Adsense

Jumaat, 23 Mac 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Isu Islam : Raja Petra Sedia Berdebat Dengan Anwar dan Najib

Posted: 23 Mar 2012 07:22 AM PDT

Raja Petra Kamarudin pernah ditahan dibawah I.S.A berkenaan Isu Agama ketika dahulu berhubung di laman Blognya Malaysia Today, Apa yang menjadi isunya sekarang Raja Petra sudah bersedia untuk berdebat dua tokoh politik di Malaysia iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dibawah kendalian pengasas wikileaks, dan isu dibangkitkan fokus kepada isu Islam.

gambar hiasan


Berikut adalah petikan yang dikemukkan dari akbar mStar Online

"Ya, saya sudah pasti akan bersetuju untuk berdebat dengan kedua-dua Najib dan Anwar.

"Dan, oleh kerana saya pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atas dakwaan bahawa saya telah menghina Islam, dan diugut dengan (kemungkinan) penahanan kali ketiga, yang memaksa saya meninggalkan negara, saya mahu berdebat mengenai Islam," katanya dalam entri di blognya, petang Khamis.

Pada Khamis, Anwar berkata, beliau bersetuju untuk berdebat dengan Najib dan Raja Petra, yang kini berada di luar negara.

Menurut Anwar, pengasas Wikileaks, Julian Assange telah menyatakan persetujuan untuk menganjurkan debat tersebut.

"Saya telah menyatakan persetujuan kepada beliau, kini terpulang kepada Perdana Menteri dan Raja Petra sama ada mereka bersetuju ataupun tidak.

"Ia boleh diadakan di mana-mana saja secara sidang video tanpa bertemu antara satu sama lain, saya menyerahkan kepada mereka bila perlu diadakan. Saya sentiasa bersedia," katanya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi Twitter pada Rabu, Wikileaks mempelawa Najib untuk mengadakan debat dengan Anwar dan Raja Petra sama ada secara bersama atau secara berasingan.

Menurut Wikileaks, kenyataan akhbar itu dikeluarkan sebagai respons kepada kontroversi baru-baru ini berkenaan Anwar dan Raja Petra serta kenyataan Najib yang menyusul.

Wikileaks berkata, jika Najib menerima jemputan itu, debat itu akan difilemkan dan akan diikuti oleh lebih 600 juta pengikut laman web kontroversi itu.

Mengulas lanjut Raja Petra berkata, beliau berada dalam 'buangan kendiri' sebab dikatakan telah menghina Islam.

"Saya mahu berdebat mengenai Islam, jadi kita boleh berhujah sama ada saya telah atau tidak menghina Islam

"Anda tidak boleh menghina sesuatu yang tidak wujud. Jadi, Najib dan Anwar masing-masing boleh mempertahankan versi atau tafsiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mengenai Islam," katanya.

Sebelum ini Anwar pernah menolak untuk menyertai wawancara yang dianjurkan Wikileaks setelah Raja Petra mahu menyertai wawancara yang sama.

Kemudiannya pihak produksi wawancara itu membuat keputusan untuk meneruskan sesi berkenaan dengan mengekalkan Anwar dan Assange tanpa melibatkan pihak lain.

Baru-baru ini media melaporkan berhubung dakwaan Raja Petra bahawa penggugurannya daripada senarai ahli panel forum anjuran WikiLeaks di Kent, England dibuat atas permintaan Anwar.

Raja Petra turut menganggap Anwar sebagai pengecut kerana enggan bersemuka dengannya dan mendakwa Anwar mungkin mengambil tindakan itu sebab bimbang perbincangan pada forum berkenaan akan membangkitkan isupolitik semasa di negara ini.

Diharapkan sekiranya perdebatan ini berjaya, mungkin banyak isu isu terpendam akan dapat dijelaskan dengan baik mengikut 3 pandangan tokoh politik ini.

Owen Wilson Memalukan Fahrin Ahmad Untuk Bergambar

Posted: 23 Mar 2012 01:21 AM PDT

Artis Malaysia Fahrin Ahmad berhasrat untuk bergambar dengan aktor Hollywwod Owen Wilson sewaktu di majlis Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP BALL 2012 punah dan kecewa apabila permintaannya hanya untuk bergambar ditolak tanpa mengenali siapa artis malaysia itu

Insiden memalukan itu berlaku selepas Owen bertemu dengan pihak media di sebuah tempat khas yang disediakan.

Walaubagaimanpun Fahrin yang merupakan salah seorang selebriti tempatan yang dijemput ke majlis itu menganggap perkara tersebut bukanlah satu hal yang serius. Bagus Fahrin nie senantiasa berfikiran positif.



Katanya lagi "Saya memang mahu bertemu dengan aktor tersebut serta selebriti Hollywood yang lain. Harap-harap saya ada peluang lagi untuk bertemu dengannya pada masa akan datang nanti".

Selain Owen dan Fahrin, antara yang hadir ialah Dayang Nurfaizah, Sazzy Falak, Leona Lewis, Adrien Brodyen, Camilla Belle, Fernando Morientes, Michel Salgado, Fabio Cannavaro dan David Haye.


Majlis yang penuh mewah itu telah berlangsung di Hotel Mandarin Oriental pada malam Khamis dengan kehadiran selebriti-selebriti Hollywood dan tempatan untuk meraih dana khas bersempena dengan sambutan edisi ke-14 perlumbaan Petronas Grand Prix Malaysia Formula Satu (F1).