Nuffnang

Celebrity News

sumber :-

Celebrity News


Payudara Hwayoung Terkeluar Semasa Buat Persembahan

Posted: 02 Feb 2012 09:49 AM PST



KUMPULAN T-ara yang dianggotai Hwayoung telah memenangi anugerah buat kali ketiga dalam program Inkigayo, namun pada episod ke-29 program itu baru-baru ini satu kesilapan besar telah berlaku.

Ketika melakukan persembahan secara langsung dengan mendendangkan lagu Lovey Dovey di pentas, Hwayoung secara tidak sengaja telah mendedahkan payudaranya ketika membuat tarian solonya.

Namun para peminatmenyalahkan pereka kostum Hwayoung kerana perkara itu terjadi disebabkan kesilapan kostum itu.

Bagaimanapun, agensi kumpulan T-ara, Core Contents Media belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.

Info :Kosmo Online




ZooM : Iskk Iskkk nasib baik artis Luar,kalau dekat Malaysia sudah tentu balik kampung...lawak-lawak...semoga ia jadi pengajaran kepada artis seksi diluar sana.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Tarikh dan Lokasi PIKOM PC Fair 2012 di Malaysia

Posted: 02 Feb 2012 09:26 AM PST



TARIKH DAN LOKASI PIKOM PC FAIR 2012

24 – 26 FEBRUARI 2012
Straits Quay Convention Centre (SQCC), Penang


30 MARCH – 01 APRIL 2012
Sabah Trade Centre, KOTA KINABALU, Sabah
Dewan Jubli Intan, MUAR, Johor
Terminal One Shopping Centre, SEREMBAN, Negeri Sembilan


06 – 08 APRIL 2012
Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), KUCHING, Sarawak
Miri Indoor Stadium, MIRI, Sarawak



13 – 15 APRIL 2012
Kuala Lumpur (KL) Convention Centre, KUALA LUMPUR
Persada Johor International Convention Centre, JOHOR BAHRU, Johor
Village Mall, SUNGAI PETANI, Kedah



19 – 21 APRIL 2012
KB Mall, KOTA BHARU, Kelantan



20 – 22 APRIL 2012
Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka
Berjaya Megamall, KUANTAN, Pahang



26 – 28 APRIL 2012
Ri-Yaz Heritage Exhibition Centre, KUALA TERENGGANU, Terengganu



27 – 29 APRIL 2012
Stadium Indera Mulia, IPOH, Perak
Sibu Trade & Exhibition Centre, SIBU, Sabah



*tertakluk kepada perubahan (kemaskini 24 Januari 2012)


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Radhi OAG Nak Tinggal Di Pengasih Sampai Mati !

Posted: 02 Feb 2012 08:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Selepas hampir setahun menjalani pemulihan dadah di Rumah Pengasih di sini, penyanyi Radhi (OAG) membuat keputusan untuk menjadi sukarelawan di pusat pemulihan tersebut sehingga ke hujung nyawanya.

Radhi berkata dia ingin berbakti kepada rumah perlindungan itu yang banyak membantunya menjadi seorang yang bersih daripada najis dadah di samping ingin membimbing pelatih di pusat berkenaan.

"Saya dah nekad ingin membantu golongan ini (penagih) kerana tahu bukannya mudah untuk bersih 100 peratus daripada dadah lebih-lebih lagi apabila dikelilingi dengan orang yang mempunyai masalah sama.

"Justeru itu, saya akan kongsi pengalaman yang dilalui bersama mereka. Saya ingin menjadi contoh untuk orang yang bermasalah seperti yang pernah dialami oleh saya dahulu.

"Dan sekarang ini saya akan berada di Pengasih bermula dari hari Isnin hingga Jumaat manakala pada hari minggu saya akan meluangkan masa bersama ibu saya pula," katanya.

Tambah Radhi, dia telah menghasilkan sebuah lagu khas buat pusat pemulihan tersebut sebagai tanda penghargaannya kepada tempat yang telah banyak mengubah dirinya itu dan akan dimuatkan dalam album terbaru OAG nanti.

"OAG akan mengeluarkan sebuah single baru yang berjudul "Si Pengasih Muda" dan ia ditujukan khas buat warga Rumah Pengasih sebagai tanda penghargaan saya kepada mereka.

"Dalam pada itu OAG juga akan muncul dengan sebuah album baru dengan memuatkan 10 buah lagu yang antaranya seperti Di Bawah Satu Tanah Air, Ambisi, Limbo dan Tears Park," ujarnya.

