Adsense

Selasa, 13 Mac 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Penjelasan Isu Gambar dan Video Bogel Melia Aimelia dari Blogger RotiKaya.com

Posted: 13 Mar 2012 08:32 AM PDT

Isu mengenai Gambar dan Video Bogel Melia Aimelia kini semakin panas, banyak isu isu masih belum terjawab dengan tepat dan kesahihannya. Hari ini Blogger Rotikaya.com tampil dengan cara professional berhubung isu penyebaran gambar malah video bogel Melia Aimelia bersama pihak media myMetro.

Akibat ia mula menggugat kerjayanya, telah memaksa heroin filem Karipap-Karipap Cinta (2011) ini membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalankan siasatan ke atas blog-blog terbabit.




Kami tidak pernah melakukan 'superimpose' atau berniat mengaibkan dia. Apa yang kami paparkan pada blog itu benar dan kami ada bukti sahih," kata Nor Hamzie Hambali, 27, juga pemilik blog hiburan popular, RotiKaya.com menjawab dakwaan pelakon, Melia Aimelia mengenai penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini.

Pelakon yang sebelum ini pernah membintangi filem Karipap-Karipap Cinta itu semalam menafikan di sebuah akhbar kononnya gambar bogel yang disiarkan blog hiburan itu tidak benar dan satu fitnah yang bertujuan mengaibkan.


Melia membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa dirinya difitnah blog hiburan berkenaan.

Hamzie yang ditemui semalam menyifatkan tindakan Melia sebagai mengikut rasa marah semata-mata tanpa memikirkan kesannya kemudian hari.

"Kami ada video gambar bogel milik Melia yang diberikan seorang aktor terkenal sebelum ini. Lantas sebagai penyelia sebuah laman sesawang gosip artis hiburan, kami melaporkannya.

- mStar


ps:/ persoalannya disini adakah dengan cara ini segala permasalahan maruah individu tersebut terjawab ataupun sebaliknya.

Saya Sudah Penat!!! Zarina Anjoulie Mahu Segera Kahwin! Elak kontroversi Lelaki tidak Jujur!

Posted: 13 Mar 2012 07:48 AM PDT

Nama yang penuh dengan kontroversi sana sini, Zarina Anjoulie Lavocah membuat pengakuan dia mahu segera mendirikan rumah tangga, katanya mahu menamatkan pelbagai kisah yang memalukan mengenai dirinya.

Zarina bakal menamatkan zaman bujang bersama teman lelaki istimewanya yang masih dirahsiakan identiti jejaka tersebut sehingga hari pernikahan.

Zarina juga memilih untuk bernikah cepat kerana pada pandanganya itu adalah jalan terbaik buat dirinya dan tidak mahu dikaitkan dengan kontroversi yang boleh mengaibkan dirinya.


Profil Biodata Zarina Anjoulie Lavocah

NAMA PENUH: Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul
KETURUNAN: Melayu, Iran dan Scottish
TARIKH LAHIR: 9 September 1987
ASAL: Kuala Lumpur
KERJAYA: Pelakon dan model
AKADEMIK: Diploma Broadcasting & A Levels Law and Business
STATUS: Bujang
KELUARGA: Anak kelima dari lapan beradik


"Selepas bergelar isteri, saya berharap gossip - gossip liar sebegini tiada lagi dikaitkan dengan saya mana mana lelaki",

Pelakon berusia 25 tahun ni sedar kelak akan timbul pelbagai cerita kurang sedap didengar contohnya, konon bakal suaminya yang dikenali menerusi urusan perniagaan itu mungkin suami orang menyebabkan dia enggan memperkenalkan pada khalayak. Ini anggapannya,


Terbaru perkembangan dirinya, Zarina kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya itu. Tarikhnya juga dirahsiakan dan difahamkan hanya keluarga terdekat bagi kedua-dua belah pihak dan kawan-kawan rapat saja yang akan dijemput. Kita tunggu!!!

Gambar - Gambar Hot! Zarina Anjoulie Lavocah









Semoga apa yang di impikan oleh Zarina Anjoulie Lavocah, G.A.M berharap akan menjadi kenyataan. Bila dah digelar Isteri harap janganlah paparkan body yang hot hot tu di kawasan terbuka yea, sebab boleh menimbulkan kontroversi nanti. SUMBER