Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Portal TONTON Perkenal Siaran TV Catch Up Posted: 15 Mar 2012 12:59 AM PDT TONTON MAJU KE HADAPAN Tonton, portal video premier di Malaysia, mencatat kejayaan terkini dengan pendaftaran melebihi 2 juta keahlian dalam masa kurang daripada 18 bulan selepas dilancarkan. Pencapaian bermakna Tonton semenjak ia dilancarkan berjaya membuktikan portal video berasaskan internet memenuhi permintaan ramai untuk 'video on demand' pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. "Bilangan pendaftaran yang menjangkau 2 juta keahlian juga menunjukkan minat rakyat Malaysia dalam dunia penyiaran televisyen internet, selari dengan perkembangan dunia antarabangsa kini", menurut Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan, Media Prima Berhad. Tonton, yang tersenarai antara peningkatan terpantas dalam carian Google 2011, turut menerima lebih 29 juta tontonan pelawat dan membekalkan lebih 31 juta 'streaming' video kepada pelanggan di seluruh dunia pada tahun lalu. Perkembangan teknologi telefon pintar, dengan pengenalan peranti telefon yang lebih sotisfikated selain komputer tablet, dilihat menyumbang kepada peningkatan pelayar Tonton yang menggunakan aplikasi 'mobile' untuk menonton video. Tonton menjangkakan capaian akses dalam dunia internet 'mobile' bakal lebih baik di masa hadapan dengan pembangunan dan penambah-baikan dalam sambungan internet 'mobile' , selain menerima fakta yang pengguna kini sedar yang mereka boleh memenuhi permintaan sendiri pada bila-bila masa. Dalam masa yang sama, Tonton menawarkan siaran televisyen 'catch-up' secara 'online' bagi tempoh lebih lama, selain menawarkan capaian penonton yang lebih luas untuk pelbagai rancangan televisyen kelolaan Rangkaian TV Media Prima Berhad seperti TV3, TV9, ntv7 dan 8TV. Servis 'catch-up' ini membolehkan pengguna menonton program televisyen terbaik di seluruh dunia, selain tontonan ulang-tayang untuk program pilihan yang diminati. Malah, jangka hayat setiap program televisyen dapat dipanjangkan selain memberi pilihan yang lebih fleksibel buat pengguna menonton rancangan seperti siaran berita pada masa yang sesuai. Selain itu, pengiklan serta syarikat perniagaan turut berpeluang mengambil bahagian dalam pengiklanan produk untuk program popular televisyen yang kini melalui fasa terbaru siaran 'online'. Tonton menampilkan kepelbagaian kandungan 'catch-up' dan video premium termasuk drama tempatan dan Asia, program bual-bicara hiburan, dokumentari serta filem hebat tanahair. Tonton kini menyiarkan keseluruhan 13 saluran, antaranya rangkaian saluran televisyen milik Media Prima Berhad (TV3, TV9, ntv7 dan 8TV) serta saluran lain seperti KRU TV, GUA TV, Gua Muzik, One TV, Hot TV, Fly TV, Emas, Tonton Eksklusif and Tonton Korea. Dalam masa yang terdekat, Tonton bakal memperkenal servis dan saluran baharu bagi memenuhi permintaan pelayar yang semakin bertambah, selain menawarkan lebih banyak pilihan buat pengguna. Tonton bakal menjadikan tontonan televisyen lebih bermakna di masa hadapan. 18 bulan yang lalu merupakan momen tahunan terbaik Tonton semenjak dilancarkan untuk tontonan umum. Kejayaan dan rekod terbaik Tonton sepanjang tahun lalu seperti berikut: 1. 24 Mac 2011: Anugerah Pilihan Rakyat untuk kategori PORTAL HIBURAN PILIHAN di Anugerah ICT NEF-Awani 2010. 2. 21 April 2011: Tonton 'Mobile' dilancarkan dengan hits 'page views' melebihi 1 juta sepanjang tahun Tonton boleh dilayari secara 'mobile' melalui http://m.tonton.com.my tertakluk kepada keperluan minimum teknikal berikut: 3. Jun 2011 – Dalam masa 30 hari, drama Melayu popular NORA ELENA mencatatkan sejumlah 1.3 juta tontonan video. Menjelang akhir November 2011, tontonan video menjangkau 2.2 juta, menjadikan drama ini pilihan program nombor 1 di Tonton untuk tahun 2011. 