kawan saya telah terjatuh semasa menguruskan jenazah arwah. Bukan Mat sahaja yang mendapat panggilan telefon itu, tiga lagi kawan saya juga telah mendapat panggilan telefon itu. Arwah mengatakan dia akan menunggu kami datang di tempat yang biasa kami berjumpa setiap kali keluar pada jam 12 malam. Selama empat hari berturut-turut kawan-kawan saya mendapat panggilan yang menyeramkan itu. Sebulan selepas itu tiada lagi panggilan yang menyeramkan itu. Mungkin disebabkan telah kehabisan bateri. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!