Beritahu duda anak satu ini, lagu-lagu dalam album tersebut yang diciptakan oleh dia sendiri sepanjang berada di Pengasih.

Malah, yang membuatkan dia lebih selesa berada di pusat itu kerana kemudahan bermain muzik atau "jamming" turut disediakan

"Untuk kemunculan album baru OAG nanti, barisan ahli terdiri daripada orang baru di mana saya mengambil pemuzik dari kalangan pelajar-pelajar Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan).

"Bagaimanapun, saya akan pastikan ahli baru ini bersih daripada najis dadah," tegas Radhi.

Info : Mstar


ZoOM : HUrm..alhamdulillah semoga niat ikhlas beliau akan dibalas dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Radhi. Semoga pengalaman lama memberi pengajaran dan tauladan kepada beliau dalam meneruskan sisa-sisa hidup kita di muka bumi ini. Sampai bila kita ingin menjadi hamba kepada najis dadah yang susah pasti datangnya daripada makhluk nya yang ingin menyesatkan umatnya.

Apa Kata Anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Harith Iskander Mohon Maaf Kerana Tayang Perut Isteri

Posted: 02 Feb 2012 08:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak popular, Harith Iskander tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murah dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan.

Gambar dia dan Jazamine yang menampakkan perut itu dikeluarkan menerusi akaun 'Twitter' miliknya.

Kata Harith, dia sebenarnya sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.
"Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya.
"Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya.

Bagaimanapun, tambah Harith, dia meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.

Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.

"Saya dan isteri memang cukup teruja untuk menunggu saat kelahirannya dan kalau nak diikutkan hati, masuk kedai barangan bayi, rasa macam nak beli semua.

"Namun, kami cuba kawal perasaan itu dan mengamalkan konsep bersederhana. Tambah pula Jezamine tidak suka membazir, dia lebih suka mencari jualan barangan bayi yang murah di Internet kerana ia lebih berbaloi," ujarnya.

Info : Mstar

ZoOM : Memang sensitif pun bro sebab kita beragama islam, bak kata pepatah kita bersaudara seagama. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran semoga sensitif dan tau asal usul kita termasuklah apa yang perlu dan apa yang tidak perlu.

Apa kata anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Bubur Jagung Sagu

Posted: 02 Feb 2012 04:24 AM PST


Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
  • 4 sudu besar sagu - yang halus @ kasar
  • Secubit garam
  • 100ml santan pekat (santan kotak @ tin @ fresh santan)
  • 1.5 liter air - dicampur dengan santan pekat
  • 3 sudu besar gula merah - tambah lagi jika nak warnanya lepbih perang
  • 5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
  • *** Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
  • *** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan

Cara-cara

Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.

Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.

Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.

Masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.

Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.

Sesiapa yang tak suka sagu, tak bubuh pun tak apa.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Creamy Mushroom Soup

Posted: 02 Feb 2012 04:11 AM PST


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 1/4 cawan bawang besar- mayang
  • 2 sudu besar daun parsley- cincang
  • 1 sudu besar mentega/margerin
  • 1 1/2 cawan cendawan butang
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung
  • 1/2 kiub ayam
  • 1/2 sudu kecil Worcestershire sauce
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 2/3 cawan air
  • 1/2 cawan sour cream

Cara-cara :

Panaskan mentega. Tumis bawang sehingga layu. Jangan sampai perang.

Masukkan cendawan. Tumis 2-3 minit.

Bancuh tepung jagung dengan air. Kemudian masukkan ke dalam cendawan tadi.

Masukkan juga semua bahan-bahan lain. Masak sehingga mendidih. Padamkan api dan sejukkan sekejap.

Kemudian masukkan ke dalam blander. Blend sekejap. Jangan terlalu lama! Mungkin sekali tekan saja.

Kemudian renehkan semula sehingga pekat

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Resepi Sup Tulang

Posted: 02 Feb 2012 04:07 AM PST


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500g tulang lembu
  • 1 sup bunjut adabi
  • 2 kiub ayam - tak kisah mana2 adabi ke maggie
  • 2 1/2 liter air.
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • minyak untuk menumis
  • daun sup/ daun bawang
  • bawang goreng
  • cili padi -kalo nak pedas :)
  • limau nipis- kalo suka masam2 sket..
  • 2 ketul ubi kentang
  • 1/2 batang lobak merah

Cara-cara :

Mula-mula cucilah tulang temulang.

Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.

Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus.

Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih.

Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe..

Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.

Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalo tak nak letak pun takpe..

Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk.

Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.

Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis.

ZoOM : Selamat Mencuba...

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Cerita Sedih Seorang Ayah Dan Keluarganya

Posted: 02 Feb 2012 03:43 AM PST

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.


Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.


"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila&" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."


"Lama?" Soal Laila.


"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak?"


"Ikut jugalah."


"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu&"



"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.


"Awak masak apa?"


"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.


"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"


"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.


"Keluar!"


"Mama dah masak Pa!"


"Awak saja makan!"


"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"



Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah.." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?


Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.


"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.


"Sunyi pulak rumah ni mak,"


"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"


"Ingat papa ni cop duit?"



Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"


Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.


"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.



Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.


Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.


"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"


Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan



"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.




Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.



"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"



"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.




Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.


Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila&" "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"



"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.


"Ikut boleh?"



"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "


"Papa pesanlah.."




"Nantilah besar sikit." Dalihnya.


"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."


"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"


Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.




"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.




Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!" Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.


Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila&


Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Kisah Seorang Anak Kecil Dan Ayahnya

Posted: 02 Feb 2012 03:37 AM PST

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Perempuan Seksi Pakai Tudung !!!

Posted: 02 Feb 2012 03:30 AM PST

Nasib baiklah gambar ini bukan diambil di Malaysia dan mungkinkah gambar ini diambil semasa wanita non muslim yang memakainya. Jika wanita islam yang memakai sedemikian rupa memang patut dia si tampar dan dibaling dengan batu.


Apakah jadahnya berpakaian sedemikian rupa dengan memakai tudung.


Pelik tapi benar....APA KATA ANDA !?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Lawak : Perbezaan Wanita Dan Lelaki Di Facebook

Posted: 02 Feb 2012 03:26 AM PST

Perbezaan diantara Lelaki Dan Wanita dan lelaki di laman Facebok :


Credit: Ohbest
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

7 Sifat Lelaki Dan Wanita

Posted: 02 Feb 2012 03:22 AM PST

Adakah anda tergolong dalam beberapa sifat yang tersenarai di bawah ?


Jika anda rasa ia berguna dan boleh dikongsi bersama CLICK LAH SHARE !!

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Artis Hollywood : Miley Cyrus Cedera Tulang Belakang

Posted: 02 Feb 2012 02:46 AM PST

LONDON: Penyanyi dan pelakon Miley Cyrus mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang badannya selepas membuat percubaan untuk melakukan lipatan ke hadapan dalam rutin gimnastik.

Laman web contactmusic.com. melaporkan, penyanyi berusia 19 tahun itu mendapat kecederaan tersebut apabila pergerakan untuk melipatkan badannya ke arah hadapan telah menyebabkan keretakan pada tulang tongkeng.

"Tulang tongkeng saya retak ketika melakukan rutin gimnastik melipatkan badan ke hadapan di atas sofa.

"Kesakitan ini sama seperti anda tersandung pada bantal dan patah tangan. Hanya saya merasainya," kata penyanyi itu di akaun Twitternya. - IANS

Info : Mstar Online

ZoOM : Lasak sangat dia ni, badan kecil je...nak buat macam mana dah jadi..!!Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Artis Masam Muka Tak Dipanggil Gelaran Datuk !!

Posted: 01 Feb 2012 08:38 PM PST

SUDAH bertahun-tahun rakan SS membahasakan kepada seorang artis ini dengan panggilan abang. Ia sebagai tanda hormat kerana usia mereka pun agak jauh beza, nanti kalau panggil nama saja dikatakan kurang ajar pula.

Baru-baru ini, artis yang menjadi pujaan seantero Malaya ini menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk. Gembira sungguh artis itu kerana ramai kawannya yang lain pun sudah bergelar Datuk. 

Sesungguhnya SS tumpang bangga dan bahagia apabila artis turut dipandang tinggi masyarakat sehingga melayakkan mereka mendapat penghormatan yang sebegitu rupa.

Selepas tahu yang artis itu baru saja memegang status baru, rakan SS mengaturkan janji temu dengannya untuk mengetahui perancangan kerjayanya sempena 2012 ini kerana artis ini sentiasa muncul dengan projek yang gempak.

Mengingatkan kemesraan mereka yang sudah lama terjalin dan bertahun-tahun panggil artis itu dengan panggilan abang, jadinya rakan SS ini meneruskan kebiasaan itu dengan memanggilnya abang. Dua tiga kali juga rakan SS panggil artis itu tetapi dia buat tak endah saja. Rakan SS ingat, takkan tiba-tiba artis itu dapat penyakit pekak kerana waktu berbual di telefon beberapa hari lalu untuk membuat janji temu itu, elok saja.