4. 8 Julai 2011: Tonton Premium dilancarkan melalui premier eksklusif Nur Kasih the Movie secara 'online'. 5. 7 Disember 2011: Tonton tersenarai di tempat ke-9 dalam Tangga-10 Peningkatan Terpantas dalam Carian Google 2011 (*Sumber: Senarai tahunan Google Zeitgeist untuk Malaysia (7 Disember 2011) 6. 11 – 22 November 2011: Siaran 'live streaming' upacara pembukaan dan majlis penutup SUKAN SEA ke-26 termasuk perlawanan bola yang melibatkan pasukan Malaysia mencatatkan bilangan kunjungan hampir150,000 hits. 7. Disember 2011: Tonton mencatatkan bilangan hits paling tinggi sebanyak 11 juta 'page view' dan 955,000 kunjungan unik pelawat (Sumber: comScore) seterusnya meletakkan Tonton sebagai portal video nombor 1 di Malaysia kini. Tahun ini bakal menyaksikan Tonton melangkah lebih maju ke hadapan dengan tawaran saluran baharu dan program yang lebih menarik. Tonton yakin dapat memenuhi kapasiti pengguna yang semakin meningkat selain menambah-baik pengalaman tontonan buat pengguna. Alt Media kini dalam langkah membangunkan versi Tonton yang lebih kompak, atau dikenali sebagai "Tonton Lite" menggunakan aplikasi teknologi Tonton 'Mobile'. Versi ini bakal membolehkan pengguna menonton video dengan lebih pantas menerusi komputer peribadi atau laptop untuk pengalaman menonton yang lebih selesa. "Kami ingin menawarkan kualiti pengalaman menonton yang lebih baik kepada semua pengguna buat masa sekarang dan juga akan datang. Kami yakin menerusi pembelajaran yang berterusan dan pengembangan idea kreatif membolehkan kami kekal di barisan hadapan dunia hiburan online", ujar Paul Moss, Pengurus Besar Platform dan Teknologi Alt Media Sdn. Bhd. Tonton juga bakal menawarkan lebih kandungan keluaran negara Asia, antaranya dari Korea, Indonesia, India dan Filipina. Saluran pendidikan dikenali sebagai "Tonton Learn" akan diperkenalkan mulai pertengahan April dan menyasarkan golongan pelajar dengan tawaran latihan tutorial oleh profesional untuk para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan utama seperti UPSR, PMR dan SPM. "Kandungan pendidikan merupakan kategori baru yang akan diperkenalkan untuk golongan pelajar di Tonton. Kami percaya saluran ini bakal memberi lebih faedah buat para pelajar dalam menyiapkan diri mereka menghadapi peperiksaan utama selain akses yang mudah serta merangkumi kesemua subjek peperiksaan", menurut Puan Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Alt Media Sdn. Bhd. "Sebagai tambahan juga, kami akan turut memperkenalkan saluran "Tonton Kids" melalui kerjasama strategik dengan Rangkaian TV Media Prima." Arena sukan juga turut menjadi sebahagian yang tersenarai dalam pelan pengembangan Tonton. Tonton dan Tonton 'Mobile' bakal menyiarkan siaran langsung perlawanan EURO 2012 membabitkan 16 perlawanan menerusi 'streaming' pada Jun tahun ini. Siaran 'catch up' perlawanan turut boleh ditonton untuk durasi 48 jam di Tonton selepas siaran 'live stream'. Untuk sepanjang tahun 2012, Tonton juga akan meneruskan sokongan utuh dalam siaran pelbagai acara hiburan dan anugerah utama terbitan Rangkaian TV Media Prima. Untuk merasai pengalaman unik Tonton dan menjadi sebahagian daripada komuniti online terbesar di Malaysia, layari www.tonton.com.my untuk mendaftar. Pada sidang media yang telah diadakan semalam, Tonton telah meraikan 2 pengguna bertuah iaitu Dr Kasim Salleh (57 Tahun) sebagai pengguna ke 2 juta dan membawa pulang sebuah komputer bimbit Acer Aspire One D270 serta 200 kredit Tonton Premium. Manakala pengguna paling aktif, En. Kasolang Abdul Razak (31 Tahun) membawa pulang 500 kredit Tonton Premium. Tags: BeritaClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Kemunculan Semula IZ Dengan Balada CINTA AKHIR Posted: 15 Mar 2012 12:42 AM PDT IZ MEMBUAT KEMUNCULAN SEMULA DENGAN BALADA "CINTA AKHIR" Dengar Lagu CINTA AKHIR Preview on SoundCloud Akhirnya, penyanyi dan komposer muda, IZ, bakal membuat kemunculan semula beliau dengan single Melayu rasminya yang pertama berjudul " CINTA AKHIR " bagi semua stesen radio tempatan. Lagu balada hasil nukilan bekas peserta rancangan realiti terbitan Media Prima Berhad, One In A Million (OIAM 2) ini telah mendapat sentuhan penerbit hebat dari seberang seperti Pongky Prasetyo dan Bemby Noor yang pernah bekerjasama dengan Dato' Sheila Majid. Karya terjemahan kisah peribadi IZ ini sendiri telah menjalani proses adunan yang teliti di BackBeat Studio, Jakarta manakala, Leon Zervos selaku Mastering Engineer pula memikul tanggungjawab Mastering di Studios 301, Sydney, Australia. Menariknya, IZ juga telah merakamkan versi Bahasa Indonesia untuk mencuba pasaran seberang selepas kemunculan beliau di Indonesia bersama Abdul & The Coffee Theory dalam rancangan 'Celebrity Journal Follow Me' terbitan MNC Network Indonesia. IZ yang kini sedang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat selama tiga bulan juga bakal menjalani penggambaran muzik video rasmi "CINTA AKHIR" di sekitar Los Angeles & Oldtown Pasadena. Di samping itu beliau juga sedang mengikuti latihan seni persembahan seperti latihan seni vokal bersama guru vokal terkenal, Nick Cooper, yang pernah melatih artis-artis antarabangsa seperti Beyonce, Rain, David Archuleta, Katy Perry, serta latihan tarian, pergerakan pentas dan lain-lain. Untuk lebih informasi tentang akitivit-aktiviti IZ di Amerika Syarikat, sila lawati www.facebook.com/IZsulaini Single "CINTA AKHIR' boleh didapati secara online terus dari iTunes (US, Australia/New Zealand, Canada, UK/Europe, Japan, Mexico), Amazon MP3, Last.FM, iLike, MySpace, Napster, Rhapsody, Spotify & Tesco dan banyak lagi. CINTA AKHIR Recording Process | Behind-The-Scenes TRIVIA DAN INFORMASI TERBARU IZ DAN "CINTA AKHIR" 1. "CINTA AKHIR" juga merupakan lagu tema sebuah filem pendek lakonan Liyana Jasmay, Pierre Andre dan IZ sendiri yang telah dilancarkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia pada Mei 2011 bersempena dengan Kempen Anti Merokok Sedunia. 2. "CINTA AKHIR" versi Indonesia berjudul "SESAL" juga sudah berada secara online. 3. Lirik lagu CINTA AKHIR Lagu & Lirik : IZ TAJUK: CINTA AKHIR Verse: Melangkah pergi Tiada pasti Ku kan berani mencari erti hidup Ketika aku Mengenangkan mu Masih terkurung Sekian lama Walau telah kau lepaskan aku pergi Takkan ku tunggu, kan cinta mu yang telah hapus Pre- Chorus: Ku coba untuk, melupakan mu, Bayanganmu makin menjauh Chorus: Cinta, tak akan ada nya Cinta, yang sama cinta pertama, Ku cari ku rela Sepanjang hidup ku Oh Cinta, tak akan kembali Kisah, yang pernah kau beri pada ku, Telah terkubur Semua, telah berakhir Bridge: Selamat tinggal kekasih Kerna kini ku telah mengerti Bahawa semua, cerita, Telah berakhir Chorus: Cinta, tak akan ada nya Cinta, yang sama cinta pertama, Ku cari ku rela Sepanjang hidup ku Oh Cinta, takkan kembali nya Kisah, yang pernah kau beri pada ku, Telah terkubur Semua, Segalanya, Derita, telah berakhir Written, Composed by IZ Sulaini [IzWorkz Music] – Produced by Pongky Prasetyo & Co-Produced by IZ Sulaini – Malay Lyrics by IZ Sulaini – Vocals Arranged by IZ Sulaini – All Vocals Produced & Recorded by Samuel Kevin @ BackBeat Studios, JAKARTA – All Instruments Arranged by Pongky Prasetyo & Recorded by Samuel Kevin @ BackBeat Studios, JAKARTA – Live Acoustic & Electric Guitar Parts by Andrew Dhinut & Recorded by Samuel Kevin @ BackBeat Studios, JAKARTA – 'CINTA AKHIR' Mixed by Samuel Kevin @ BackBeat Studios, JAKARTA – Mastered by Leon Zervos @ Studios 301, SYDNEY – Song Production Managed by Daniel Zakaria, JAKARTA. Tags: IZ OIAMClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |