Adsense

Rabu, 28 Mac 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Khairul Fahmi Che Mat bakal jadi model Minyak Wangi SimplySiti

Posted: 27 Mar 2012 02:47 PM PDT

Khairul Fahmi Che Mat bakal jadi model Minyak Wangi SimplySiti
Wah! nampaknya Khairul Fahmi Che Mat yang selalu dilanda kontroversi ni bakal menceburkan diri dalam bidang hiburan pula selepas ni.. Khairul Fahmi dengarnya bakal menjadi model bagi iklan minyak wangi terbaru keluaran SimplySiti.. Rasanya mungkin itu langkah pertama Khairul Fahmi untuk berjinak-jinak dalam industri hiburan kat Malaysia ni kan..

Seperti yang ramai sudah tahu, sebelum ini Khairul Fahmi ada berjumpa dengan Dato' Siti Nurhaliza seperti yang diwar-warkan didalam account Twitter Khairul Fahmi sendiri.. Rupa-rupanya perjumpaan itu adalah untuk membincangkan mengenai perancangan tersebut.. wah! tak sabar nak tengok Khairul Fahmi jadi model minyak wangi SimplySiti kan…

Eau de Parfum Simplysiti

Untuk pengetahuan korang, Eau de Parfum Simplysiti ni ada 3 jenis bauan yang berbeza, antaranya ialah Pure, Memoir dan Precious… ketiga-tiga jenis minyak wangi ni sudahpun berada dipasaran dengan harga RM69.90 untuk 50ml.. Dan minyak wangi SimplySiti ni akan dilancarkan secara rasmi pada bulan April depan..

Khairul Fahmi Che Mat dan siti nurhaliza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Filem Jangan Pandang-Pandang

Posted: 27 Mar 2012 02:25 PM PDT

Filem Jangan Pandang-PandangSinopsis Jangan Pandang-Pandang:- Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha kata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob.

Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras. Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil keputusan mencari kawasan kampung untuk mendapatkan minyak. Namun tindakan mereka itu memakan diri apabila mereka sesat jalan dan tidak temui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot.

Mereka terpaksa bermalam di dalam hutan dan diganggu oleh makhluk halus. Akhirnya mereka menemui sebuah rakit usang lalu mengambil keputusan mencuba nasib menaiki rakit tersebut daripada terusan menjadi mangsa gangguan mistik di dalam hutan. Mereka diselamatkan oleh bot peronda yang dipanggil oleh Abang Bob. Abang Bob sebenarnya menghilangkan diri untuk mendapatkan minyak tetapi telah disalahertikan oleh mereka berlima. Pengalaman di dalam hutan dan sepanjang kembara, mengembalikan ikatan cinta antara Ajis dan Yaya manakala membenihkan rasa cinta antara Ben dan Marsha.

Tajuk Filem:
Jangan Pandang-Pandang

Pengarah: Ahmad Idham

Penerbit: Excellent Pictures Sdn. Bhd.

Dipawagam: 29 Mac 2012

Pelakon Jangan Pandang-Pandang:
Zizan Raja Lawak
Nas-T
Sara Ali
Miera Leyana
Azhar Sulaiman
Jaafar Onn
Erin Malek

Filem Jangan Pandang-Pandang, 8.0 out of 10 based on 1 rating Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Sila Vote Filem Jangan Pandang-Pandang
Sila vote jika anda sudah menonton filem ini, vote anda begitu bermakna, jadi vote la dengan bijaksana.

GD Star Rating
loading...