Adsense

Jumaat, 2 Mac 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Video Jambatan Fort Steuben Berusia 84 tahun diletupkan dalam 3 saat

Posted: 02 Mar 2012 12:18 PM PST

Jambatan berusia 84 tahun, Fort Steuben Bridge menghubungkan komuniti Steubenville, Ohio dan Weirton, West Virginia telah diletupkan (bom).

Pada hari selasa lepas, Jambatan tersebut telah diruntuhkan, runtuhan mengambil masa dalam 3 saat sahaja.


Gambar Proton Saga Bharu seperti keluaran Porsche Boxster Spyder

Posted: 02 Mar 2012 07:04 AM PST

Zaman sekarang memang ramai ingin membeli kenderaan keluaran Proton yang terbaru, tahun ini sahaja Proton mengeluarkan pelbagai rupa bentuk keluaran proton yang telah terjual dimalaysia seperti Proton Pesona, Proton Waja, Proton Exora dan pelbagai model keluaran Proton. Memandangkan kos sara diri amat tinggi zaman sekarang. Tercetus satu idea yang begitu menarik dari pengemar fanatik Proton dengan pengubahsuaian ala ala Porsche Boxster Spyder

Sila lihat gambar dibawah...





Amacam kreatif tak rakyat malaysia ..

5 Kelebihan Mencegah Penyakit dan Menurunkan Berat Badan dengan Makanan Pedas

Posted: 01 Mar 2012 10:55 PM PST

Bila sebut sahaja makanan pedas, anda mesti teringat makanan kegemaran anda, betul tak seperti Masak Asam Pedas, Masak Lemak Cili Padi, Sambal Ikan Bilis, Sambal Udang Petai dan apa bagai lagi.

Pedas tak semestinya lauk itu dimasak mengunakan cili tetapi lada hitan, kunyit dan merica juga boleh menghasilkan makanan Pedas. Pada mereka yang tak berminat makanan pedas, lain plak ceritanya.

Pada sesiapa yang baru berkahwin dan tidak pandai masakkan pedas, baik cuba belajar, lelebih lagi pada suami yang gempal lagi kegemukkan. Ini kerana makanan pedas membunyai kebaikkannya yang tersediri. Nak tau apa kelebihannya, sila baca petikan dibawah.


1. Menurunkan berat badan
Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.


2. Mengurangkan Stress
Mengurangkan stress. Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.

3. Mencegah Kanser
Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia.

Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.


4. Menyihatkan jantung
Menyihatkan jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah.

Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.

5. Menurunkan Tekanan Darah
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.

Sekiranya anda kerap makan makanan pedas sila susuli dengan air kosong banyak yea.. takut nanti kalau nak membuang nanti, pedas plak bahagian nak membuang tu nanti :)