Mujurlah rakan SS ini dikurniakan dengan akal yang agak cergas dan terus dia teringat artis itu kini seorang Datuk. Dia pun panggillah artis itu Datuk..., barulah dia menyahut. Kalau tidak, wajahnya mencuka saja.

Lepas ini, kenalah SS buat senarai artis yang sudah mendapat gelaran Datuk supaya tidak silap panggil.

Info : Metro Online

ZoOM : Siapalah artis yang berlagak bila dah dapat gelaran ni yer, kalau ikutkan tips atau klu yang diberi :

1.artis hero Malaya
2.Muncul dengan projek Gempak ?

Setahu ZoOM artis yang baru menerima gelaran dato..Ac, Ahmad Idham dan Fazley.


huh macam dah dapat agak dah...apa-apa pun ia cuma fikiran dan tekaan ZoOM sahaja..apa pula kata anda ?Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Shila Hamzah Dituduh Membunuh Peminat !!!?

Posted: 01 Feb 2012 08:29 PM PST

Memang kecoh dan gempar apabila seorang artis dikatakan membunuh peminatnya, itulah penangan yang ada dalam laman sosial Twitter yang mudah dan cepat tersebar dialam maya.

Terbaru kisah Shila Hamzah yang dituduh menyebabkan kematian kawan seorang peminat, luahan dan kecaman peminat itu diluahkan dalam akaun yang diberi nama @kami_anti. Berikut disertakan beberapa ayat yang ada di akaun twitter tersebut.


Namun di akaun Twitter Shila Hamzah, beliau hanya bersahaja dan beranggapan semua itu hanya luahan biasa malah sudah lali kerana sebelum ini ada beberapa akaun lagi yang wujud dengan motif mengutuk
beliau.


Bagi ZoOM, ayat yang mengaitkan tuduhan membunuh boleh ditafsir sebagai memfitnah jika disalah tafsir, kepada pemilik akaun tersebut ingat-ingat sebelum terlambat. Apa Kata Anda?


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gossip Artis Veteran Yang Menipu Vokalis Kumpulan Baji, Abang Yusuf adalah Hattan

Posted: 01 Feb 2012 07:38 PM PST


"SAYA tak baca berita itu tetapi saya ada mendengar mengenainya tetapi saya tak mahu komen lebih-lebih. Apa cerita sebenarnya hanya saya, mereka dan Allah SWT yang tahu," kata Hattan mengenai dakwaan bekas vokalis kumpulan Baji, Abang Yusuf Abang Daud, 36, dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar, 30, yang mendakwa hidup mereka tertekan selepas diisytiharkan muflis pada 2008 kerana terpaksa menanggung hutang hampir RM1 juta selepas diperdaya Hattan.

Tambah Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sha-habudin, dia tahu apa yang dia buat.



"Saya pernah tolong mereka dengan membawa Yusuf ke persembahan pentas tetapi tak perlulah saya cakap lebih-lebih berkenaan dakwaan mereka itu kerana saya tak mahu membuka aib orang. Tetapi kalau dia mahu menjatuhkan saya, terpulanglah. Sekiranya selepas ini saya terpaksa pergi ke mana-mana dengan menaiki bas, saya naiklah bas.

"Hidup macam inilah, apabila kita berjaya dan sudah berada di atas, ada saja pihak yang dengki serta tidak suka tengok kita senang. Selalunya apabila timbul cerita macam ini atau kontroversi lain, saya buat tak tahu kerana kalau ambil tahu pun, buat sakit kepala saja.

"Sekarang saya mahu rileks dan insya-Allah tahun ini saya mahu mengerjakan fardu haji serta memperbanyakkan kerja kebajikan bagi membalas balik jasa masyarakat yang menyokong saya selama ini," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Karnival Wow Putrajaya yang diadakan di Pusat Maritim Putrajaya.

Info :Metro Online


ZoOm : akhirnya terjawap sudah siapakah artis veteran yang dikatakan menipu bekas kumpulan baji, yakni Abang Yusof Daud dan isteri beliau sebelum ini. Namun kesahihan belum dapat dipastikan kerana masih belum ada bukti dan keputusan yang kukuh. 

Dah habis satu...satu lagi masalah abang Hattan kita ni, baru selesai kisah penceraian kini timbul pula konterversi beliau menipu. Harap-harap ia hanya tuduhan semata-mata.Apa-apa pun kita hanya mampu mendengar dan membaca serta melihat apa yang bakal berlaku.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan