Adsense

Jumaat, 23 Mac 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Masalah Kesan Kuning Pada Baju Kini Selesai

Posted: 22 Mar 2012 02:46 AM PDT

Kerjaya sebagai penulis blog sepenuh masa sangat sibuk. Setiap hari pasti jadual Budiey penuh dengan undangan ke majlis dan event. Kadang-kadang letih juga. Yelah, masa mana nak update blog, kan? Rasa macam takde masa.

Sebagai blogger dunia hiburan, Budiey tak lepas dari kritikan daripada selebriti dan artis tentang penampilan. Kawan-kawan terdekat pun ramai yang komplen dengan gaya penampilan Budiey. Mereka adalah cermin diri kita, jadi tak salah untuk mengambil kritikan membina dari mereka yang terdekat. Yang mengutuk lebih-lebih atau yang suka beri kritikan yang tak membina tu, kita biarkan je ketepi. Pekakkan telinga, betul tak?

Begitulah juga dengan penjagaan diri, memang sangat penting kerana Budiey selalu di kelilingi oleh selebriti dan rakan-rakan di majlis. Bila kita jaga penampilan dan nampak ohsem, pasti kita akan rasa yakin dan ohsem jugak, tak gitu?

Minyak wangi dan deodorant tak boleh tinggal, memang kena pakai untuk membuatkan orang terdekat dengan kita rasa selesa apabila berada bersebelahan dengan kita.

aaron aziz

Baru-baru ini, semasa road tour Anugerah Bintang Popular – Berita Harian ke Kuching Sarawak, Budiey telah bertemu dengan pelakon baru yang kebetulannya pulang bercuti di Kuching. Nama pelakon lelaki yang Budiey maksudkan ialah Fir Affandi.

Sempatlah Budiey ambil gambar Fir Affandi. Semasa tengah sibuk ambil gambar Fir, dia ada ternampak kesan kuning pada bahagian ketiak baju yang Budiey pakai tu. Walaupun baju Budiey pakai tu taklah putih mana tapi kesan kuning tu ketara. Apa lagi, memang malu ya amat sangat la kat Fir. Kalau nak tahu, bukan Fir saje yang perasan tentang ada kesan kuning tu, ada beberapa orang lagi selebriti yang tegur Budiey pasal tu. Memang memalukan ya amat!

Pakailah baju mahal atau yang berjenama sekalipun, tapi kalau ada kesan kekuningan kat ketiak tu, memang sesiapa pun akan rasa kurang yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Sangat memalukan, terutama jika kita memakai baju warna putih, memang sangat jelas nampak jika kita berpeluh.

Selain pakai baju warna putih, memang baju warna hitam pun tak terkecuali, warna kuning itu masih kelihatan juga. Sedikit sebanyak dapat memberi kesan yang tidak elok untuk penampilan. Kalau boleh, kita mahu sentiasa nampak bersih dan kemas. Tak gitu?

Nak tahu apa sebabnya ada kesan kuning pada bahagian ketiak? Mengikut pengalaman Budiey, kesan warna kuning itu adalah akibat memilih deodarant yang salah.

Ianya hasil dari tindak balas campuran bahan kimia yang terkandung dalam deodorant, peluh pada badan dan juga bahan fabrik pakaian kita.

Ini juga disedari oleh isteri Budiey. Setiap kali pulang dari majlis atau event hiburan, Budiey pasti akan ditegur oleh isteri dan Budiey bingung nak atasi masalah ini.

Masalah utama bila nak basuh baju ni, memang kesannya masih kelihatan. Memang ia satu kesan yang sangat degil untuk ditanggalkan. Basuhlah berkali-kali pun, memang susah jugak. Ini memang menjadi satu masalah besar pulak bagi kami suami isteri.

Isteri Budiey pun sangat bingung dan rupanya dia ada satu idea untuk mengatasi masalah ini.

Satu hari, isteri Budiey telah membelikan deodorant terbaru iaitu NIVEA For Men Invisible For Black & White Deodorant.

Nivea

Budiey pun cuba pakai dan tidak lagi menggunakan deodorant yang biasa Budiey pakai sebab deodorant tulah yang memberikan kesan kuning pada baju.

Selepas 5 hari menggunakan NIVEA Black & White Deodorant, Budiey dapat kesan yang sangat positif.

Kini, kesan kuning yang ada pada baju di bahagian ketiak itu sudah hilang dan tidak nampak walau sedikit kesan pun. Segalanya ditanggung beres setelah Budiey menggunakan NIVEA Black & White ini.

Samada anda nak percaya cakap Budiey, atau mahu terus ke kedai berhampiran anda dan mencuba menggunakannya, terserah pada anda.

Budiey happy sangat dan mahu berkongsi cerita ini kepada semua pembaca. Jika korang ada masalah yang sama, apa kata korang bertukar kepada NIVEA Black & White Deodorant.

Cubalah sekarang, kalau tak cuba korang tak tahu kesannya.

Mahu lebih mendalami apa yang Budiey rasakan? Jom tonton sikit movie pendek yang Budiey rakamkan ini. Anda pasti dapat merasakan apa yang Budiey rasai selepas memakai deodorant ini.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Trivia: Handbag Pelakon Wanita Mana Ni?
  • Gambar Baju Ayu OIAM di Anugerah Bintang Popular
  • Baju T Neelofa Untuk Peminat Setia Neelofa
  • Gambar Saida & Sairah di Pelancaran Ewah-Ewah TV3
  • Trivia: Beg Kuning Penyampai Radio Mana ni
  • Gambit Saifullah & Lisa Surihani Menang Best Dress ABP 2009
  • Gossip: Ketiak Pelakon Berbau Semerbak
  • Gambar Mizz Nina di Shout! Awards 2010
  • Pure Salt Dead Sea Selesaikan Masalah Kesihatan Anda
  • Gambar Eksklusif Siti Nurhaliza di Post Party AIM14
  • Gambar Sekitar Malam Prebiu Media Filem JIDIN SENGAL

    Posted: 21 Mar 2012 05:12 PM PDT

    TAYANGAN FILEM JIDIN SENGAL BERMULA HARI INI

    Akhirnya, setelah lama menunggu, filem JIDIN SENGAL lakonan lucu lagi menggeletek jiwa dari Angah Raja Lawak dan Along Raja Lawak serta rakan-rakannya akan berada di pawagam pada hari ini.

    Jika anda, pembaca yang suka menonton filem santai yang tak perlu untuk berfikir banyak perkara, silalah ke panggung untuk menonton filem arahan pertama dari Esmi Zahara Yusof. Budiey sebenarnya, dah lama mengenali Esmi ni, sejak beliau bekerja sebagai PR di Pesona Pictures lagi. Dulu pernah minta tajaan goodie bag untuk menganjurkan Movie Day Out Filem Waris Jari Hantu, kalau tak silap 4 tahun lalu la. Jika anda masih ingat lagi la kan.

    Kalau nak tahu, Esmi Zahara ni adalah anak saudara kepada pengarah tersohor, Datuk Paduka Shuhaimi Baba. Patutlah wajah diorang lebih kurang sama kan?

    Selain dari mat sengal dua orang tu, filem Jidin Sengal ni sekali lagi memepertaruhkan watak Azrul Zaidi dan Zac Diamond (X-Factor) bergabung kembali bersama dengan beberapa orang pelakon tambahan yang lain.

    VIDEO SEKITAR SIDANG MEDIA FILEM JIDIN SENGAL

    Menurut Esmi Zahaara, Filem Jidin Sengal mengisahkan tentang kehidupan realiti pelakon-pelakon ekstra. Ia berdasarkan pengalaman beliau sendiri kerana Esmi banyak berkawan dengan pelakon tambahan. Filem ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak kerana ia dilakarkan dengan mesej yang lebih santai secara umum. Esmi juga berharap filem ini dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak muda untuk bekerja keras dan tidak pernah berputus asa untuk mencapai cita-cita.

    Jidin Sengal

    "Idea nak buat filem ini dah lama sejak lima tahun lalu, namun waktu itu saya belum ada peluang lagi. Bila penerbit, Ernie Chen menawarkan saya, saya ambil masa tiga minggu untuk berfikir memandangkan ini merupakan filem pertama arahan saya. Masa saya buat keputusan, saya jumpa Shuhaimi dan dia bagi sokongan suruh saya lakukan perkara ini."

    Bagi Budiey, filem ini lebih kelakar dan lebih menghiburkan jika nak dibandingkan dengan filem Suatu Malam Kubur Berasap. Corak persembahan dan jalan cerita bukan saja menghiburkan, malah sarat dengan mesej positif juga.

    Selain daripada Along, Angah, Azrul dan Zach, filem ini turut menampilkan Faezah Elai, Jue Aziz dan penampilan khas oleh Seniwati Mariani, Hamid Gurkha, Norman Hakim, Memey Suhaiza dan ramai lagi. Filem kedua terbitan syarikat produksi outLOUD Studios ini bakal menemui penonton pada 22 Mac 2012.

    Majlis Prebiu Media filem JIDIN SENGAL telah pun berlangsung pada 13 Mac yang lalu dan dihadiri oleh semua pelakon utama. Budiey juga dapat saksikan pelakon Faezah Ilai juga terpalit dengan watak yang dibawanya yang menggambarkan beliau merampas kekasih orang, sedangkan filem ini dibuat sebelum 'perkara itu'berlaku dan segalanya dibuat tanpa dirancangkan. Secara kebetulan. Faezah Ilai turut dilontarkan dengan pertanyaan tentang wataknya itu seperti menggambarkan sikapnya di luar filem.

    Apa sahaja kontroversi di sebalik filem JIDIN SENGAL ini, pastikan anda menjadi penonton pertamanya di pawagam hari ini ya! Terus jejak kaki anda di pawagam kerana Jidin Sengal pasti buat anda ketawa.

    Budiey juga akan mengadakan Movie Day Out Bersama Pembaca Budiey.com tak lama lagi, namun, untuk korang, jangan tunggu MDO ini sebab tiket percuma dan goodie bag hanya terhad kepada 12 orang sahaja. Kepada yang hadir, Budiey akan kasi hadiah berupa baju T eksklusif Jidin Sengal dan barangan merchandise dari budiey.com.

    Layari laman sesawang rasmi filem JIDIN SENGAL:
    www.jidinsengal.com

    Prebiu Jidin Sengal

    Jidin Sengal

    Angah Raja Lawak

    Jidin Sengal

    Faezah Ilai

    Jidin Sengal

    Jue Aziz

    Jidin Sengal

    Zack

    Jidin Sengal

    Along Charm

    Jidin Sengal

    Prebiu Jidin Sengal

    Prebiu Jidin Sengal

    Prebiu Jidin Sengal

    Prebiu Jidin Sengal

    Prebiu Jidin Sengal

    Prebiu Jidin Sengal

    Prebiu Jidin Sengal

    Prebiu Jidin Sengal

    Prebiu Jidin Sengal

    Prebiu Jidin Sengal

    Prebiu Jidin Sengal

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Promosi Filem Jidin Sengal Sekitar KL Sentral
  • Along, Angah, Azrul & Zac Gamatkan JIDIN SENGAL
  • Sinopsis Filem JIDIN SENGAL
  • Gambar Sekitar Malam Gala Filem HAQ
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Karak
  • Sekitar Prebiu Filem Kembar Siang
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Apa Tengok Tengok
  • Gambar Ummi Nazeera di Prebiu Hikayat Merong Mahawangsa
  • Gambar Nur Fazura di Prebiu Media Filem Bujang Telajak
  • Gambar Dafi di Majlis Pra Tonton Apa Kata Hati