Himpunan Kisah Sensasi |
Gambar & Video Gol PERAK VS ATM – Piala FA 2012 Posted: 17 Feb 2012 05:06 PM PST Walaupun ramai penyokong bolasepak yang menonton secara LIVE siaran langsung yang dibawakan oleh ASTRO ARENA malam tadi agak kurang senang dengan pendapat pengulas AZLAN JOHAR…. Namun TAHNIAH saya ucapkan kepada TEAM PERAK kerana berjaya mengalahkan pasukan ATM dalam pusingan pertama piala FA 2012 dengan jaringan 1-0 Video gol Perak vs ATM – Piala FA 2012 |
Lelaki cedera parah diserang penyokong bola Selangor Posted: 16 Feb 2012 10:28 PM PST TUAN ROZAIMI yang cedera dibaling batu-bata masih belum sedarkan diri ketika ditemui di PPUKM, Cheras semalam. KUALA LUMPUR – Seorang penyokong pasukan bola sepak Kelantan didakwa menjadi mangsa serangan peminat fanatik Selangor apabila dahi dan tengkoraknya retak dibaling dengan batu-bata sebaik sahaja perlawanan di antara kedua-dua pasukan itu tamat di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini kelmarin. Ekoran kejadian itu, Tuan Mohd. Rozaimi Tuan Kuning, 37, terpaksa menerima 10 jahitan dalam kejadian yang didakwa berlaku pada pukul 11 malam. Ejen sebuah syarikat pelancongan itu kini berada dalam keadaan separuh sedar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras di sini. Dalam perlawanan itu, Selangor menang dengan keputusan 2-1. Rakan mangsa yang mahu dikenali sebagai Zulkifli, 30-an, memberitahu, sebelum kejadian, dia bersama mangsa dan sebilangan penyokong Kelantan berjalan keluar ke pintu pagar selepas perlawanan tamat. Katanya, tidak lama kemudian dia terdengar bunyi benda dibaling dan apabila ditoleh dia melihat Tuan Rozaimi terduduk sambil memegang dahinya. "Saya juga lihat sebiji batu-bata bergolek di sebelahnya. Pada masa sama, darah mengalir keluar melalui hidung dan luka di dahi Tuan Rozaimi. ///petikan KOSMO/// |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |